Nikmati Keindahan Alam Semulajadi Hutan Hujan dari Udara di The Habitat dengan The Colugo Zip

Nikmati Keindahan Alam Semulajadi Hutan Hujan dari Udara di The Habitat dengan The Colugo Zip


Hai semua.. Okay hari nie Yana nak kongsikan pengalaman Yana semasa berada di The Habitat Penang Hill untuk mencabar diri Yana main The Colugo Zip yang merupakan tarikan terbaru di The Habitat Penang Hill.. Jom baca |Nikmati Keindahan Semula Jadi dari Udara di The Habitat dengan The Colugo Zip



The Habitat adalah merupakan eko-pelancongan yang bertaraf dunia , terletak di pinggir hutan hujan "dara" yang berusia 130 juta tahun di Penang Hill (Bukit Bendera) .. Hutan hujan ini merupakan hutan hujan yang masih terpelihara dan belum disentuh terletak bersebelahan dengan bandaraya Pulau Pinang dan kawasan sekitarnya ..


Tiket Masuk ke The Habitat Penang Hill 

Pada 15 Disember 2018 yang lalu The Habitat telah melancarkan tarikan terbaru mereka iaitu The Colugo Zip , kursus pengembaraan yang terdiri daripada 5 zipline , 1 abseil dan satu jambatan tali .. The Colugo Zip dinamakan bersempena dengan nama Sunda Colugo aka The Malayan Flying Lemur .. Colugo Zip menawarkan pengunjung satu cara baru untuk menikmati keindahan hutan hujan di The Habitat , dari udara pengunjung akan merasai pengalaman meluncur dari pokok ke pokok melalui hutan kanopi seperti Colugo ..



Ranjer terlatih mereka akan mengiringi setiap pelawat dari awal hingga akhir untuk memastikan keselamatan anda terjamin dan mereka akan berkongsi pelbagai fakta yang menarik mengenai alam semula jadi .. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang menakjubkan dari lembah hutan hujan dan Laut Andaman sepanjang perjalanan yang biasanya akan mengambil masa lebih kurang 1.5 jam untuk diselesaikan .. Pada platform terakhir pelawat akan berada dar ketinggian 30 meter ke bawah .. Zip Colugo direka dan dibina untuk memberi impak minimum kepada alam semulajadi ..





Selain The Colugo Zip, tarikan utama lain di The Habitat Penang Hill termasuklah Curtis Crest anda akan berjalan kaki sambil menikmati panorama yang indah dari Pulau Pinang , platform tontonan tertinggi dan berjalan kaki kanopi Langur Way, satu-satunya jambatan kanopi di dunia yang dibina dengan menggunakan segmen simen..

Curtis Crest

Curtis Crest

Canopy Walk
Buaian Gergasi

Okay dekat atas semua fakta mengenai The Colugo Zip , meh Yana nak bagi review personal pengalaman Yana sepanjang hari Yana berada di sana .. First , memang Yana akui ada rasa sedikit takut sebab Yana memang agak fobia dengan ketinggian tambahan pulak Yana bukanlah seorang yang sukakan aktiviti macam nie .. Tapi , demi nak cabar dan atasi fobia nie Yana buat jugak dan akhirnya Yana berjaya selesaikan semua course .. Alhamdullilah , dengan selamat ♥ Yana paling suka zipline .. Sebab best dia punya feeling masa "terbang" sambil menikmati keindahan alam semulajadi dari udara .. Abseiling , fuh .. Bukan sesuatu yang Yana boleh enjoy memandangkan pokok tu agak tinggi boleh pula Yana digantung sebab nak ambil gambar .. Heyyy ! Yana takut okay .. Jambatan tali , hm okay laa tapi rasa takut tu lebih besar kalau nak dibandingkan semasa naik zipline .. Apa-apa pu Yana memang enjoyed dekat sana harga dia bagi Yana memang worth the price lagi-lagi kepada meraka yang cintakan alam flora dan fauna nie ..

ZIPLINE


Sebenarnya , banyak yang Yana nak kongsikan dengan anda semua apa yang Yana pelajari semasa dekat sana .. Tapi , nanti macam tak best lah sebab anda semua dahh tau apa yang ranjer-ranjer tu kongsikan .. Jadi , kalau nak tahu kenapa Yana rekemen sangat anda semua pergi ke sana , anda kena pergi sendiri dan rasai sendiri pengalaman yang  sama macam Yana rasa .. In shaa allah , jika ada rezeki duit raya Yana nak ajak kawan Yana teman Yana repeat sekali lagi ♥

ABSEILING

ROPE BRIDGE


Well, sekian sahaja daripada Yana .. For more info anda boleh refer maklumat dekat bawah Yana akan attach sebentar lagi .. Harga untuk masuk ke The Habitat dan untuk main The Colugo Zip nie asing tau .. Untuk entrance fee The Habitat charge sebanyak RM53 dikenakan kepada dewasa manakala kanak-kanak , warga emas dan pelajar RM31.80 sahaja .. Wajib bawa kad pelajar dan kad pengenalan bersama ya .. The Colugo Zip tiket rate untuk full experience 5 ziplines , 1 abseil & 1 rope bridge dengan guide daripada ranjer (2 orang) RM104.94/person .. 



Slot pagi bermula : 09:30 am / 10:00am / 11.30 am
Slot tengah hari bermula : 12:00 pm / 03:00 pm / 03.30 pm
Maksimum 8 orang sahaja 

kalau anda tak mahu full experience boleh cuba Honeymoon Zip RM31.80 / person..



SESI DEMOSNTRASI


Setiap kali sebelum pelawat memulakan pengembaraan ini ranjer-ranjer mereka akan membuat demo.. So, jangan risau kalau tak reti or takut buat silap sebab mereka nie akan educate anda terlebih dahulu.. All you have to do is listen to the instruction and enjoy the "journey" =) Baiiii


0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^