Ramadan Buffet Preview di The Light Hotel , Penang

 ASSALAMUALAIKUM WBT ❤️

Hai semua ! Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan al Mubarak . Yana yakin mesti ramai yang akan mencari buffet Ramadan yang best untuk ajak rakan-rakan atau keluarga berbuka sekali kan ? Jom baca |Ramadan Buffet Preview di The Light Hotel , Penang ❤️


Baru-baru Yana berkesempatan untuk sertai Ramadan Buffet Preview di The Light Hotel tapi sebelum itu izinkan Yana rakamkan jutaan terima kasih kepada DREM ( Dokoh Ratna Event Management) yang sudi menjemput Yana untuk sertai Ramadan Buffet Preview di The Light Hotel . Ramadan Buffet di The Light Hotel kali ini bertemakan Semarak Nusantara .

Seperti tahun-tahun sebelum ini yang mana Yana pernah sertai Ramadan Buffet Preview di The Light Hotel makanan dekat sini jaranglah mengecewakan . Ada pelbagai pilihan makanan yang menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur .

Okay jom tengok antara sajian makanan yang dihidangkan dalam Ramadan Buffet Preview The Light Hotel pada tahun ini .

Pada tahun ini The Light Hotel ada "produk" terbaru mereka iaitu Nasi Kurma. Selain Nasi Kurma ada lagi dua pilihan nasi lain seperti Nasi Ghee dan Biryani Kambing .

Squid 65

Egg Dalcha

Chicken Kurma

Fish Head Curry

Sambal Udang Petai

Asam Pedas Tumis Ikan Tenggiri

Paru Masak Berlado

Gulai Ketam Lemak

Harimau Menangis

Sayur Goreng Jawa

Ayam Bakar Air Asam

Gulai Itik

Ulam Ulaman

Pelbagai Sambal

Selain hidangan buffet seperti ini turut ada beberapa action stall yang menyajikan hidangan seperti Char Koey Teow , Asam Laksa , Mee Kari , Murtabak , Roti Canai dan pelbagai lagi .




Berita baik bagi penggemar sushi Ramadan Buffet di The Light Hotel ada menyajikan pelbagai jenis sushi yang best-best . Anda cuma perlu pilih yang mana anda suka .


Pada hari Yana sertai Ramadan Buffet Preview di The Light Hotel mereka turut menjemput anak-anak yatim untuk memeriahkan suasana dan pada masa yang sama anak-anak yatim ini diberi sedikit sumbangan duit raya .



Secara keseluruhan Yana sangat berpuas hati dengan hidangan yang disajikan untuk Ramadan Buffet Preview di The Light Hotel , banyak juga hidangan yang menggamit kenangan kerana ia merupakan hidangan tradisi yang dah lama kita tak nampak .






Yana sangat recommended sekiranya ada sesiapa pembaca blog Yana untuk try Ramadan Buffet di The Light Hotel nanti . Hidangan makanan sangat banyak sampai rambang mata nak pilih mana satu untuk mula .

Antara makanan yang Yana suka dekat sana Char Koey Teow , Asam Laksa , Kari Kepala Ikan , Kurma Ayam dan ada beberapa lagi .

Okay sekian saja daripada Yana . Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk banyak coretan Yana pada kali ini . Untuk info lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah :





Alamat : 
Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang @5.394413,100.398576

No telefon : +6043821111

Gunakan Promo Code : LYANADREMTLH24 untuk diskaun 


Jutaan terima kasih Yana ucapkan kepada pihak The Light Hotel kerana sudi menjemput Yana untuk sertai Ramadan Buffet Preview The Light Hotel 2024 . 

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^