Steakhouse paling Viral di Terengganu

 Steakhouse paling Viral di Terengganu

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua ! Lama betul Yana menyepi dekat blog nie . Recently  Yana punya perkongsian more to beauty dan kesihatan . So , hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu tempat makan best dekat Terengganu . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Steakhouse paling Viral di Terengganu ♥

Sejujurnya Yana belum pernah sampai lagi dekat kedai yang dikatakan viral nie tapi Yana ada dengar cerita yang kedai nie steak best dan mereka juga menyediakan pelbagai jenis hidangan steak . Anda nak tahu nama kedai tu ? KBB Burger & Steak lah . Orang Terengganu mesti dah familiar kan dengan kedai nie ? 

KBB Burger & Steak nie ada dua cawangan satu dekat Kota Bharu Kelantan dan satu lagi dekat Kuala Terengganu , Terengganu . Taknak ke buka dekat Penang pula ? Hahah ! Yana nak kongsikan yang cawangan dekat Terengganu ya .

Well , dari mana eh Yana nak mulakan sebab ada banyak yang Yana nak share dengan anda mengenai KBB Burger  Steak nie . Walaupun Yana tak pernah sampai lagi tapi Yana ada buat research tau . Mana lah tahuada rezeki Yana ke Terengganu nanti bolehlah Yana sendiri singgah dan experience sendiri macam mana rasa makanan dekat situ especially steak yang orang kata padu sangat tu .

Lagi satu , Yana dengar kata KBB Burger & Steak merupakan tempat makanan western yang paling best . Harganya pula boleh dikatakan agak murah , masih mampu milik . Pendek kata berbaloilah harga makanan tu kalau bandingkan makanan yang anda bakal dapat tu .



Yana dengar cerita di KBB Burger & Steak mereka menyediakan pelbagai hidangan steak . Ada steak Angus , Wagyu dan Japanese Wagyu A5 . Wow ! Menu orang ada-ada nie . Hehe . Selain itu turut dijual di sini hidangan seperti burger , pasta , ribs dan lamb . Pasta ada beberapa pilihan seperti Bolognese , Carbonara , Aglio Olio & Mac & Cheese yang sememangnya familiar dengan tekak orang kita .


Yana just nak fokus kan dekat dua menu sahaja iaitu Steak dan Burger . Di KBB Burger & Steak ada pilihan potongan untuk steak anda boleh pilih sama ada nak bahagian seperti rib eye , sirloin , t-bone porterhouse . Di KBB Burger & Steak nie ada macam-macam jenis burger tau ! Dari burger ayam sampailah kambing . Yang buat lagi special ada burger wagyu ! Adoi , bilalah Yana dapat ke sana dan cuba sendiri menu-menu nie . Sambil menaip nie pun dah terliur . Hahah !

Lagi satu hidangan di KBB Burger & Steak yang Yana nak kongsikan dengan anda semua adalah Butter Aged Tomahawk . Tengok pada review-review customer di media sosial mereka  , Butter Aged Tomahawk nie memang menjadi pilihan . Fuh ! Bukan biasa-biasa nie . Harga pun boleh tahan tapi of course lah berbaloi kan ?


Apa yang menarik dekat KBB Burger & Steak ruang makan mereka ekslusif dan selesa . Seramai 80-100 orang boleh muat pada satu masa , yang paling style ada mural lembu wagyu . Bolehlah OOTD dekat situ kan ? Hehe . Di cawangan Terengganu dining area berkonsepkan outdoor dan indoor . Okay let say anda ingin hirup udara luar dan nak rasa yang lebih santai outdoor dining area is the best choice for you lagi-lagi kalau anda datang dengan keluarga yang besar sesuai sangatlah makan dekat luar santai-santai kan ? 

For those yang nak chill or mungkin nak ruangan yang sejuk boleh pilih dining area indoor . Serius Yana tak pernah sampai sini lagi but teringin sangat nak ke sana one fine day . Based on Yana punya observation ruang indoor nie selalunya sejuk so kalau anda nak suasana yang lebih tenang dan nak menikmati steak yang lazat tu dengan aman well you should go for indoor dining area then .



Okay Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua for more info anda boleh refer maklumat dekat bawah nie :

ALAMAT
KBB Burger & Steak Kota Bharu
No 2713 Jalan Kuala Krai
15150 Kota Bharu
Kelantan

No : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu)
Link Whatsapp : https://kbbdelivery.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Kuala Terengganu
Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu

No : 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu)
Link Whatsapp : https://kbbterengganu.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)

FACEBOOK :
(KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU)

(KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU)

INSTAGRAM

TIKTOK

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^