Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash

Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash

Haii semua .. Okay hari nie Yana nak cerita sikit mengenai Pusat Dobi Coin & Wash nie .. Sejujurnya , Yana tak pernah pun mencuci baju dekat kedai dobi sebab Yana tak reti .. Kebetulan kawan Yana nak pergi cuci baju dia pada hari Sabtu yang lalu so Yana pun follow lah .. Nak tahu apa yang best ? Jom baca |Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash ..


Okay pusat dobi yang Yana dan kawan Yana kunjungi ini terletak di Taman Sungai Dua Utama .. Sebenarnya , dia ada banyak cawangan salah satunya di Taman Sungai Dua Utama kalau di kawasan berdekatan dengan rumah Yana lagi terletak di Telok Air Tawar .. 


Selain boleh menggunakan cash untuk ditukar kepada token anda sebenarnya boleh juga menggunakan kad keahlian seperti yang Yana pegang tu .. Malangnya di cawangan Sungai Dua Utama function untuk kad tak ada so terpaksalah kami menggunakan cash yang ditukar kepada token seperti biasa .. 


Okay macam nie lah rupa token yang telah ditukar tadi .. Yana difahamkan setiap kali nak mencuci baju dekat sini RM7 akan dikenakan .. Apa yang best nya sabun mencuci dan pelembut disediakan kedua-duanya sangat wangi tau .. Selepas basuh tu baju berbau segar sahaja , memang puas hatilah kalau mai cuci baju dekat sini .. 


Okay gambar dekat atas tu kawan Yana dah selesai memasukkan baju-baju dia ke dalam mesin basuh dekat sini , since baju dia banyak so dia menggunakan dua mesin pada masa yang sama which means dia perlu bayar sebanyak RM14 lah .. Ini tak termasuk kos mengeringkan tau .. 


Masukkan token tadi dekat sini .. Lepas tu boleh biarkan selama setengah jam sementara baju selesai dibasuh ..  Tempat duduk sementara nak menunggu pakaian selesai dicuci turut disediakan dengan keadaan yang sangat selesa lah bagi Yana .. Memandangkan pada hari tersebut tiada pelanggan lain di sana kami pula dua-dua perempuan jadi kami tak berani nak menunggu di dalam kedai dobi .. Kami memilih untuk menunggu di dalam kereta ..


Mesin minuman turut disediakan di kedai tersebut sekiranya pengumjung dahaga bolehlah tekan-tekan mana patut .. Hehehe .. 


Kemudahan bakul pakaian turut disediakan berdekatan dengan mesin pengering .. Tapi , bila kemudahan macam nie disediakan janganlah ambil kesempatan buat macan harta sendiri pula yer , selepas guna sila pulangkan semula tau ..


Okay macam nie lah suasana dalam Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash nie semuanya serba pink .. Yana rasa macam best pula lepak sini sebab warna pink nie buat rasa tenang saja .. 


Sekiranya pengunjung Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash menghadapi sebarang masalah bolehlah menghubungi nombor telefon yang telah disediakan .. Okay sekian sahaja daripada Yana yer .. Sebenarnya Pusat Dobi Layan Diri Coin & Wash nie mempunyai banyak cawangan antaranya : 

  1. Taman Bagan Jermal , Penang 
  2. Taman Sungai Dua Utama , Penang
  3. Gelugor , Penang
  4. Air Itam , Penang
  5. Sungai Petani , Kedah




1 Comments

  1. selesanya dobi ni. mama suka yg sabun dan pelembuat pre prepared mcm ni sebab mmg selalunya wangi

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^