Biggy and The Ahli Kopi Cafe Best di Sungai Petani dan Tempat Menarik untuk OOTD

Biggy and The Ahli Kopi Cafe Best di Sungai Petani dan Tempat Menarik untuk OOTD

ASSALAMMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semuaaa! Okay hari nie Yana nak share pengalaman Yana semasa berkunjung ke Biggy and The Ahli Kopi di Sungai Petani, Kedah beberapa minggu yang lalu.. Nak tahu apa yang menarik? Jom baca| Biggy and The Ahli Kopi Cafe Best di Sungai Petani dan Tempat Menarik untuk OOTD ♥


Kewujudan cafe Biggy and The Ahli Kopi nie disedari oleh kawan Yana sebab Yana nie bukan rajin sangat nak buat "research" mana orang ajak Yana ikutkan saja.. Memandangkan kami plan nak ke Keriang Hill jadi kami singgah untuk sarapan di Biggy and The Ahli Kopi.. Kami merupakan pelanggan pertama mereka pada hari tersebut.. Cafe kemas dan bersih daripada pandangan mata kasar Yana dan keadaan cafe juga agak vintage sesuai sangat bagi mereka yang suka ambil gambar..


Menu yang menjadi pilihan Yana Caramel Latte macam biasalah memang nie minuman kegemaran Yana manakala kawan Yana memilih kopi signature mereka iaitu Kopi Jalan Patani makanan kami pilih untuk ambil Burn Cheese Cake memandangkan masing-masing dah makan dekat rumah.. Tujuan kami singgah di Biggy and The Ahli Kopi nie lebih kepada nak mengopi and nak kill time sebab rasa terlalu awal untuk kami bertolak ke Keriang Hill..


Caramel Latte yang menjadi pilihan Yana rasanya just nice , rasa kopi tak terlalu pahit or terlalu light dan aroma caramel tu memang jelas terasa.. Manakala, Kopi Jalan Patani rasa dia sukar Yana nak describe tapi Yana suka rasa Kopi Jalan Patani tu dan aromanya. Well, Burn Cheese Cake? To be honest, Yana bukanlah penggemar kek cheese so bagi Yana rasa dia okay-okay saja..



Sebenarnya sebelum Yana nak masuk ke dalam cafe Biggy and The Ahli Kopi nie Yana perasan ada beberapa mural yang menarik di sepanjang lorong berdekatan dengan Biggy and The Ahli Kopi nie.. Jadi,selepas kami selesai mengopi kami berjalan-jalan di sekitar lorong tu sambil ber OOTD lah.. Not bad lah mural dia sesuai untuk mereka yang gemarkan ber OOTD ,mungkin ini bukanlah tempat baru bagi mereka yang tinggal di sekitar Sungai Petani so Yana nak kenalkan tempat nie kepada mereka yang masih belum tahu akan kewujudan tempat nie.. Orang kata benda baik kena share kan?







Hm,  Yana rasa sampai sini sahajalah coretan Yana pada kali nie.. Oh ya, untuk pengetahuan anda semua terdapat banyak lagi menu yang boleh didapati di Biggy and The Ahli Kopi.. For more info anda boleh rujuk maklumat di bawah :


Instagram : biggyandtheahlikopi

Alamat : No 1 , Jalan Patani 08000 , Sungai Petani

Waktu Operasi : 10:00 am - 12:00 am

Tutup : Selasa
Author image
The Author

Lyana Ishak

1 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^