Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collabration

Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collabration 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua .. Althea bukanlah satu nama yang asing lagi bagi mereka yang menggemari produk kecantikkan daripada Korea .. Haa , kalau nak tahu sejak dua tahun lepas Yana sendiri dah mula berjinak-jinak dengan alat-alat solek dan skincare daripada Althea .. Oh ya , baru-baru nie Althea Korea telah mengeluarkan produk penjagaan kulit dengan kerjasama Korea's Top TV Program iaitu : Get It Beauty .. Jom baca | Althea x Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxers Collabration ..


Real Fresh Skin Detoxer inilah yang merupakan produk kolabrasi Althea x Get It Beauty .. Real Fresh Skin Detoxer ini didatangkan dengan dua variasi yang berbeza iaitu :

ROSE REFINING : untuk kegunaan pada siang hari
GREEN TEA PURIFYING : untuk kegunaan pada malam hari

Nak tahu lebih lanjut mengenai kedua-kedua produk ini ? Jom baca sampai habis yer .. Oh ya , pada masa yang sama Yana akan kongsikan juga apa kata selebriti terkenal di Korea mengenai Real Fresh Skin Detoxer nie ..


Althea Real Fresh Skin Detoxer Mask : Rose : REFINING 

Real Fresh Skin Detoxer ; Rose Refining mengandungi 100% kelopak bunga ros yang dipetik hanya sekali dalam setahun iaitu pada bulan Mei dari Grasse , Southern France .. Fungsinya adalah untuk melicinkan kulit muka biar dia selembut rose petal gituuu ..

Cara Penggunaan : Gunakan pada waktu pagi .. Sapukan pada kulit wajah anda dalam kuantiti yang banyak yer .. Biarkan selama 10 saat kemudian sapukan dekat sedikit air urut kulit wajah anda dengan menggunakan 3 beauty fingers semoleknya dan bilas dengan air sehingga bersih ! =)

REVIEW YANA :

Sejujurnya Yana sangat suka dengan Real Fresh Skin Detoxer : Rose Refining nie sebab dia buat kulit wajah Yana rasa lembut dan licin setiap kali Yana menggunakannya .. Jangan risau akan kandungan produk nie sebab seperti yang Yana mention earlier ianya diperbuat daripada 100% kelopak bunga ros which is daripada alam semula jadi .. Ia tak akan membahayakan kulit anda semua .. =)


Real Fresh Skin Detoxer : GREEN TEA : PURIFYING

Real Fresh Skin Detoxer ; Green Tea Purifying diperbuat daripada anak daun teh yang baru tumbuh daripada Ladang Hijau Jeju .. Masker Green Tea Purifying ini dapat memberikan kelegaan kepada kulit wajah dan seterusnya menyegarkan kulit anda .. =) Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensitif .. 

Cara Penggunaan : Gunakan pada waktu malam .. Sapukan pada kulit wajah anda dalam kuantiti yang banyak yer .. Biarkan selama 10 saat kemudian sapukan dekat sedikit air urut kulit wajah anda dengan menggunakan 3 beauty fingers semoleknya dan bilas dengan air sehingga bersih ! =)

REVIEW YANA :

Okay , Real Fresh Skin Detoxer ; Green Tea Purifying nie dia buat kulit wajah Yana terasa segar sangat selepas setiap kali penggunaan .. Bau teh hijau yang segar  tu pun salah satu faktor buat Yana rasa fresh gila lepas menggunakan masker Green Tea Purifying nie ..

p/s : kedua-dua Real FResh Skin Detoxer nie sesuai untuk semua jenis kulit tau 

Psst .. Pstt .. Pada awal entri tadi Yana ada kata bahawa salah seorang selebriti daripada Korea turut mencuba Real Fresh Skin Detoxer nie Jeonghwa EXID merupakan selebriti tersebut .. Boleh tengok video dekat bawah nie yer =)



Haaa dah tengok ? Sekiranya anda teringin nak mencuba dan ingin membuat pembelian Real Fresh Skin Detoxers nie boleh klik SINI ♥



Hm dah baca sampai habis kan pendapat Yana mengenai Real Fresh Skin Detoxer nie ? Tak rasa ker macam nak mencuba ? Harga RM43 sahaja setiap satu boleh tahan lebih daripada sebulan tau .. Yana masih menggunakan Real Fresh Skin Detoxer nie dan ia menjadi salah satu rutin penjagaan kulit Yana , untuk info lanjut anda semua boleh refer links dekat bawah nie :

Laman web : http://my.althea.kr
Facebook : Althea Malaysia
Instagram : @altheakorea 
Youtube : Althea Korea

2 Comments

  1. dia nye packaging tu sangat minimalist tapi cantik
    nampak exclusive ^^

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^