Hidangan Sihat dan Sedap Puree Juice di Juru , Bukit Mertajam , Penang

17 July 2022

 Hidangan Sihat dan Sedap Puree Juice di Juru , Bukit Mertajam , Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Kali nie Yana kembali dengan episod makan-makan . Ke manakah Yana nak bawa anda semua hari nie ? Puree Juice , Juru , Bukit Mertajam , Penang ! Jom baca │Hidangan Sihat dan Sedap Puree Juice di Juru , Bukit Mertajam , Penang ♥ 


Okay , where to start ha ? Hm , kalau anda nak tahu Puree Juice nie dia terletak dekat kawasan perumahan . First timer kalau nak datang ke sini mungkin akan rasa pelik sebab kawasan dia agak private jauh dari jalanraya dan any attraction . Memang betul-betul dalam area perumahan . Even Yana sendiri pun pada awalnya ingat dah salah tempat . Nasib baiklah ada tulisan "Puree Juice" besar-besar dekat luar tu .


Puree Juice nie ada dua bahagian , 1st bahagian agak kecil sedikit but still selesa dan satu bahagian lagi agak luas . Instagram worthy . Pada sesiapa yang suka betul OOTD tu mesti suka sebab dekorasinya walaupun simple tapi cantik juga ya .










Makanan dekat Puree Juice dijamin 100% halal cuma masalahnya mereka tak dapat nak provide JAKIM certificate . Kenapa ? Okay , one of their staff ada cerita untuk mereka nak dapatkan sijil halal daripada JAKIM mereka kena ada sekurang-kurangnya 2 pekerja muslim . 


Too  bad , mereka hanya ada seorang sahaja staff yang beragama Islam dan itu agak menyukarkan pihak mereka untuk apply sijil halal daripada JAKIM . Yana diberitahu semua bekalan bahan mentah diambil daripada orang Islam which means pembekal yang sah halalnya . So no worries okay even though tak ada sijil sah halal JAKIM tapi semua makanan dekat sini pork free & alcohol free .

Obviously , Yana ke sini untuk review since makanan yang Yana makan tu bukan portion untuk seorang.  Tetapi Yana kalau makanan tu tak sedap or tak bagus I will never recommended it untuk public okay . Bila nampak Yana share dekat semua media  sosial Yana dan di blog Yana , maknanya makanan tu bagus dan Yana nak anda cuba sendiri .

Sekiranya anda nak order makanan anda hanya perlu scan QR Code yang ditampalkan dekat dinding . Menu mereka semuanya menu sihat jus pun 100% hanya buah-buahan asli tanpa perwarna , perasa dan apa-apa bahan yang tak sihat .


Well , Yana disajikan dengan dua hidangan pasta , dua sandwich , satu hidangan salad dan satu hidangan western food . Manakala , untuk minuman Yana disajikan dengan dua jenis iaitu Smoothie Art dan frappe .

PASTA


Hidangan pasta Yana dah cuba dua menu dan yang pertama Seafood Tomyam Spaghetti . Saiz hidangannya agak besar boleh makan untuk 2 orang melainkan anda sejenis yang selera besar in shaa allah boleh habiskan satu pinggan hidangan Seafood Tomyam Spaghetti nie .

prawn, squids, scallop, thai tom yam sauce, broccoli, cauliflower, thai basil leaf, lettuce


fresh prawn , cooked with homemade creamy cream sauce , serve with mushrooms , broccoli , spaghetti , english pasley  

Tak boleh makan pedas-pedas dan masam ? Jangan risau anda boleh cuba hidangan seterusnya iaitu Seafood Carbonara Spaghetti . Yana rasa kanak-kanak pasti suka sebab rasanya tak pedas dan paling penting tak muak .

 Kebanyakkann spaghetti karbonara yang Yana pernah makan rasanya agak muak dan membuatkan Yana kurang gemar dengan spaghetti karbonara nie . Tapi di Puree Juice Seafood Spaghetti Carbonara nie just nice dan tak muak .

Sekiranya anda ada alahan dengan makanan laut jangan risau kerana ada lagi beberapa hidangan pasta tanpa makanan laut .

HEALTHY & SALAD BOWL

fried popcorn chicken , quinoa , salad green , red cabbage , cucumber , corn , egg , carrot , cherry tomato , olive oil with seasoning , almond slice

Okay for this one nama dia Manly . This is one of may favorite walaupun penuh dengan sayur tapi tetap enak ya . Sayur-sayuran dia memang segar dan berkualiti tau . Sebenarnya kan , terdapat pelbagai jenis lagi pilihan untuk hidangan salad nie dan anda tak perlu risau tak kena dengan tekak atau ada alergik sebab dekat bawah menu tu disediakan description untuk setiap hidangan .

WESTERN FOOD


chiaseed wrap , chicken fillet , lettuce . aussie carrot , tomato , mayonnaise

Yana dah kata banyak hidangan  yang Yana cuba hari tu , hidangan nie dalam dalam kategori western food nama dia Aussie Chicken Wrap with French Fries . Tengok saja hidangan simple macam nie tapi serius kenyang tau . 

HEALTHY TOAST


wholemeal bread , chicken fillet , red cabbage , lettuce , signature sauce

wholemeal bread  oliver tuna , cucumber , onion , lettuce , signature sauce

For those yang tak suka heavy meal anda boleh cuba healthy toast ada banyak pilihan juga tapi yang Yana dah cuba dua nie Thai Barbeque Chicken Toast dan Tuna Cucumber - Onion Toast . Both nie sedap isi tak kedekut tau banyak melimpah ruah hee . Fav Yana haruslah yang ada chicken fillet tu .


SMOOTHIES ART


Sekarang kita tengok minuman yang anda boleh dapat dekat Puree Juice . Dekat atas nie Smoothies Art . Cantik kan ? Tak puas mata memandang nak kacau pun sayang . Setiap smoothies nie hasil campuran beberapa jenis buah . Yana start dengan yang warna kuning tu dulu ya .

By the way , Yana dimaklumkan setiap smoothies art nie mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk disiapkan tau . Memang teliti hasil kerja mereka . Patut lah cantik-cantik semua .
  • Yellow Tropical - mango , banana , pineapple , orange 
  • Purple Berries - blueberry , raspberry , strawberry , yogurt , honey , milk
  • Pink Blossom - raspberry , pineapple , apple , strawberry , banana , milk

FRAPPE


Frappe juga merupakan hasil beberapa campuran buah juga tau . Anda tak perlu risau ya sebab setiap hidangan frappe pun ada description dekat bawah tu .
  • Gold Crush 
  • Two Seasons
Sorry , Yana tak dapat nak stated kedua-dua frappe nie punya description sebab Yana lupa . Heheh . Anda boleh jer refer dengan staf mereka kalau nak tahu frappe nie campur dengan buah apa .

CHIASEED PUDDING

granola, chia seed, soya milk yogurt

Last but not least , Chiaseed Pudding . Chiaseed Pudding nie sedap tau Yana suka sangat !! Ada few buah juga dalam nie dan merupakan antara menu yang anda kena try kalau anda singgah ke Puree Juice . 

Well , sekian sahaja daripada Yana . Yana memang highly recommended anda sendiri cuba semua makanan dekat sini serius banyak sangat pilihan makanan boleh rambang mata tau .

Pada mereka yang suka ambil gambar sebelum makan tu sinilah tempat yang tepat kerana setiap hidangan tu dia punya presentation sangat superb dan anda tak perlu nak letak effort lebih untuk snap gambar . Mereka seakan memahami eh sebab tu makanan dekat sini almost semua cantik-cantik .


Bagi Yana sebelum rasa , presentation makanan memainkan peranan penting sebab bila kita tengok makanan tu well prepared , cantik, menarik terus kita excited nak try kan ? Hee . Dekat bawah nie Yana sediakan beberapa info mengenai Puree Juice untuk rujukan anda .

Isnin - Ahad (buka 7 hari)
Hari Biasa : 10am - 10pm (7pm Last Call)
Hujung Minggu : 11am - 8pm (6pm Last Call)

Puree Juice Juru
+60 18-787 1788

Menu


2 comments

  1. menariknya ada healthy food. makanan pun menyelerakan terus rasa lapar. hihihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh . Kan . Sebab presentation dia menarik . 🤭

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^