Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang

21 October 2021

 Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsikan lagi pengalaman Yana hiking . Pada kali nie Yana ke Bukit Genting yang terletak di Balik Pulau , Penang . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Hiking Bukit Genting , Balik Pulau , Penang ♥


Cerita dia macam nie , nak hiking di Bukit Genting nie nak kata plan macam tak sebab minggu tu Yana dan kawan Yana bercadang nak duduk rumah saja sebab minggu sebelum tu kami dah melilau dekat belah pulau dan minggu depan pun nak ke sana lagi . So , nak lah duduk rumah jadi budak baik walaupun sekejap . Hehe .

Masa Yana scroll feed dekat Facebook Yana ada nampak posting Kak Ema dia hiking dekat Bukit Genting . Tempat tu boleh tahan cantik dan ada satu tempat tu buat Yana rasa nak sangat hiking dekat sana . Yana pun share lah posting tu dekat kawan Yana dan dia pun macam berminat maka tak jadilah nak proceed plan kami untuk stay at home pada minggu tu . 

Gambar kredit Kak Naema Salam

Seperti biasa kami selalu set pukul 7.30 pagi akan jumpa dekat masjid Seberang Jaya memang dekat situlah titik pertemuan kami since Yana tak boleh drive . Janji jer pukul 7.30 tapi sampainya pukul 7.40 lebih . Haha ! Yana lah yang lambat .

Perjalanan kami dari masjid Seberang Jaya ke Bukit Genting mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja kalau ikut maps lah . Senang saja nak ke sana Yana search Bukit Genting dia akan ada beberapa pilihan cari yang ada imej pintu gerbang dan banner warna hijau banner Restoran Bukit Genting in shaa allah sampai . 

Tapi kan tahu-tahu sajalah keadaan jalan dekat Balik Pulau macam mana berliku-liku ya jalannya . Harap bersabar dan berhati-hati yer . Parking tepi jalan jer in shaa allah selamat sebab jalan dekat situ tak ada lah sibuk sangat .


Trek dekat Bukit Genting , Balik Pulau sangat clear jalan konkrit saja all the way . Ramai yang cakap takut nak mai sebab ada banyak anjing dekat sini . Yes , memang ada beberapa ekor anjing dekat  sini tapi anjing-anjing tak kacau orang pun ada yang tidur ada yang buat hal sendiri just ada seekor nie daring betul  follow kami tapi dari jarak jauh la . 

Haha ! Selamat dia cantik , actually masa tu Yana dah cuak selamat ada kawan Yana dan kawan seorang lagi yang cakap rileks saja jangan lari . Anjing tu follow dari jarak jauh dan hanya suku jalan saja dia teman hehe . Trek yang Yana lalu nie akan nampak reban ayam masa mula-mula masuk tu masa tu Yana tak perasan lagi ada orang bela anak ayam dekat situ Yana hairanlah kenapa ada bau dedak kuat sangat .


Sepanjang perjalanan akan lalu dekat dusun buah-buahan . Jalan memang santai-santai saja tak perlu struggle pun just jalan dia menaik . Ada sticker penunjuk arah di sepanjang jalan , jadi memang takkan silap jalan lah . Yana rasa macam ada beberapa trail lain lah dekat Bukit Genting sebab masa kami naik tu memang tak jumpa seorang pun manusia yang hiking dekat situ . 
Agak aneh ya , sebab selalu kalau hiking memang akan jumpa at least dua atau tiga orang . Tambahan pula , tempat tu dah mula viral . Masa dekat atas baru jumpa hikers lain dan beberapa orang yang cycling .

Masa yang diambil untuk sampai ke atas takda lah lama sangat sebelum pukul 10.00 pagi  kami dah sampai . Sambil-sambil tu kami snap gambar sebagai kenangan . Macam Yana cakap tadi  , Yana nak hiking dekat sini sebab ada satu port tu memang cantik untuk bergambar . Tapiiiiii , malangnya kami tak dibenarkan masuk ke tempat tu . Menurut pekerja dekat Restoran Bukit Genting tu tempat tu khusus untuk pelanggan restoran mereka sahaja .


Walaupun agak kecewa tapi kami terpaksa akur dah memang itu rules dekat situ memandangkan itu merupakan private property . Kira alhamdulillah lah kami dibenarkan untuk naik sampai dekat restoran tu sebab view sekitar kawasan restoran tu pun boleh tahan cantik . Boleh tengok gambar Yana dekat bawah nie .




Kami pun mula berjalan untuk turun ke bawah , agak awal ya kami habiskan sesi hiking pada kali nie . 10.30 pagi kami dah sampai dekat tempat kami parking kereta . Oh ya , masa dalam perjalanan nak turun tu memang all the way view lawa ya kalau pandai boleh cari tempat cantik untuk bergambar hehe . 



Memandangkan plan kami pada hari tu hanyalah nak hiking semata-mata jadi kami pun bergerak pulanglah . Perut Yana lapar pula masa tu so , Yana ajak kawan Yana untuk brunch dekat Restoran Peladang yang hanya terletak beberapa kilometer sahaja dar Bukit Genting .

Sebelum nie Yana dah pernah makan dekat Restoran Peladang dengan rakan-rakan blogger dari Kuala Lumpur sebab tu lah Yana tahu akan kewujudan Restoran Peladang nie . Ben Ashaari pun ada tau masa tu ada ke yang tak kenal dengan Abam Sado tu ?  Heheh . Beliau lah yang offer Yana untuk follow trip mereka dekat Pulau Pinang masa tu . Makanan dekat Restoran Peladang sedap kena dengan tekak kampung dan melayu Yana nie harga pun berpatutan .



Selepas selesai makan , kami masing-masing pulang ke seberang . Yana dan kawan Yana singgah di Masjid Seberang Jaya untuk bersihkan diri walaupun track tak teruk tapi cukuplah untuk buat Yana basah lencun dengan peluh . Dah siap semua kami cuba pula ais krim gula apong yang terletak berdekatan dengan Masjid Sembilang . Sedap juga ais krim tu dan harga agak murah jugak .


Okay , itu sahaja yang Yana nak kongsikan pada kali nie . Ke mana pula Yana lepas nie ? Stay tune ! In shaa allah Yana mesti share dekat sini dengan anda semua ♥

1 comment

  1. Lawanya semua gambar. Bila dapat hiking ni, hilang semua stress dari bandar. :)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^