Kenangan Manis Bersama Butterflies di Majlis Ulangtahun ke 6 The Butterfly Project

Kenangan Manis Bersama Butterflies di Majlis Ulangtahun 

ke 6 The Butterfly Project

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua.. Okay kali nie Yana bukan nak share mengenai produk atau tempat makan best.. Tapi, Yana nak kongsikan pengalaman Yana ketika menghadiri majlis Ulang Tahun Project Butterfly yang ke 6 pada 27 April 2019 yang lalu.. Nak tahu apa yang menarik ? Jom baca |Kenangan Manis Bersama Butterflies di Majlis Ulangtahun ke 6 The Butterfly Project..



Okay, Majlis Ulangtahun ke 6 The Butterfly Project pada kali ini diadakan di Vilej Damansara Kuala Lumpur.. Ini merupakan kali pertama Yana menghadiri Majlis Ulangtahun The Butterfly Project selepas lebih daripada 2 tahun Yana berada dalam komuniti yang sangat awesome dan feminim ini.. Memandangkan majlis tersebut berlangsung pada hari Sabtu,  Yana gerak dari Penang ke sana pada waktu malam dengan menaiki flight.. Well, ini pun pertama kali juga.. Haha! Semasa di sana Yana stay di apartment yang terletak di Damansara Perdana .. Apartment tu memang terletak betul-betul berhadapan dengan tempat Majlis Ulangtahun ke 6 The Butterfly Project.. So, senanglah nak ke sana pada masa yang ditetapkan..




Tema Majlis Ulangtahun ke 6 The Butterfly Project pada kali ini ialah "flower girl" .. Puas juga Yana fikir pakaian apa yang sesuai untuk Yana ke sana since Yana bukanlah seorang yang sangat feminime dan memang tak ada lah outfit yang sesuai untuk ke majlis tu.. Tapi,  nasib Yana baik bila Yana ternampak satu dress yang agak nice dengan harga yang sangat berpatutan..



Majlis diadakan pada jam 3 petang kalau tak silap Yana..  Well,  dah lama kot Yana pulak sejenis yang short term memory.. Aaa,  kami (butterflies) disambut mesra oleh pengasas The Project Butterfly iaitu Mamasan Tammy Lim.. Rakan-rakan Tammy juga turut memainkan peranan penting seperti menyambut ketibaan butterflies, pakaikan gelang bunga,  mengambil kehadiran ahli , bagi goodies bag and arrange tempat untuk semua butterflies yang hadir.. Ya , Yana memang sangat teruja memandangkan ini merupakan kali pertama Yana join majlis nie.. Ramai butterflies yang hadir dengan pakaian yang cantik-cantik belaka.. Selama nie,  Facebook merupakan tempat kami berinteraksi antara satu sama lain.. Pada 27 April 2019 yang lalu Yana dapat bersemuka dengan mereka yang selama nie Yana hanya bertegur di media sosial sahaja.. Yeahh,  it was a great moment sebab pada masa yang sama Yana dapat buat kawan baru..




Majlis Ulangtahun ke 6 The Butterfly Project dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengasas The Butterfly Project iaitu Tammy.. Cantik sangat Tammy pada masa tu.. Nampak perbezaan yang sangat ketara since our last met dekat Penang bila Tammy ada arrange satu majlis hi-tea untuk butterflies yang menetap di Penang.. Kami kemudian beramai-ramai menyanyikan lagu "happy birthday" sambil menyalakan lilin diatas kek yang disediakan kepada setiap butterflies di atas meja masing-masing..



Selepas Tammy selesai memberi kata-kata aluan kami semua dihiburkan dengan lawak daripada pelawak terkenal Joanne KamPohPoh .. Lawak beliau bersahaja tapi dapat membuatkan kami semua tak kering gusi hari tu.. Joanne sangat friendly dan cantik.. Jangan tak tahu, beliau juga berasal dari Penang.. Ceria petang kami pada hari tersebut dengan lawak tak henti-henti daripada Joanne..






Kemudian,  acara diteruskan dengan sesi membuat fresh flower crown yang dikendalikan  oleh Avantgarde Blooms .. Yess,  Yana suka buat flower crown sebab Yana dah ada basic membuatnya sebelum nie.. Jadi, kerja akan menjadi agak mudah lah bagi Yana dah bonus dekat situ.. Memang best buat flower crown nie sebab dari sini kita dapat eksperesikan kreativi masing-masing.. Flower crown Yana takda lah sehebat mana sebab ada lagi yang cantik-cantik dan sangat memukau.. Kreatif belaka rupanya butterflies nie ..








Sambil membuat flower crown kami juga disajikan dengan hidangan hi tea yang disediakan oleh jomparty. . Banyak sangat hidangan menarik yang disajikan.. Yana sampai rambang mata memilihnya.. Hidangan yang menjadi kesukaan Yana semestinya pencuci mulut yang beraneka selain itu kami juga turut diberikan teh daripada tsticksmy..  Menarik teh nie sebab kita tak perlu buka uncang atau apa apa just rendamkan stick tersebut dalam gelas bersama air sejuk ataupun hangat.. Sangat senang cara penyediaannya dan didatangkan dengan pelbagai perisa.. Seperti; Moroccan Minty Green Tea , Perfectly Peach Tea , Zen Green & Lemon Tea , Striking Strawberry Tea , Fruity Forest Tea , Rockin Rooibos Tea , Tangy Orange Tea , Breakfast Brew Tea , The Earl's Favourite Tea dan Zesty Lemon ..














Setelah semuanya selesai , semua butterflies pun mengambil kesempatan untuk bergambar  dengan fresh flower crown yang mereka berjaya hasilkan .. Oh ya , kalau anda semua perasan dekorasi Majlis Ulangtahun ke 6 The Butterfly Project sangat indah kan dengan kehadiran bunga segar dan belon yang cantik .. Okay , semua nie hasil sentuhan Avantgarde dan Blossom Balloons ..






Nak tengok tak beberapa door gift menarik yang Yana dapat semasa menghadiri Majlis Ulangtahun Ke 6 The Butterfly Project .. Door gift yang Yana terima nie ditaja oleh YvesRocherMY dan Tsticks Malaysia.. Yana dah cuba kesemua produk daripada YvesRocherMY yang Yana dapat hari tu memang best sangat dan bau pun wangi .. Teh daripada Tsticks Malaysia juga sedap.. Hari tu Yana pilih perisa Fruity Forest.. Nanti kalau dah habis boleh Yana beli lain buat stok .. Oh ya sebelum Yana lupa,  acara kemuncak pada Majlis Ulangtahun ke 6 The Project Butterfly ialah penyampaian hadiah kepada top 3 best dress.. Tahniah kepada semua pemenang you guys deserved it =)









Yana rasa sekian sahaja perkongsian Yana mengenai pengalaman pertama Yana menghadiri majlis ulangtahun The Butterfly Project .. Terima kasih Yana ucapkan kepada Tammy dan teams sebab berjaya arrange a memorable party ever untuk kami semua .. Tidak lupakan kepada semua penaja yang terlibat menjayakan  Majlis Ulangtahun ke  The Butterfly Project ini .. Semua kenangan itu akan Yana abadikan dalam hati Yana sampai bila-bila .. In shaa allah kalau ada rezeki lagi , Yana nak join lagi .. Terima kasih kerana sudi luangkan waktu membaca coretan Yana nie =)










Author image
The Author

Lyana Ishak

2 Comments

  1. Seronoknya yana dpt join majlis mcm nie.. terasa kemeriahan dia.. best2

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^