Bahaya Kencing Manis Boleh Menyebabkan Buta

 Hai semua ! Anda tahu tak yang kesan kencing manis boleh membuatkan mata menjadi buta ? Apa yang kita tahu kencing manis selalunya akan buat luka susah sembuh dan boleh merebak dengan lebih teruk sampai ada yang kena potong bahagian yang terjejas tu . Jom baca |Bahaya Kencing Manis Boleh Menyebabkan Buta ❤️


Yana nak kata tahu dengan baik tu takda la sangat tapi arwah Pah Yana merupakan seorang pesakit kencing manis . Alhamdulillah , anggota badan arwah dulu semua dalam keadaan yang baik sehingga akhir hayat arwah cumanya sakit kencing manis arwah dia attack saraf mata . 

Arwah Pah Yana masa tu , memang penglihatan dia kurang jelas tapi belum sampai tahap buta masa umur arwah 60 lebih Allah dah jemput arwah Pah . Mungkin , kalau umur arwah Pah Yana masih panjang dia pun berisiko menjadi buta dek kerana sakit kencing manis yang dihidapinya tu .

Penyakit kencing manis ataupun (DM : Diabetis Melitus ; merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah) , terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya .

Tanda-Tanda Penyakit Kencing Manis 

- cepat berasa lapar

- cepat berasa haus dan kerap membuang air kecil

- penurunan berat badan

- kerap mengalami jangkitan kulit

Manakala tanda-tanda Diabetik Retinopati adalah seperti berikut ;

- penglihatan kabur dan beralun

- penglihatan yang kerap berubah-ubah dari hari ke hari

- terjadinya tompokan gelap di kawasan tertentu dalam medan penglihatan atau hilang penglihatan

- lemah dalam menentukan warna

- bintik-bintik atau seolah-olah terapung dalam bahagian mata (floaters)

Apa Itu DR ?


Retinopati diabetik ialah komplikasi diabetis yang akan menjejaskan mata.  Ia disebabkan oleh kerosakkan pada saluran darah tisu sensitif cahaya dia bahagian belakang mata (retina) .

Bolehkah Optometris Mendiagnosis Diabetik Retinopati ?

Pemeriksaan mata standard tidak akan mengesan Diabetik Retinopati , tetapi pemeriksaan dengan teknik tertentu boleh mengesannya.  

Individu yang berumur 60 tahun ke atas atau lebih sangat digalakkan membuat pemeriksaan .

Kenapa Diabetis Boleh Merosakkan Mata ? 

Diabetis menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah di dalam badan menjadi sangat perlahan . Kerosakkan salur darah menyebabkan organ-organ penting dalam badan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen .

Sekiranya pada bahagian mata mengalami kekurangan oksigen ia akan menyebabkan kerosakkan pada retina yang dikenali sebagai retinopati , iaitu penyakit pada retina .

Bolehkah Optometris Mengdiagnosis Diabetik Retinopati ?

Pemeriksaan mata standard tidak akan mengesan Diabetik Retinopati , akan tetapi pemeriksaan dengan teknik tertentu boleh mengesannya . Individu yang berumur 60 tahun atau lebih sangat digalakkan untuk membuat pemeriksaan .

Jadi optometris mana yang boleh mengdiagnosisnya ? Optom Eyecare Optometris , anda boleh membuat pemeriksaan di sana .

Gambar kredit : Qaseh Dalia

Nak tahu apakah kelebihan Optom Eyecare Optometris ? Optom Eyecare Optometris nie merupakan Pusat Optometri dan juga merupakan pakar cermin mata . Mereka menyediakan khidmat penjagaan awal mata secara profesional .

Disamping itu , mereka juga mempunyai kelengkapan teknologi tinggi yang mana sesuai untuk semua peringkat usia .

Apa yang Yana tahu melalui pengalaman beberapa rakan blogger Yana Optom Eyecare Optometris mempunyai 4 mesin khusus untuk pemeriksaan mata secara menyeluruh . 

Akhir sekali , suka Yana nak ingatkan bahawa pemeriksaan mata nie penting ya . Tak semestinya untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis sahaja tapi juga untuk kita semua sebagai langkah awal untuk mencegah berlakunya kerosakkan pada penglihatan mata kita . 

Anda boleh tonton video dekat bawah nie juga ya .

Sekiranya anda berminat untuk membuat temu janji dengan Optom Eyecare Optometris bolehlah Whatsapp ke no telefon yang Yana share nie : 01111479093

Maklumat lanjut boleh refer info dekat bawah nie yer :

Optom Eyecare Optometris Bangi

Instagram : optombangi

Facebook : Kedai Cermin Mata Bandar Baru - Bangi

Alamat : No 37 Jalan 8/1 , Seksyen 8 , Bandar Baru Bangi , Selangor .

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^