Hiking Bukit Bendera Via Heritage Trail
Well , macam biasalah sejak Yana dan kawan Yana dah fully vaccinated dan memandangkan SOP pun dah sedikir longgar which is bagi mereka yang fully vaccinated dah boleh merentas daerah dan dah boleh dine in . Maka , kami berdua pun sambung kembali aktiviti kami yang dulu-dulu tergendala disebabkan Covid 19 . Bermula dengan hiking di Gertak Sanggul pada 16 September yang lepas kali nie kami berdua ke Bukit Bendera juga dikenali sebagai Penang Hill .
Rancangan asalnya kami nak ke Astro Rock sahaja . Tak pernah terlintas dalam plan kami nak ke Bukit Bendera apatah lagi dengan melalui Tangga Warisan (Heritage Trail) . Bagi mereka yang pernah hiking Bukit Bendera melalui Heritage Trail sudah pasti sedia maklum bagaimana treknya kan ? Memang sangat struggle nak hiking dengan naik tangga yang macam tak ada penghujungnya . Haha !
Nak hiking Bukit Bendera melalui Tangga Warisan nie asalnya kawan Yana yang sarankan sebab dia nak cepat sampai . Tapi , Yana dah sedia maklum betapa azabnya nak naik tangga nie maka Yana takmau so Yana minta dia ikut laluan Bat Cave tapi agak jauh sedikit . Selepas Yana membuat beberapa pertimbangan akhirnya Yana bersetuju untuk hiking Bukit Bendera melalui Heritage Trail . Sekiranya Yana ikut laluan nie dekat middle station ada tandas in case Yana memerlukannya . Yes , memang Yana perlu ! Hahaha ! Lagi satu , laluan kebun dan hutan tidak ada satu tandas pun sepanjang perjalanan ke atas . So , yeahh kami ikut Heritage Trail .
Setiap kali sebelum hiking kami memang akan well prepared . Kami akan sediakan bekalan minuman dan makanan dengan secukupnya agar kami tidak kelaparan dan dahaga sepanjang perjalanan ke Bukit Bendera . Macam Yana , Yana selalu bawa satu minuman isotonik dan satu air mineral . Makanan Yana jarang makan during hiking kalau setakat coklat tu Yana makanlah .
Kami memulakan pendakian pada jam 9 pagi kalau tak silap Yana . Langkah Yana memang sangat perlahan kerana mental dan fiziikal belum betul-betul bersedia nak hiking Bukit Bendera sebab dah lama sangat Yana stop hiking dan tiba-tiba Yana hiking Bukit Bendera agak sukar bagi Yana mana dengan berat badan dan saiz badan pun kian bertambah . Setiap kali Yana rasa mengah dan jantung Yana berdegup kencang Yana akan berhenti sebentar untuk ambil nafas .
Okay , untuk pengetahuan anda semua Heritage Trail nie laluan dia all the way tangga sahaja . Ada anak tangga yang lebar ada yang rapat means dia tak fix saiz la . Beberapa tahun yang lepas Yana pernah join Komtar Tower Run . Masa tu Yana register sebab t-shirt dia warna merah jambu Yana pun semangatlah daftar without knowing yang Yana kena rabat berapa ribu anak tangga untuk sampai ke tingkat 58 which is finisher line dia . Masa tu penat Tuhan saja tau rasa nak muntah tau tengok tangga .
Back to our topic , kami berdua mengambil masa yang agak lama satu sebab langkah kami memang perlahan satu lagi sebab kami baanyak berhenti dan ambil gambar banyak jugalah group yang melepasi kami pada masa tu . Masa dalam perjalanan tu Yana ada terdengar this guy dengan kawan dia kepenatan dan mereka tak well prepared tiada bekalan minuman dan makanan memang gamble betul ya hiking tak bawa semua tu Bukit Bendera pula tu . Yana kasihan , ada terasa nak bagi tapi both minuman Yana dah diminum takkan nak bagi bekas dah minum kan ?
Masa sampai dekat Middle station sekali lagi kami terselisih dengan geng nie with akak-akak and ada seorang budak perempuan . So , kami pun sapa lah each other sebab geng-geng hiking nie even tak kenal kami buat macam kenal lama dah and end up jadi kawan . Masa tu geng-geng laki tu dah give up taknak teruskan sebab bekalan minuman tak ada . Mujur kawan Yana ada extra air mineral so dia pun offer dekat geng tu dari situlah kami mula berkenalan dan akhirnya jadi geng memang kami mula hike sama-sama masa nak teruskan pendakian dari middle station . Kami psiko budak-budak nie dengan ayat "sikit saja lagi nak sampai and track tak teruk macam tadi dah" mereka pun bersetuju untuk teruskan perjalanan sampai ke atas .
Selepas melepasi Heritage Trail yang berakhir di middle station perjalanan kami lepas nie melalui kebun-kebun orang laluan tar . Panas terik ya dekat sini tak banyak pokok yang meneduhi laluan tu dah la jalan menaik all the way penat tu satu hal penat sebab panas satu hal . Langkah kami masih lagi perlahan . Sesekali kami berhenti untuk mengambil gambar pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan tu .
Selesai laluan kebun seterusnya kami melalui jalan hutan pula pun bertangga adeh . Memang Heritage Trail nie dengan tangga berpisah tiada ya ? Masa dalam perjalanan nak sampai ke upper station ada lah beberapa tempat yang agak cantik untuk bergambar tapi Yana dah penat Yana just fikir nak sampai cepat . Kadang-kadang Yana lajukan langkah Yana . Masa tu kami dah berpecah yang geng laki dah hilang entah ke mana kawan Yana dengan akak yang Yana mention awal tadi Kak Ema nama dia , dia macam otai jugalah kalau dengan hiking nie banyak juga ilmu yang dia tahu . Yana dengan anak akak tu terus naik ke atas sesekali kami berhenti sebab penat .
Ada dekat satu point tu kami "reunion" balik dengan semua orang masa tu sempatlah kami selfie sebagai kenangan at that point dah tak berapa jauh dah nak sampai atas .
Kami sampai atas kalau tak silap pada pukul 12.40 . Yana dan kawan Yana bajet kami akan sampai masa Zohor . Masa sampai dekat atas sesi fotografi pun bermula . Din lah yang paling banyak bergambar memang memori camera Yana muka dia saja heheh ! Din lah yang Yana dengar duk mengadu masa kat bawah tu tak ada air masa tu dah kasihan tapi apakan daya Yana pun tak dapat nak bantu sebab tu Yana suruh saja kawan Yana yang bagi minuman dia dekat geng Din kawan Yana tu boleh share air dengan Yana kalau dia nak .
Bila dah puas bergambar kami ke Kopi Hutan as plan . Plan Kopi Hutan tu asalnya Yana dan kawan Yana sahaja memandangkan kami dah terlanjur sekali so sama-samalah kami ke Kopi Hutan . Bak kata pepatah the more the merrier . Kami ke Kopi Hutan dengan menaiki 4WD ( 4-wheel drive car) yang memang disediakan untuk pengunjung pergi dan balik Kopi Hutan tiada sebarang caj dikenakan .
Kami nak dine in sebenarnya masa dekat Kopi Hutan memandangkan semua dah fully vaccinated . Tetapi , ehh tetiba seorang daripada kami tak cukup 14 hari lagi dan dia tak dibenarkan masuk . Hm , tak best pula kan ? So , kami decide untuk take away saja dan minum dekat luar Kopi Hutan maka berkelah kami semua dekat situ .
Selepas kami semua dah puas rehat kami pun bergerak semula ke astaka untuk beli tiket train nak turun dan solat Zohor sekali dekat surau yang disediakan . Train dijadualkan akan tiba pada pukul 3 petang . Best sangat Bukit Bendera masa tu sebab tak crowded rasa macam Bukit Bendera tu kami yang punya hahah ! Masa dah sampai bawah masing-masing membawa haluan sendiri . In shaa allah ada rezeki kita jumpa lagi ♥
3 Comments
nampak menarik air kopi hutan tu . lagi2 tengah2 panas nie hahaha
ReplyDeleteHi Yana, nak tanya tunggu 4WD untuk ke kopi hutan tu kat mana ek? Nice sharing btw :)
ReplyDeleteHaii . Tunggu dekat astaka tu . Belah atas ya bukan dekat dataran bawah tu . Tq singgah sini =)
DeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^