EKA Heights Lumira , Kediaman Bergaya dengan Sentuhan Moden

 ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️

Hai semua ! Hari ini sekali lagi Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai kediaman idaman. Info lanjut , jom baca | Lumira , Eka Heights Kediaman Bergaya dengan Sentuhan Moden ❤️


Mula-mula sekali Yana nak kongsikan dengan anda semua Eka Heights adalah
pembangunan perbandaran yang baru oleh Matrix Concepts. Keluasannya sehingga 371.9 ekar tanah beralun yang memberikan ketenangan persekitaran.

Apa yang menarik mengenai Eka Heights ialah , walaupun persekitarannya dikelilingi oleh alam semula jadi ia mudah diakses melalui lebuh raya .

Secara tak langsung , menjadikannya pilihan yang ideal bagi pasangan atau keluarga yang mencari ruang kediaman yang selesa .

Pembangunan ini menawarkan 3,620 kediaman dan 25 hartanah komersial yang
dilengkapi dengan Taman Mageka yang seluas 15.5 ekar . Ia merangkumi kemudahan untuk meningkatkan ikatan komuniti dan kualiti hidup .

Sebelum Yana lupa , Eka Heights terletak di Seremban Barat , kawasan yang semakin
berkembang di Lembah Wawasan Malaysia 2.0 . Eka Heights ialah sebuah
pelaburan untuk generasi akan datang dan selayaknya ia dipanggil "Permata dalam Pembuatan".


Kemudahan Hab Komersil

Mempunyai Hab komersil yang dipanggil Eka Biz, sebuah kedai pejabat dalam pembangunan Eka Heights yang bersedia untuk muncul sebagai hab komersil eksklusif yang direka untuk keperluan penduduk di Eka Heights. Ianya bakal menjanjikan kemudahan yang tiada tandingan seperti restoran, kafe, klinik, kedai makanan haiwan, farmasi, dan pelbagai lagi perniagaan yang dapat dijalankan untuk keperluan penduduk di Eka Heights.

Bukan itu sahaja, penduduk juga dapat memilih atau ke hab komersial berdekatan, termasuk Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square. Ini bagi memastikan pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan membeli-belah penduduk.


Sementara itu , kemudahan gaya hidup yang komprehensif di Eka Heights juga tidak jauh dari mercu tanda dan kemudahan gaya hidup yang mantap . 

Eka Heights juga tidak jauh dari mercu tanda dan kemudahan gaya hidup. Untuk bersantai, terdapat d’Tempat Country Club & X-Park Sendayan yang merupakan salah satu tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 34 ekar dengan pelbagai tarikan yang menarik & kemudahan sukan lasak yang terletak hanya 10km jauhnya. 



Selain itu , hab pendidikan seperti SK Sendayan , SMK Bandar Sri Sendayan
dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya berjarak kurang daripada 10KM .
Hab komersil seperti Tiara Biz ,Sendayan Metropark dan Suriaman Biz
terletak kurang daripada 10KM jauhnya .

Okay , sekarang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai maklumat projek:

- Rumah Teres 2-Tingkat
20'x70' , 1.607 kaki persegi terdapat 4 bilik tidur & 3 bilik air . Harga
bermula dari RM405,000 dengan 193 unit .


Yana rasa setakat ini sahaja perkongsian Yana pada kali ini . Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai hartanah ini anda boleh layari laman sesawang :
https://www.ekaheights.com atau hubungi 1800-88-2688 .


Terima kasih bagi anda yang sudi baca perkongsian Yana pada kali ini .
#Eka8A #EkaHeights #Lumira #FlexiLivingHomes
#HomesofyourDream #EscapetoNature #MagekaPark
#MatrixConcepts

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^