ASSALAMUALAIKUM ❤️
Sepertimana yang kita semua sedia maklum minyak zaitun nie mempunyai pelbagai khasiat seperti ; dapat membantu menurunkan berat badan , untuk kulit lebih sihat , melegakan sembelit , baik untuk kesihatan jantung dan banyak lagi .
Yana diperkenalkan dengan Al'Ard Premium Extra Virgin Olive Oil . Ramai yang cakap ini antara minyak zaitun yang berkualiti dan bertaraf dunia . Yana pun terpanggil untuk mencubanya .
Macam biasalah sebelum Yana nak try Yana akan buat research terlebih dahulu . Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil merupakan minyak zaitun awal musim "EARLY HARVEST" . Ia merupakan perahan pertama dan menggunakan teknik cold pressed.
Buah zaitun nya dari pilihan buah zaitun hijau yang terbaik yang dipetik dengan tangan dan juga diproses pada hari yang sama .
Mendapat pengiktirafan Organik EU & JAS (Japanese Agriculture Standard) , pengiktirafan ISO-22000 , Fairtrade dan Halal Palestine .
Bagaimana cara penggunaan Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil? Ia boleh diminum terus amalkan satu sudu makan pada setiap hari . Anda boleh amalkan satu sudu makan sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur , ketika perut kosong . Elakkan minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun ya .
Yana rasa ramai saja yang perasan berat badan Yana dah semakin bertambah . Yana memang tengah mencari solusi yang mudah dan sihat untuk Yana amalkan bagi proses untuk turunkan berat badan nie . Ramai yang rekemen Yana untuk try this few produk untuk kuruskan badan tapi Yana tak yakin sebab takut akan effect kesihatan dalaman Yana di kemudian hari .
Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil menjadi pilihan Yana selepas Yana baca semua feedback ,cara penghasilannya Yana jadi yakin untuk jadikannya sebagai salah satu amalan untuk Yana turunkan berat badan .
Selain itu , untuk pengetahuan anda semua minyak zaitun juga boleh dicicah dengan roti kalau nak lagi sedap boleh dicampurkan dengan cuka kurma atau cuka anggur .
Anda juga boleh campurkan 2 sudu besar minyak zaitun ke dalam semua jenis makanan panas dan sejuk seperti kari , sup , masak lemak dan lain-lain lagi . Hm , lepas nie bolehlah Yana suruh umi Yana tambahkan dua sudu besar minyak zaitun nie dalam masakan kami .
Eh , anda mesti ingat itu sahaja kan cara penggunaan minyak zaitun . Ada lagi tau , anda juga boleh sapukan minyak zaitun pada kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan . Antara fungsinya adalah untuk ;
- menghilangkan kesan parut
- kekeringan kulit
- masalah Eczema
- radang kulit
- masalah sendi dan lutut
- melebatkan dan menghitamkan rambut
Yana juga ada purchased Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap ianya sabun minyak zaitun 100% tau .
Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap mengandungi pelbagai khasiat antioxidant termasuklah vitamin A & E . Kebaikkan Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap ia dapat melembapkan kulit dan melambatkan proses penuaan .
Golongan dewasa dan kanak-kanak pun boleh guna . Anda juga boleh jadikannya sebagai shampoo . Ia bebas daripada ; Parabens , S.L.S & S.L.E.S , Preservatives , pengawet dan lain-lain bahan yang bahaya .
Teksturnya lembut dekat kulit tau , memandangkan ia tidak mengandungi bahan kimia maka sabun ini tidak menghasilkan buih ya .
Macam mana ? Menarik kan semua khasiat minyak zaitun nie ? Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian boleh tekan link dekat bawah nie :
6 Comments
Minyak zaitun al ard ni memang terbaik dan bagus untuk kesihatan.. sama2 kita amalkan.
ReplyDeleteMinyak zaitun sangat bagus, lagi-lagi cara prosesnya menggunakan teknik cold pressed. yanie tertarik jugak dengan sabun mandian ye tu
ReplyDeleteKita sama laa.. eyqa pun amalkan olive oil jenama Al'Ard nie. Pilihan terbaik!
ReplyDeleteThanks Yana sudi kongsi mengenai Minyak Zaitun Al Ard ni . Banyak betul khasiat minyak zaitun ni ya .
ReplyDeletebagus amalkan minyak zaitun ni.
ReplyDeleteBaru teringat nak topup stok olive oil.
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^