Bagaimana Cara untuk Taksir Zakat

 Bagaimana Cara untuk Taksir Zakat

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! I'm  back . Okay hari nie kita takmau sembang mengenai makanan , make up , tempat menarik and sort of . Jom kita bincangkan serba sedikit mengenai zakat ? Anda dah khatam ke semua informasi mengenai zakat ? Tahu tak macam mana nak taksir zakat ? Haa , kalau belum tahu jom baca │Bagaimana Cara untuk Taksir Zakat ♥


Sebelum Yana kupaskan dengan lebih lanjut mengenai zakat , terlebih dahulu Yana nak brief apa itu zakat . 

Pengertian Bahasa

Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari Segi Syarak

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

(info kredit : Zakat Selangor)

Kita sebagai umat Islam pasti sudah sedia maklum akan apa hukum zakat . Zakat merupakan Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syarat wajibnya . Sekiranya seseorang muslim itu mengingkari kefardhuan zakat ia boleh mengakibatkan murtad . Lain pula bagi individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar .

Cara-Cara Taksir Zakat

Apa itu taksir zakat ? Taksir zakat adalah setiap individu perlu mengemukakan maklumat pendapatan masing-masing bagi tujuan taksiran zakat . Objektif Bulan Taksir Zakat diwujudkan adalah untuk ;
  • mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat
  • untuk memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat
  • membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat pada setiap tahun
  • menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan adalah lebih tepat
Kita dah memang sedia maklum dengan Zakat Fitrah , tapi tahukah kita apa itu Zakat Harta ? Okay , dekat bawah nie Yana senaraikan beberapa jenis Zakat Harta yang perlu anda semua tahu .

- Zakat Saham & Pelaburan
- Zakat Perniagaan 
- Zakat KWSP
- Zakat Simpanan

By the way Yana nak tanya , anda tahu tak yang sekarang Zakat Selangor dah ada aplikasi mereka sendiri ? Sekiranya anda nak tahu lebih lanjut mengenai zakat ataupun nak menunaikan zakat dengan lebih mudah apa kata anda muat turun aplikasi "zakatselangor" di Playstore for android user IOS sorry Yana tak tahu anda muat turun most aplikasi dekat mana . Hehe . Maklumlah , lahir-lahir mampu pakai android jer . 


Okay , back to our topik . Aplikasi "zakatselangor" membolehkan anda untuk semak permohonan , membuat bayaran zakat , menyemak rekod dan lain-lain dengan hanya menggunakan aplikasi sahaja . Jimat masa dan tenaga kan , apa orangg kata maklumat di hujung jari ? Begitulah konsep aplikasi "zakatselangor" nie .

Memandangkan tahun nie ramai antara kita yang dapat mengeluarkan duit KWSP jadi Yana nak cerita sikit mengenai Zakat KWSP .


" tunaikan zakat anda selepas pengeluaran KWSP " . Mengeluarkan zakat merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi menyempurnakan rukun Islam yang ketiga . Zakat KWSP nie dia ada 2 jenis satu sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna) dan yang kedua setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna)

  1. Sebelum Mencapai Umur 55 Tahun (pemilikan belum sempurna) : 2.5% daripada jumlah pengeluaran wang KWSP ialah jumlah WAJIB zakat . Jika jumlah dicampur di bawah nisab , maka hendaklah dicampur bersama dengan pendapatan yang lain .
  2. Setelah Mencapai Umur 55 Tahun (pemilikan sempurna) : 2.5% daripada keseluruhan wang KWSP wajib dizakatkan , cara kiraan mengikut kaedah kiraaan zakat wang simpanan . Tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan mereka yang masih lagi membuat caruman KWSP 
Sekiranya anda masih samar-samar mengenai cara taksiran Zakat KWSP boleh rujuk gambar dekat bawah .


Akhir sekali suka Yana nak kongsikan dengan anda semua . Sekarang Zakat Selangor sedang mengadakan kempen Jom Taksir Zakat Bersempena dengan Bulan Tkasir Zakat . Bermula pada 15 Jun sehingga 1 Julai 2022 . 


Cara untuk menyertai mudah sahaja anda hanya perlu imbas kod QR dekat gambar yang Yana attach tu . Step kedua , taksir zakat dan yang ketiga anda boleh tebus baucar . Anda juga berpeluang untuk memenangi pebagai hadiahh yang menarik seperti Yamaha Lagenda 115Z F1 , Nintendo Switch OLED , Smart Watch Garmin dan pelbagai lagi hadiah saguhati yang best-best !!

Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan anda boleh tengok gambar dekat bawah nie tau .


Okay sekian sahaja , jangan lupa untuk tunaikan zakat kerana ia merupakan salah satu tanggungawab kita sebagai umat Islam kepada saudara Islam kita yang lain ♥ Maklumat lanjut mengenai zakat anda boleh rujuk Zakat Selangor .



0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^