Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Melalui MYEG

17 April 2021

 Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Melalui MYEG

ASSALAMUALAIKUM WBT ♥

Hai ! Yana nak tanya anda semua dah tahu atau belum yang sekarang nie bayaran zakat fitrah sudah boleh dan digalakkan dibayar secara atas talian ? Haa , kalau ada antara anda semua yang belum tahu entri Yana pada kali nie Yana nak kongsikan cara membuat bayaran zakat fitrah secara atas talian .. Jom baca │Mudahnya Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian Melalui MYEG ♥


Oleh kerana sekarang negara kita sedang dilanda penyakit pandemik Covid19 kita semua disarankan untuk membuat bayaran zakat secara atas talian .. Terdapat pelbagai altternatif yang boleh digunakan dan salah satu daripadanya dengan melalui MYEG Service Berhad (MYEG) .. Objektif mereka yang utama adalah untuk memudahkan setiap individu untuk menunaikan zakat fitrah secara atas talian ..

Terdapat Enam Agensi Zakat yang Terlibat iaitu :

  1. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
  2. Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
  3. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMAINS)
  4. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
  5. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
  6. Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)
Bagaimanakah Cara untuk Membuat Bayaran Zakat Fitrah Melalui MYEG ?

Bagi mereka yang ingin mengakses perkhidmatan itu anda boleh melayari www.myeg.com.my anda perlu mencipta akaun terlebih dahulu di portal MYEG sebelum membuat pilihan pembayaran zakat mengikut agensi serta kadar yang telah ditetapkan ..

Okay sekarang Yana akan tunjukkan cara-cara untuk membuat bayaran zakat melalui MYEG 

Mula-mula sekali anda perlu ke website MYEG dan cipta akaun .. Anda dikehendaki untuk letak beberapa maklumat peribadi seperti alamat , nombor kad pengenalan ,nombor telefon dan beberapa lagi maklumat peribadi yang lain ..


Selepas itu anda boleh log masuk ke akaun MYEG anda dan pilih jenis transaksi yang anda ingin lakukan memandangkan sekarang kita sedang bincangkan isu zakat jadi Yana pilih zakat , kemudian pilih  agensi mana yang berkaitan dengan anda .. 



Kemudian anda dikehendaki pilih sama ada anda hendak mengakses Zakat Inquiry ataupun Zakat Payment .. Penjelasan untuk perbezaan kedua-duanya anda boleh rujuk gambar dekat bawah nie .. 


 Seterusnya , anda dikehendaki untuk pilih jenis bayaran zakat yang ingin anda lakukan .. Macam Yana , Yana pilih zakat fitrah ..


Langkah terakhir anda perlu mengisi beberapa tempat kosong .. Beras jenis apa yang hendak anda pilih , ada tiga jenis semuanya dan anda boleh rujuk gambar dekat bawah .. Kemudian letakkan berapa jumlah orang yang anda nak bayar zakat fitrah ,kalkulator zakat akan kirakan untuk anda berapa jumlah keseluruhan yang perlu dibayar .. Setelah semua selesai anda boleh klik "proceed" untuk teruskan membuat pembayaran zakat melalui MYEG ..


Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan sekiranya anda ingin melakukan bayaran zakat melalui MYEG .. Pembayaran boleh dilakukan sama ada menerusi kaedah online banking ataupun dengan menggunakan kad kredit .. Sebagai alternatif lain selain menggunakan website MYEG anda juga boleh muat turun aplikasi MYEG di Google Playstore ..

Satu hal yang anda semua perlu tahu , anda tidak perlu risau akan maklumat peribadi anda bocor kerana MYEG memberi jaminan keutamaan keselamatan dalam menyimpan data peribadi setiap individu yang melakukan transaksi .. 

Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai cara pembayaran zakat secara atas talian melalui MYEG .. Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk di laman web Lembaga Zakat Selangor .. Terima kasih pada anda yang sudi luangkan masa membaca perkongsian Yana pada kali nie ♥

1 comment

  1. Thank you sis atas perkongsian . Lagi senang leh buat online . Kan

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^