ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️
Hai semua ! This time around Yana nak share cafe halal & makanan yang sedap dekat Penang . Jom baca | Phat Bee Batu Kawan: Café dengan Western Food, Pasta & Dessert Menarik ❤️

Kalau anda tengah cari tempat makan yang sesuai untuk lunch, dinner atau lepak santai di Batu Kawan, boleh consider Phat Bee Batu Kawan.







Kali ni Yana cuba beberapa pilihan menu mereka daripada drinks, appetizer, main course sampai dessert. Yang menarik, ada beberapa new menu yang baru diperkenalkan, selain menu yang memang merupakan best seller Phat Bee.
Drinks at Phat Bee Batu Kawan
Kita mula dengan drinks dulu sebab makan tanpa air memang tak lengkap kan? 😆
Orange Berries

Orange Berries merupakan pilihan yang sesuai kalau anda suka minuman yang fruity dan refreshing. Rasa buah-buahan dia memang ngam untuk diminum bersama makanan.
Kori Kohi Caramel

Untuk coffee lovers pula, boleh cuba Kori Kohi Caramel. Ada kombinasi kopi dengan caramel yang memberikan rasa lebih manis dan smooth.
Sawayaka Fruit Tea

Kalau anda bukan coffee person, Sawayaka Fruit Tea boleh masuk dalam pilihan. Minuman berasaskan buah ni lebih refreshing dan sesuai diminum bersama hidangan yang lebih rich.
Appetizer
Sebelum main course sampai, boleh share appetizer dulu dengan kawan-kawan atau family.
Pumpkin Soup

Pumpkin Soup sesuai untuk yang suka soup yang creamy dan comforting. Boleh dijadikan pembuka selera sebelum menikmati main course.
Buttermilk Clam Mantou

Salah satu appetizer yang agak menarik ialah Buttermilk Clam Mantou.
Gabungan clam dengan buttermilk sauce dan mantou memberikan kombinasi yang berbeza daripada appetizer biasa.
Spring Roll & Curry Samosa

Untuk pilihan yang lebih ringan, ada Spring Roll & Curry Samosa.
Dapat dua jenis snack dalam satu hidangan, jadi memang sesuai kalau datang ramai dan nak share.
Main Course
Okay, masuk pula bahagian yang paling susah nak pilih — main course!
Phat Bee mempunyai beberapa pilihan daripada rice dish, burger, pasta hinggalah chicken dishes.
Masak Lemak Popcorn Chicken Rice

Kalau anda nak sesuatu yang ada local touch, boleh cuba Masak Lemak Popcorn Chicken Rice.
Popcorn chicken yang dipadankan dengan nasi dan flavour masak lemak menjadikan hidangan ni pilihan yang lebih dekat dengan citarasa Malaysia.
Mini Grilled Lamb Burger – New

Mini Grilled Lamb Burger merupakan salah satu new menu di Phat Bee.
Kalau suka lamb burger tapi tak nak portion yang terlalu heavy, versi mini ni boleh jadi pilihan untuk cuba sesuatu yang berbeza.
Lamb Rack Pesto Pasta – Best Seller

Kalau first time datang dan blur nak order apa, Lamb Rack Pesto Pasta antara menu yang boleh dipertimbangkan sebab ia merupakan salah satu best seller Phat Bee.
Pasta pesto dipadankan dengan lamb rack, sesuai untuk anda yang memang peminat pasta dan lamb.
Creamy Lemon Butter Pasta Salmon – New

Satu lagi new menu ialah Creamy Lemon Butter Pasta Salmon.
Pasta dengan creamy lemon butter sauce dipadankan bersama salmon. Rasa creamy memberikan richness pada pasta, manakala lemon memberikan sedikit freshness.
Chicken Parmigiana – Best Seller

Chicken Parmigiana pula merupakan antara best seller di Phat Bee.
Kalau anda suka hidangan western yang cheesy dan comforting, boleh cuba yang ni.
Dessert
Lepas main course, jangan lupa dessert!
Salted Caramel Lava Cake

Untuk peminat dessert yang manis dan rich, ada Salted Caramel Lava Cake.
Gabungan salted caramel dengan lava cake memberikan rasa manis dengan sedikit hint salty yang melengkapkan dessert ni.
Matcha Latte Waffle

Matcha Latte Waffle pula sesuai untuk matcha lovers.
Kalau anda suka waffle dan matcha, boleh cuba menu ni sebagai dessert atau share dengan kawan-kawan.
Phat Bee Savoury Waffle – New

Nak sesuatu yang lain daripada waffle manis?
Phat Bee Savoury Waffle merupakan salah satu new menu mereka. Sesuai untuk anda yang suka explore menu yang sedikit berbeza daripada waffle dessert biasa.
So, Apa Yang Boleh Cuba di Phat Bee Batu Kawan?
Dengan pilihan menu yang pelbagai, Phat Bee Batu Kawan sesuai untuk yang datang dengan preference makanan yang berbeza.
Kalau nak cuba best seller, boleh consider Lamb Rack Pesto Pasta atau Chicken Parmigiana.
Kalau suka explore new menu, ada Mini Grilled Lamb Burger, Creamy Lemon Butter Pasta Salmon dan Phat Bee Savoury Waffle.
Untuk yang datang nak makan lengkap, boleh start dengan appetizer, pilih main course kegemaran dan tutup dengan dessert sambil menikmati drinks pilihan masing-masing.
Jadi kalau anda tengah cari café di Batu Kawan untuk western food, pasta, burger, dessert dan drinks, boleh masukkan Phat Bee Batu Kawan dalam list food hunting anda. 🤍

📍 Phat Bee, Batu Kawan, Penang













































