10 Wishlist Barang di Althea yang Yana Nak Beli

10 Wishlist Barang di Althea yang Yana Nak Beli

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. 2018 dah nak berakhir tapi Yana masih ada wishlist yang belum settle .. Arghh , nie semua gara-gara kewangan tak mencukupi .. Hm , kalau anda semua nak tahu Yana sekarang merupakan peminat tegar Althea .. Sejak Yana mengenali Althea Yana dah jarang beli dekat drugstore unless kalau Yana nak benda tu immediately .. Nak tahu tak apa 10 wishlist barang yang Yana nak sangat beli kat Althea ? Jom baca |10 Wishlist Barang di Althea yang Yana Nak Beli ..



 Contour Cleanser





Okay , nie merupakan benda yang paling Yana nak sebab sekarang Yana memang menggunakan Contour Cleanser sebagai rutin harian Yana .. Yana suka pakai Contour Cleanser nie sebab lepas guna kulit akan rasa fresh sangat .. Nak tahu apakah kebaikkan Contour Cleanser nie ? Baca dekat bawah Yana explain secara ringkas sahaja :

- pembersih muka yang kaya dengan buih
- mikro kapsulnya yang mengahsilkan pengelupasan kulit secara lembut
- menjadikan muka lebih berbentuk V shape dan tidak tembam .. In shaa allah =)

link : https://my.althea.kr/contour-cleanser


Primer Water 



Hm , rasa macam tak lengkap bila Yana nak Contour Cleanser tapi tak ada Primer Water daripada Althea nie .. Yaa , Yana juga menggunakan Primer Water nie .. Selain menggunakannya sebagai daily skincare Yana , Yana guna Primer Water nie as make up base .. Setiap kali Yana nak make up Yana akan make sure untuk letak Primer Water sebelum Yana memulakan sesi make up .. Best tau Primer Water nie bila letak dekat kulit mula rasa sejuk saja tau dah la wangi .. Nak tahu lebih details ? Baca dekat bawah :

- menghidratkan lapisan kulit
- "dewdrop" melembutkan dan meningkatkan kelembutan kulit 
- melancarkan permukaan kulit yang tidak sekata



Fixer Cream 



Haha ! Mungkin ramai yang tak tahu benda yang Yana nak nie merupakan set Bare Essential daripada Althea .. Bermula dengan Contour Cleanser , Primer Water dan Fixer Cream merupakan antara part yang wajib ada juga .. Tak lengkap rutin penjagaan kulit kalau salah satu daripada tiga items nie tak ada tau .. Yana suka Fixer Cream sebab tekstur dia ringan dan mudah serap ke dalam kulit apa yang penting TAK BERMINYAK ! Sebab kulit Yana agak berminyak so dengan Fixer Cream nie sedikit sebanyak Yana boleh atasi masalah kulit berminyak Yana nie .. Jom baca penerangan ringkas mengenai Fixer Cream :

- menembusi jauh ke dalam lapisan kulit to plump them (sorry taktau nak translate plump tu apa)
- penghidratan selama 24 jam
- cepat absorb dan tidak melekit 




Kalau anda semua nak tahu set Bare Essential nie sesuai untuk semua jenis kulit ya .. Yana dah berjaya mempengaruhi dua kawan Yana untuk try set Bare Essential nie tau .. Sorang tu siap dah repeat memang best katanya .. <3



Real Fresh Skin Detoxer Set



Yaa , nie pun merupakan set skin detoxer yang sedang Yana gunakan and almost habis dah .. Sebab tu Yana nak juga masukkan set skin detoxer nie dalam wishlist Yana .. Haa , kalau anda perasan dia ada dua berbeza warna .. For your info , yang berwarna pink tu ekstrak bunga ros manakala yang hijau green tea .. Warna pink tu untuk digunakan pada siang hari manakala hijau pada waktu malam .. Baca details dekat bawah nie yer :

- pembersih 2-dalam-1 yang menyuburkan kulit hanya dalam masa 10 saat
- mengandungi kelopak bunga mawar sebenar (untuk menyempurnakan) dan teh hijau (untuk membersihkan)
- menjadikan kulit lebih segar dan licin 


Milk Peel Cream Mask




Milk Peel Cream Mask nie best tau sebab dia punya bau wangi .. Lepas kita apply dekat kulit , kulit akan rasa lembut macam kulit bayi tau .. Walaupun Yana baru saja dapat Milk Peel Cream Mask nie Yana nak jugak masukkan dia dalam 10 wishlist barang daripada Althea yang Yana nak sangat-sangat .. Kebaikkan nya ? Baca dekat bawah nie : 

- mengeluarkan sel kulit mati ,tersumbat sebum dan kotoran tanpa menyakitkan kulit
- melembapkan dan menyegarkan kulit anda dengan kasein yang disertai dengan vitamin untuk kulit yang sihat 


Petal Velvet Sunaway



Memandangkan cuaca dekat Malaysia nie tak menentu .. Sekejap panas sekejap hujan .. Jadi , Yana rasa Yana perlu memiliki sunaway nie untuk melindungi kulit wajah Yana daripada terkena terus dengan sinaran UV which is tak baik untuk kulit .. Petal Velvet Sunaway merupakan pilihan yang terbaik since Yana dah pernah cuba dan sedang menggunakannya .. Setiap kali Yana nak keluar rumah Yana akan pastikan Yana sapukan Petal Velvet Sunaway ini dekat wajah Yana terlebih dahulu .. Info ringkas dekat bawah yer :

- lightweight , translucent sunblock (sorry tak reti nak translate)
- membuat kulit terasa segar dan terhidrat
- SPF50+ , PA++++


Perfect Outdoor Sun Block



Tadi while Yana duk usha-usha barang dekat Althea Yana macam tertarik pula nak cuba Perfect Outdoor Sun Block nie .. Yana tipikal yang suka buat aktiviti luar so rasa macam perlu pula ada Perfect Outdoor Sun Block nie dalam beg Yana .. So , masuklah wishlist 10 barang Yana nak di Althea nie .. Hehehe .. Details baca dekat bawah :

- menghapuskan kekotoran dan perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati
- memastikan kulit terhidrasi untuk mengelakkan kekeringan


Magic Snow Fixing Foundation



Tadaaa !! Wishlist ke 9 yang Yana nak dekat Althea Magic Snow Fixing Foundation .. Nampak macam menarik pula Magic Snow Fixing Foundation nie .. Yana tak pernah cuba lagi tapi teringin nak cuba tapi bila tengok harga Yana simpan dulu dalam chart hahaha .. Baca details dekat bawah eh .. Sorry la in english Yana tak reti nak translate .. Haha !! :

- lightweight foundation : build in layers for coverage .. Create second-skin texture that looks just like skin
- oilness control : sebum control powder keeps make up fresh all-day long .. It delivers perfect complexion with matte finish
- mesh netting : an innovative mesh-netting .. Mesh filter ensures even application ..


Delight Tony Tint



Haaa , dah segak-segak jaga kulit and pakai foundation rasa macam tak lengkap kalau biar lips pucat tak berseri kan ? Yana selalu guna lipmate sebelum nie .. Tadi , ternampak pula Delight Tony Tint .. Yes , Yana tak pernah cuba liptint tapi nampak liptint nie macam best saja why not Yana masukkan dalam wishlist 10 barang Yana nak di Althea kan .. Harga pun tak ada la mahal sangat .. Baca details dekat bawah :

- warna terang & berani
- formula mengandungi kelembapan 98% untuk mengelakkan kekeringan
- pantas pengeringan , tidak melekit , tahan lama selepas memakai 


Perfume In Hand Cream



Ermmm , skincare dah .. Make up stuff pun dah .. Apa lagi eh ? Haaa .. Dah cantik-cantik kena lah wangi-wangi juga .. Perfume In Hand Cream nie nampak macam menarik , dah la packaging dia menarik dan comel .. Terdapat lima wangian yang berbeza iaitu Bloom Rose , Cotton Musk , Secret Pure , Cherry Blossom dan Sweet Love .. Baca details dekat bawah eh :

- krim tangan pelembap yang sesuai untuk kegunaan harian
- mengandungi aroma wangi agar sesuai dengan mood
- dibuat dengan ramuan berkhasiat untuk menghidrat , mencerahkan dan mencegah tanda-tanda penuaan



Wellllll , ini sahaja 10 wishlist daripada Althea yang Yana nak sangat-sangat .. Harap-harap adalah "Santa Althea" yang sudi tunaikan semua wishlist Yana nie ? Yana dah share 10 wishlist Yana nak dekat Althea .. Anda bagaimana ? Heheheh .. For more info boleh layari website Althea ye sebab banyak sangat benda best dekat sana .. Apakan daya Yana hanya diberi 10 wishlist sahaja .. Hehehe .. 

p/s: semua gambar di atas kredit ALTHEA

5 Comments

  1. liptint tonymoly tu ok, best guna.

    ReplyDelete
  2. Best kan barangan Althea ni. Kak zi pun dah jadi pengguna setia jugak.

    ReplyDelete
  3. Gaji nanti terus grab la Yana, kikiki, sempat lagi ni sebelum 2018 end. Good luck. Mai tak pernah cuba lagi ni, nampak ekslusif betul eh barang Althea...

    ReplyDelete
  4. Eh samalah kita pakai bare essentials tuh. Stok akak ada lagi .Hehehe. ..

    ReplyDelete
  5. perfume hand creeeeme tu comeynya..!!! senang nak bawak pergi mrata =D

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^