Penginapan 2 Hari 1 Malam di Crowne Plaza Penang Straits City

 ASSALAMMUALAIKUM WBT ❤️

Hai semua ! Hari nie Yana nak share dengan anda semua mengenai pengalaman Yana menginap di Crowne Plaza Penang baru-baru nie . Jom baca | Penginapan 2 Hari 1 Malam di Crowne Plaza Penang Straits City ❤️

1 Mei yang lalu Yana Yana decided untuk staycation kalau boleh nak yang dekat and nak avoid tempat yang jammed . Yana just nak me time selepas penat kerja penat emosi dan fizikal Yana rasa Crowne Plaza Penang adalah tempat yang paling tepat untuk Yana pilih .



1st sekali bab parking anda tak perlu risau sebab parking disediakan banyak juga ya . Sesampainya Yana di sana Yana sangat teruja tengok interior design dia yang nampak mewah & modern .














Bilik Yana seaview memang cantiklah view yang Yana dapat tengok dari dalam bilik tingkat 22 . Selepas selesai check in Yana turun ke bahagian lobi untuk try mereka punya Straits Nyonya Heritage & Heart Afternoon Tea Set dengan harga RM88 anda akan dihidangkan dengan dua teh pilihan anda dan kuih muih nyonya style .



Selepas selesai makan Yana dengan kawan Yana naik semula ke bilik untuk siap-siap ke gym dah menjadi rutin kami berdua kalau check in hotel kami takkan lepaskan peluang untuk workout dekat gym memandangkan cuaca tak mengiznkan kami berend dekat pool so yeah kami habiskan masa dekat gym .






Settle bab gym kami decided untuk stay dalam bilik saja even for dinner kami just order through apps Grab banyak juga kedai nearby yang boleh anda pilih so bab makan tak perlu risau kalau anda ada bajet lebih boleh order room dining kalau tak salah Yana .








Keesokkan paginya kami takdak any plan so kami just turun untuk sarapan pagi selesai sarapan kami just stay dalam balik sampai masa untuk checkout . Surprisingly , sarapan pagi dia banyak betul pilihan makanan ada malay , chinese style western lah yang paling banyak . 

Tempat makan pun ada view cantik sambil makan bolehlah layan view .

Well , Yana rasa tu sajalah yang Yana nak share dengan anda semua . Sekiranya anda ada plan nak datang bercuti dekat Penang atau mencari staycation in Penang , Yana highly recommended anda consider Crowne Plaza Penang Straits City . Memang worth it . Byeee ! Till next time !

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^