Majlis Media Preview di OZO George Town Penang

 Majlis Media Preview di OZO George Town Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua , hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana masa menghadiri majlis Media Preview di OZO George Town Penang .. Sepanjang majlis tersebut Yana diberi hidangan sarapan pagi yang enak dan Yana juga dibawa melawat setiap sudut OZO George Town Penang Hotel .. Nak tahu apa yang menarik ? Jom baca | Majlis Media Preview di OZO George Town Penang ..


Pertama sekali Yana dibawa ke "EAT" iaitu restoran dalam OZO George Town Penang , Yana sangat meminati dengan reka bentuk dalaman restoran ini sebab dia nampak simple tapi stylish .. Selain itu anda juga dapat menikmati permandangan bandar George Town yang cantik sambil menikmati hidangan sarapan pagi ..




bawah nie merupakan menu hidangan sarapan pagi yang anda boleh dapat di OZO George Town Penang :



Aglio Olio
Mee Goreng Mamak
"Chef Lay" Nasi Lemak
Roti Canai 
Koey Teow / Mee Sup
Bubur Nasi
Telur Hancur
Waffles
Roti Bakar
Hidangan Goreng 
(karipap , popia , hashbrown , kentang goreng , nugget , sosej ,mini samosa)
Hidangan Roti
Bijirin
Hidangan Buah-Buahan
Hidangan minuman panas dan sejuk


AGLIO OLIO



MEE GORENG MAMAK



WAFFLES




ROTI CANAI



BUAH-BUAHAN


MINI SAMOSA


Hidangan yang sempat Yana rasa semasa berada di sana ialah aglio olio , mee goreng mamak , roti canai , waffles , mini samosa dan hidangan buah-buahan .. Bagi Yana semua hidangan yang dihidangkan itu bolehlah diterima tekak favourite Yana ialah waffles .. 


Selepas Yana selesai dengan sarapan pagi , Yana dibawa untuk room tour oleh beberapa staf OZO George Town Penang hotel .. Reka bentuk dalaman OZO George Town Penang nie tampak simple , kemas tapi tetap stylish .. Terdapat 4 ruangan di OZO George Town Penang nie iaitu ; 

The Spot : ruangan untuk para tetamu check-in sambil menikmati permandangan bandar George Town 
Tone : bilik untuk bersenam (gym)
Talk : bilik mesyuarat dengan kapasiti sehingga 25 orang
Connect : bilik yang menyediakan akses makumat mengenai destinasi dan perjalanan

BILIK 

OZO George Town Penang menyediakan sebanyak 141 buah bilik dan terdapat 5 jenis bilik iaitu Dream Room , OZO Family Suite , OZO Suite , Sleep Family dan Sleep Room .. Yana sendiri berpeluang masuk ke dalam salah satu bilik di OZO George Town Penang dan Yana sangat terkesima melihat bilik tu sebab cantik dan agak luas .. Permandangan biik juga cantik sebab dari situ anda boleh nampak permandangan sekitar George Town .. Antara salah satu permandangan yang anda boleh nampak ialah mercu tanda kebanggaan orang Pulau Pinang iaitu Komtar ..




LOBI

Lobi OZO George Town Penang berada di tingkat 20 dan merupakan satu-satunya hotel di Penang yang mempunyai Sky Lobby dari sini anda juga boleh menikmati permandangan bandar George Town .. Anda boleh tengok beberapa gambar yang Yana sediakan dekat bawah nie . Sesuai juga untuk dijadikan tempat untuk OOTD ..





KOLAM RENANG

OZO George Town Penang menyediakan infinity swimming pool .. Tempat agak strategik sebab anda boleh juga menikamti permandangan sekitar George Town .. Kolam renang ini terletak di tingkat 22 dan terdapat juga ON22 sky bar .. 




TALK - Bilik Mesyuarat 

TALK merupakan bilik mesyuarat seperti yang telah Yana nyatakan atas tadi ia mampu memuatkan sebanyak 25 orang pada satu masa ..



GYM


OZO George Town Penang terletak betul-betul di tengah kawasan warisan terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawati semasa staycation anda di OZO George Town Penang .. Di OZO George Town Penang mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan tetamu mereka .. Ada berita best buat anda yang teringin nak mengginap di OZO George Town Penang mereka sedang meraikan pembukaan rasminya dengan menawarkan harga pengenalan khas yang bermula dari RM160+ setiap bilik semalam untuk bilik sahaja dan RM200+ setiap bilik semalam dengan sarapan pagi untuk dua orang ..

Untuk maklumat lanjut mengenai OZO George Town Penang anda boleh layari 

2 Comments

  1. Cantik hotel baru ni... Tapi akak tak perasan belah mana dia ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikk , bilik pun luas .. Dia area roti canai transfer road tapi belah belakang ..

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^