Ari Ba Ba Cafe Penang Review: Menu, Ambience & Must-Try Dishes

 ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️

Hai ! I'm back , kali nie Yana nak share dengan anda semua pengalaman Yana dine in dekat Ari Ba Ba Cafe baru-baru nie . Jom baca  | Ari Ba Ba Cafe Penang Review ; Menu , Ambiences & Must Try Dishes ❤️

Ari Ba Ba Cafe merupakan cafe muslim friendly yang baru dekat Penang . Sebelum Yana ke sana Yana awal-awal dah tanya cara penyediaan makanan and sumber bahan mentah adakah ianya halal ? Alhamdulillah , halal dan mereka dalam proses nak apply cert Halal JAKIM .

Staf dekat sana pun majoriti orang Melayu beragama Islam dekat sini memang langsung takdak serve alcohol & pork ya .

Makanan dekat sini apa yang Yana nampak dia berkonsepkan menu kopitiam . Ada nasi lemak , mee hokkien , tomyam , roti bakar dan banyak lagi lah . Yana sempat cuba beberapa menu dekat sini . Jom tengok antara makanan yang Yana try .

Mee Hokkien , sejujurnya Yana tak suka sangat dengan mee hokkien sebab tak berapa nak kena dengan tekak Yana but lepas Yana try makan dekat Ari Ba Ba Yana dah mula suka Mee Hokkien mereka sebab rasa dia kena dengan tekak and paling penting takdak rasa manis ya .

Char Kuey Teow , susah tau Yana nak puas hati dengan char kuey teow especially yang jenis kering masa Yana sampai sana Yana dapat bau char kuey teow nie wangi sangat so Yana requested nak try and tak rugi ya sebab sedap ! 

Paling Yana suka Mee Tomyam Chiang Mai Thailand , siapa yang kenal Yana mesti tau I'm a big fan of tomyam and Yana sangat fussy yaa kalau rasa dia tak meet my expectation . Rasa Mee Tomyam Chiang Mai Thailand sangat superb ya rasa masam , pedas , masin & manis well balanced sotong dengan udang pun fresh quantity pun banyak yang penting nie bukan tomyam bawang & serai tau . Kuah dia pun pekat elok tak cair .

Yana ada try sup wantan juga . What I can say about this menu rasa dia refereshing ! Siapa yang tak sihat bila dapat makan sup nie boleh terus rasa segar badan dan wantan dia banyak ya memang worth it dengan harga dia .

Nasi Lemak Ayam Goreng antara menu yang WAJIB anda cuba kalau datang ke Ari Ba Ba Cafe rasa nasi lemak dia tu nice wangi sambal dia rasa macam orang dulu-dulu masak tau pecah minyak elok tak pedas sangat and bukan tipikal sambal yang manis Yana memang puas hati dengan rasa dia .

Last but not least , for drinks Yana try Hor Kah Sai , Jus Ambra Asam Boi & Air Lemon Asam Boi ketiga-tiga minuman nie sangatlah sedap , refreshing and tak manis sangat . Yana approved ✅


Pendek cerita , Yana memang betul-betul puas hati makan dekat sini staf sangat ramah dining area luas dan selesa . Tempat pun sejuk unlike kopitiam lain bersesak-sesak ruang makan sempit dan panas .


Yana highly recommended this cafe sekiranya anda tercari-cari tempat makan best dekat Penang . Till next time , byeeee !!


0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^