Tips Kulit Sihat dengan DR BEAU Pure Natural Skin Oil

Tips Kulit Sihat dengan DR BEAU Pure Natural Skin Oil

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Okay , memandangkan hari raya sudah pun hampir tiba Yana yakin pasti ramai yang nak tampil jelita dengan kulit yang sihat pada  hari raya nanti kan ?  Yana baru discover satu serum yang sangat best dan Yana sendiri dah cuba .. Hasilnya memang sangat memuaskan . Nak tahu apa dia ? Jom baca │Tips Kulit Sihat dengan DR BEAU Pure Natural Skin Oil ♥




DR BEAU Pure Natural Skin Oil ini merupakan serum muka yang dirumus khas dari sumber Vitamin E bahan herba semula jadi dan ia telah terbukti keberkesanannya .. Selain itu , DR BEAU Pure Natural Skin ini telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikkan dunia .. Sebelum kita memilih serum , amatlah penting untuk kita ketahui yang serum kita pilih tu sesuai untuk kulit yang jenis macam mana kan ? Okay , DR BEAU Pure Beauty Natural Skin Oil nie sesuai untuk jeni kulit yang berikut :




Jenis Kulit Wanita Asia

Kulit normal

Kulit normal atau kulit biasa iaitu jenis kulit yang licin, halus dan lembap apabila dipegang, pori-pori juga halus dan rata. Kulit kelihatan segar dan sihat. Kulit jenis ini sememangnya bertuah,hanya perlu menjaganya sahaja. Namun, Penjagaan kulit seperti jenis bedak yang digunakan, dan barang komestik perlu diteliti sebelum digunakan. Masalah yang biasa dihadapi kulit muka normal adalah kulit senang mengalami  kekeringan, bintik-bintik hitam dan pigmentasi, serta menimbulkan bintik hitam dan putih.

Kulit kering

Kulit kering pasti kelihatan kusam dan nampak tua dari usia. penyebabnya adalah kelenjar minyak yang kurang aktif dan terjadi di daerah yang cuacanya panas, atau terlalu banyak terdedah kepada penghawa dingin. Penyebab kulit kering ialah disebabkan oleh pemakaian pembersih muka yang banyak mengandungi alkohol, kurang minum air atau pengambilan ubat tertentu (roaccutane). Masalah yang dihadapi kulit kering adalah kulit muka menjadi mudah kelihatan tua, dan mudah menimbulkan  bintik-bintik hitam (freckles) garis hitam di sekeliling mata, pigmentasi dan muka kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Kulit sensitif

Kulit muka yang sensitif terjadi kerana rangsangan faktor dari luar atau salah guna produk kosmetik.  Jenis makanan harian juga harus diperhatikan agar tidak terjadi alergi, produk make up atau kosmetik, faktor lingkungan/ cuaca panas atau dingin harus diperhatikan juga. Masalah yang selalu terjadi ialah kulit boleh pecah-pecah, merah, perit, mengelupas dan mengalami pigmentasi dan bintik-bintik hitam dan berjerawat.

Kulit yang bermasalah

Kulit yang bermasalah biasa dihadapi oleh hormon remaja yang kelenjar minyaknya terlalu aktif hingga menyebabkan kulit berminyak dan menimbulkan jerawat. Pori-pori yang terbuka mengeluarkan minyak yang berlebihan dan terjadi tumbuhnya jerawat dan apabila tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan pembiakan bakteria.

Apabila wanita dalam masa period atau haid hormon menjadi tidak seimbang dan sering tumbuh jerawat di bagian sekitar muka tapi itu hanya sementara. Masalah yang dihadapi ya itu tadi tumbuh jerawat/jerawat batu, pori-pori terbuka dan bintik-bintik hitam pada muka.



Jom kita tengok apakah bahan yang telah digunakan untuk membuat DR BEAU Pure Natural Skin Oil nie :
  • Vitamin E yang merawat kulit.
  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.


SIAPA YANG SESUAI UNTUK MENGGUNAKAN DR BEAU Pure Natural Skin Oil ?

  • Sangat sesuai untuk wanita Asia
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Bau harum dan wangI semulajadi
  • Tidak melekit
  • Rasa segar dan nyaman
  • SesuaI untuk semua jenis kulit


Bagaimana Cara Menggunakan DR BEAU Pure Natural Skin Oil ?
Bersihkan kulit muka anda, Setelah kulit bersih, teteskan Dr. Beau pada talapak tangan, kemudian, sapu dengan cara menggosok-gosok telapak tangan untuk membantu memudahkan penetrasi pada kulit.
Selanjutnya, usapkan ke seluruh atau sebagian kulit muka hingga batas leher secara merata. Terutama, pada kawasan yang biasa terlihat garis-garis penuaan.
Setelah Dr. Beau disapu, dah bleh pakai bedak atau sunblok . supaya hasilnya lebih berkesan, Dr. Beau sebaiknya disapu waktu pagi dan malam . Pada pagi, Dr. Beau digunakan untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang dan pada waktu malam boleh merehatkan dan memulihkan kulit.
TESTIMONI PENGGUNA





Kandungan / Isipadu

30 biji per botol.
100 gram
Harga : RM96 
Simpan di tempat suhu kurang dari 27°C (Suhu bilik)
untuk info lanjut anda boleh refer maklumat di bawah :
Website : http://teja.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/drbeauforyourskin/
Instagram : https://instagram.com/drbeau_official?igshid=1fhjtbt2pamxl
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UClHXFfo-FRzC36O-JvQ6vJA
Phone No : 0169633443

* Review Yana * 
Bagi Yana, nie merupakan antara serum yang best sebab dengan pemakaiaan yang konsisten dalamasa seminggu Yana dapat rasakan perubahan dia.. Dulu kulit Yana pores memang agak besar bila make up pun akan still nampak.. Selepas Yana menggunakan DR BEAU pure natural skin oil nie kulit Yana semakin smooth dan bila Yana guna sebelum make up,  make up tu akan nampak lebih cantik dan glowing.. Dekat bawah nie Yana ada sertakan video cara penggunaan serum daripada DR BEAU pure natural oil skin.. 


1 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^