Beli Rumah dan Dapat Pakej Umrah dengan Bayu Sutera

ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️

Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu berita baik . Nak tahu tak yang anda berpeluang untuk mendapat Pakej Umrah dengan Bayu Sutera . Bagaimana caranya? Jom baca | Beli Rumah dan dapat Pakej Umrah dengan Bayu Sutera ❤️

 


Sebelum Yana kongsikan dengan anda semua bagaimana cara untuk mendapatkan pakej umrah daripada Bayu Sutera ,terlebih dahulu Yana nak ceritakan sedikit info mengenai projek terbaru mereka .

 


Mereka (Bayu Sutera) sangat teruja untuk memperkenalkan usaha kediaman terbaru mereka disamping Kempen Umrah Eksklusif untuk projek Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan . Yana juga difahamkan bahawa projek mereka pada kali ini akan menampilkan Lakeside Residences yang dilengkapi dengan ciri rumah pintar yang canggih .

Sedikit info untuk anda semua , pembangunan Bayu Sutera yang seluas 216 ekar dan fasa pertama telah dilancarkan pada tahun 2021 .

Fasa sebelum ini telah dijual dengan pantas ini secara tidak langsung membuktikan projek daripada Bayu Sutera mendapat penerimaan secara meluas daripada orang ramai .

Fasa ini telah dilaksanakan dengan lancar , dengan penyiapan dan penyerahan 963 unit kepada pemilik rumah .

Kini mereka memperkenalkan siri rumah terbaru di Bayu Sutera , komuniti kediaman di tepi tasik yang menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi.


Ia bukan sahaja menawarkan keindahan pemandangan tetapi turut dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini untuk memastikan sebuah gaya kehidupan yang selesa ,selamat dan terhubung untuk penduduknya .

Sementelahan itu , kediaman ini turut menjanjikan ruang kediaman yang serba boleh , susun atur yang dilanjutkan sepenuhnya , bilik tidur yang luas dan juga bilik mandi en suite. 


Kawasan kejiranan yang dilengkapi dengan taman pemiliknya sendiri dan ia merupakan kawasan yang selamat dan dapat memberikan ketenangan minda untuk semua penduduk .

Kediaman Bayu Sutera juga mempunyai Bayu Biz , pembangunan hab komersil terkini di Bayu Sutera . Kawasannya agak strategik kerana ia terletak di antara jalan-jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera.

Antara kemudahan yang boleh didapati adalah seperti ;






- d'Tempat Country Club

- X Park Sendayan

- Matrix School Global

- Hab Komersil

- Stesen minyak dan sebagainya

Objektif Kempen " Jom Umrah "

Kempen " Jom Umrah " merupakan kempen unik yang memggabungkan peluang untuk pemilik rumah memiliki rumah di Izara atau Elonia @ Bayu Sutera berpeluang menunaikan umrah .

Motif mereka agar pemilik dapat memiliki rumah dalam komuniti tersebut yang mana ia menawarkan keselesaan & kestabilan manakala umrah pula untuk memberikan ganjaran & keberkatan rohani yang besar .

* TEMPOH KEMPEN : 20 MEI -20 OGOS 2024 *

Projek yang terlibat : Bayu Sutera 3a (Izara II) & 4a3 (Elonia III) - unit Bumi SAHAJA .


Pakej Umrah

- setiap unit yang dibeli anda layak untuk mendapat 2 Baucar Tunai Umrah yang bernilai RM8,000 setiap satu

- perjalanan ke Arab Saudi selama 11 Hari 10 Malam

- tiket penerbangan untuk 2 orang, termasuk pengginapan hotel , pengankutan dan hidangan penuh disediakan untuk jemaah 3 kali sehari .

- lawatan ke Muzium Al Wahyu di Makkah

- turut disediakan kursus umrah , kit umrah , air zam zam dan mutawif yang berpengalaman

Butiran terma & syarat boleh dirujuk kepada Agensi Pelancongan yang dilantik oleh ' TH Travel & Services SDN BHD'

Okay , itu sahaja daripada Yana pada kali ini . Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai Bayu Sutera Umrah Bersama, anda boleh layari ; https://umrahbersama.bayusutera.com/4  

 

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Yana pada kali ini .

#BayuSutera #IzaraII #EloniaIII #JomUmrah #DreamHome #SmartLiving #UmrahPackage

5 Comments

  1. Rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Impian semua umat Islam ni...dapat jejak kaki ke Tanah Suci.

    ReplyDelete
  2. Wah! Berbaloi betul beli rumah dapat pakej umrah lengkap camnie kan

    ReplyDelete
  3. Menarik kan Yana promosi kali nie, beli rumah siap dapat pi umrah lagi..

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaaa kalau dpt beli rumah kat sini.. Dah la cantik, siap ada smart home features plak tu. Paling best dpt tunaikan umrah percuma.. Bestnya 😍

    ReplyDelete
  5. Menarik kempen ni. Rumah area situ pun cantik dan luas

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^