Foot Reflexology di The Spacation DoubleTree Resort by Hilton Penang



Foot Reflexology di The Spacation 

DoubleTree Resort by Hilton Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii .. Okay hari nie  Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa berada di The Spacation DoubleTree by Hilton Penang .. Ini merupakan kali pertama Yana ke spa walaupun sebelum nie ada beberapa kali juga Yana terfikir nak ke spa tapi takda rezeki lagi .. Alhamdulillah , akhirnya Yana berjaya juga memanjakan diri Yana di The Spacation .. Nak tahu tak apa yang best mengenai The Spacation ? Jom baca │Foot Reflexology di The Spacation DoubleTree Resort by Hilton Penang


Okay , bagi mereka yang tidak pasti di mana letaknya The Spacation nie Yana nak bagitau yang The Spacation nie terletak di dalam DoubleTree by Hilton Penang di tingkat satu  .. Setibanya Yana di sana Yana disambut oleh staf The Spacation dengan baik sekai dan ramah pula tu .. Yana  kemudian dibawa  ke tingkat satu di mana letaknya The Spacation .. Sebelum Yana memulakan rawatan Yana dikehendaki mengikut kesemua SOP yang disarankan kerajaan seperti isi maklumat Yana ataupun boleh scan QR Code dengan menggunakan aplikasi MySejahtera .. Kemudian , Yana dikehendaki memakai hand sanitizer .. 








Selesai semua tu Yana dibawa ke bilik Foot Reflexology kerana Yana telah memilih rawatan nie .. Apa yang menarik dengan Foot Reflexology nie anda akan dibawa ke satu bilik yang mana anda dapat menikmati permandangan laut dan langit yang biru which is sangat memukau bagi Yana .. Pantai Batu Feringhi betul-betul terletak bertentangan dengan bilik Foot Reflexology .. 


Di The Spacation terdapat 3 jenis bilik iaitu Single Room , Couple Room dan Foot Reflexology .. Ketiga-tiga bilik ini memang mengadap permandangan cuma dari angle yang berlainan .. View paling best anda boleh tengok dekat Foot Reflexology .. 

Tujuan Yana ke The Spacation adalah untuk mendapatkan urutan Foot Reflexology .. Anda boleh memilih tahap urutan sama ada lembut , sederhana atau kuat .. Yana telah memilih urutan level sederhana .. Sesi Yana lebih kurang sejam kalau tak silap Yana memang best sangat tau .. Urutan dia memang terasa staf pun ramah sambil diurut Yana diajak berbual barulah tak bosan nak pula bilik Foot Reflexology tersergam indah dengan view Pantai Batu Feringhi .. Sambil Yana diurut Yana diberi neck pillow untuk dipakai selesa sangat rasanya sebab ianya dipanaskan terlebih dahulu sebelum diberi untuk Yana pakai ..

SINGLE ROOM

Single Room nie agak besar walaupun untuk seorang ya .. Terdapat pelbagai kelengkapan seperti tuala ,sikat rambut , pengikat rambut sabun dan macam-macam lagi .. Selain itu , bilik ini juga dilengkapi dengan singki dan bilik mandi ..



COUPLE ROOM

Couple Room nie sangat sesuai bagi mereka yang nak ada quality time dengan pasangan masing-masing dengan alunan muzik romantik dan suasana sangat menenangkan .. Couple Room juga turut dilengkapi dengan peralatan yang sama di Single Room , singki dan bilik mandi turut disediakan ..




FOOT REFLEXOLOGY

Foot Reflexology menjanjikan "a million dollar view" .. Hal ini demikian kerana di sini  anda dapat melihat pantai dan langit yang biru yang mana merupakan suatu permandangan yang sangat mahal dan hanya boleh didapati di spa The Spacation ♥






Antara pakej-pakej urutan yang anda boleh dapatkan di The Spacation ialah :
  • Sejuk Badan
  • Buang Angin
  • Manja-Manja
  • Raja dan Ratu Sehari
  • Spa Samplers
  • A Day in Paradise
  • Local Favourite



Manakala jenis-jenis urutan pula adalah seperti berikut :
  • Traditional Malay Massage 
  • Herbal Hot Compress Massage
  • Hot Stone Massage
  • Foot Reflexology
  • Back Massage
  • Neck , Shoulder and Head Massage

Selain itu terdapat juga rawatan untuk badan seperti :
  • Body Scrub 
  • Body Wrap
  • Hair Creme Bath


Manakala rawatan untuk muka adalah seperti yang di bawah :
  • Mini Facial
  • Aromatherapy Facial
  • Calming Facial
  • Jade and Pearl Facial
  • Anti Aging Facial 


Last but not least , di The Spacation juga anda boleh lakukan rawatan kuku .. Terdapat 4 jenis semuanya :
  • Express Manicure / Pedicure
  • Basic Manicure / Pedicure
  • Spa Manicure / Pedicure
  • Foot / Hand Treatment


Oh yaa , sebelum Yana lupa si manja anda juga berpeluang untuk memanjakan diri di The Spacation kerana terdapat beberapa pakej yang sesuai untuk mereka di sini .. Antaranya :




  • Tropical Body Scrub 
  • Chocolate Body Mask
  • Kids Facial
  • Body Massage
  • Glitter Hands and Nail Feet Polish
  • Foot Massage 

Yana difahamkan di The Spacation turut menjual beberapa barang yang digunakan untuk sesi urutan dan rawatan .. Barang yang turut dijual ialah Herbal Neck Pillow dan Eye Pillow sebenarnya ada lagi beberapa barang lain tetapi mereka lebih memfokuskan Herbal Neck Pillow dan Eye Pillow .. 

Herbal Neck Pillow







Kebaikkan Herbal Neck Pillow :
  1. melegakan ketegangan otot / kekejangan / sakit bahu
  2. merangsang peredaran darah
  3. melegakan sakit period
Cara penggunaan Herbal Neck Pillow , panaskan Herbal Neck Pillow selama 2-3 minit mengikut tahap  kepanasan yang dinginkan ..

Info : Penutup bantal boleh dicuci untuk tuujuan kebersihan tetapi kandungan dalam bantal hendaklah sentiasa dalam keadaan kering .. Jangan basuh bantal tersebut , cuma perlu basuh penutupnya sahaja ..

Eye Pillow




Kebaikkan Eye Pillow :
  1. melegakan mata yang gatal, gatal pedih mata disebabkan oleh pendedahan terlalu lama menonton televisyen , mengadap komputer terlalu lama dan banyak terdedah dengan gajet 
  2. menenangkan saraf,  menenangkan fikiran dan mengimbangkan badan
  3. mengurangkan lingkaran hitam dan bengkak di sekitar mata
Cara penggunaan Eye Pillow , biarkan di dalam peti sejuk dengan menggunakan bekas atau beg yang boleh dizip .. Titiskan setitik minyak pati lavender boleh ditambah untuk kesan yang lebih menenangkan .. Boleh tahan selama 2 tahun ..

Sekarang di The Spacation mereka sedang mengadakan promosi BUY 5 GET 50% OFF !! Tawaran ini sah sehingga 30 November 2020 sahaja .. Info lanjut anda boleh rujuk gambar di bawah ..



Garis Panduan Spa :

Tempahan haruslah dibuat terlebih dahulu .. Pastikan anda tiba 10 minit lebih awal sebelum waktu temujanji .. Sekiranya anda hendak membuat pembatalan , pastikan anda membuat tiga jam lebih awal sebelum waktu temujanji .. 50% daripada harga rawatan akan dicaj sekiranya anda gagal berbuat demikian ..


Okay , Yana rasa sampai sini sajalah Yana nak kongsikan mengenai pengalaman Yana semasa berada di The Spacation .. Untuk info yang lebih lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah :

Website : www.thespacation.com
Facebook : The Spacation
Instagram : thespacation
e: info@thespacation.com


Author image
The Author

Lyana Ishak

4 Comments

  1. wahh bestnya..view pun cantikk situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn .. mmasa yana pi tu hujan .. sendu sikit view nya huhu

      Delete
  2. pergh. macam geng kayangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha .. tak kayangan sangat laa , orang jemput aku pi ja =P

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^