Hai semua ! Yana nak share review honest Yana mengenai satu meal replacement yang Yana sedang amalkan sekarang . Jom baca |REVIEW : KITSUI 39 Super Food Meal Replacement ❤️
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum KITSUI bukan satu nama asing lagi ia merupakan satu jenama supplement yang sudah ramai yang kenal dan ramai percaya dengan keberkesanan produk daripada KITSUI .
Pada baru-baru nie Yana nak cuba another produk daripada KITSUI which is 39 Super Food Meal Replacement . Oh ya , untuk pengetahuan anda semua Yana bukan seorang yang morning person tau . Kadang-kadang disebabkan Yana lewat bangun Yana tak sempat nak sarapan . Tapi , selepas Yana dah try KITSUI 39 Super Food Meal Replacement Yana dah tak skip sarapan kerana ia mudah dihidangkan dan sesuai sangat untuk orang macam Yana .
KITSUI 39 Super Food Meal Replacement adalah makanan tambahan yang diciptakan khas untuk memberikan sokongan optimum serta meningkatkan kesihatan dan tenaga secara serentak.
Makanan Tambahan yang dapat BANTU KURANGKAN MASALAH GULA TINGGI DALAM DARAH , mengurangkan masalah kolesterol, dan juga mengurangkan masalah tekanan darah tinggi.
Siapakah yang sesuai untuk amalkan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement?
-Dewasa dan Warga Emas
-Sesuai utk sekeluarga
-Masalah Gula Tinggi dalam Darah
-Masalah Tekanan Darah Tinggi
-Mahukan kesihatan Mata
-Mengekalkan tulang yang sihat
-Menginginkan tenaga
-Mencari kesihatan yang lebih baik
Apakah kebaikkan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement?
Okay dekat bawah nie Yana share antara beberapa kebaikkan pengambilan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement :
• Mengurangkan gula dalam darah • Membantu meningkatkan sistem imuniti • Mengurangkan tekanan darah tinggi • Membantu meningkatkan kesihatan sendi dan tulang Membantu mengekalkan kesihatan mata
Cara penyediaannya sangat mudah , campurkan 1 sachet (30gm) dengan 200-250ml air sejuk atau air suam. Anda juga boleh mencampurkannya ke dalam jus, smoothie atau apa sahaja yang anda suka. Rasa dia sedap tau !
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement anda boleh dapatkannya di Watsons yang berdekatan dengan anda .
Okay Yana ada sediakan satu video ringkas cara Yana comsume dan sediakan KITSUI 39 Super Food Meal Replacement.
Inilah adalah antara sijil-sijil yang diperolahi oleh KITSUI :
ASSALAMUALAIKUM ❤️
Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua khasiat minyak zaitun . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca |Khasiat Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil ❤️
Sepertimana yang kita semua sedia maklum minyak zaitun nie mempunyai pelbagai khasiat seperti ; dapat membantu menurunkan berat badan , untuk kulit lebih sihat , melegakan sembelit , baik untuk kesihatan jantung dan banyak lagi .
Yana diperkenalkan dengan Al'Ard Premium Extra Virgin Olive Oil . Ramai yang cakap ini antara minyak zaitun yang berkualiti dan bertaraf dunia . Yana pun terpanggil untuk mencubanya .
Macam biasalah sebelum Yana nak try Yana akan buat research terlebih dahulu . Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil merupakan minyak zaitun awal musim "EARLY HARVEST" . Ia merupakan perahan pertama dan menggunakan teknik cold pressed.
Buah zaitun nya dari pilihan buah zaitun hijau yang terbaik yang dipetik dengan tangan dan juga diproses pada hari yang sama .
Mendapat pengiktirafan Organik EU & JAS (Japanese Agriculture Standard) , pengiktirafan ISO-22000 , Fairtrade dan Halal Palestine .
Bagaimana cara penggunaan Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil? Ia boleh diminum terus amalkan satu sudu makan pada setiap hari . Anda boleh amalkan satu sudu makan sebelum sarapan pagi dan satu sudu makan sebelum tidur , ketika perut kosong . Elakkan minum air selama 3 minit selepas minum minyak zaitun ya .
Yana rasa ramai saja yang perasan berat badan Yana dah semakin bertambah . Yana memang tengah mencari solusi yang mudah dan sihat untuk Yana amalkan bagi proses untuk turunkan berat badan nie . Ramai yang rekemen Yana untuk try this few produk untuk kuruskan badan tapi Yana tak yakin sebab takut akan effect kesihatan dalaman Yana di kemudian hari .
Al'Ard Premium Organic Extra Virgin Olive Oil menjadi pilihan Yana selepas Yana baca semua feedback ,cara penghasilannya Yana jadi yakin untuk jadikannya sebagai salah satu amalan untuk Yana turunkan berat badan .
Selain itu , untuk pengetahuan anda semua minyak zaitun juga boleh dicicah dengan roti kalau nak lagi sedap boleh dicampurkan dengan cuka kurma atau cuka anggur .
Anda juga boleh campurkan 2 sudu besar minyak zaitun ke dalam semua jenis makanan panas dan sejuk seperti kari , sup , masak lemak dan lain-lain lagi . Hm , lepas nie bolehlah Yana suruh umi Yana tambahkan dua sudu besar minyak zaitun nie dalam masakan kami .
Eh , anda mesti ingat itu sahaja kan cara penggunaan minyak zaitun . Ada lagi tau , anda juga boleh sapukan minyak zaitun pada kulit serta mana-mana bahagian tubuh badan . Antara fungsinya adalah untuk ;
- menghilangkan kesan parut
- kekeringan kulit
- masalah Eczema
- radang kulit
- masalah sendi dan lutut
- melebatkan dan menghitamkan rambut
Yana juga ada purchased Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap ianya sabun minyak zaitun 100% tau .
Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap mengandungi pelbagai khasiat antioxidant termasuklah vitamin A & E . Kebaikkan Al'Ard Nabulsi Olive Oil Soap ia dapat melembapkan kulit dan melambatkan proses penuaan .
Golongan dewasa dan kanak-kanak pun boleh guna . Anda juga boleh jadikannya sebagai shampoo . Ia bebas daripada ; Parabens , S.L.S & S.L.E.S , Preservatives , pengawet dan lain-lain bahan yang bahaya .
Teksturnya lembut dekat kulit tau , memandangkan ia tidak mengandungi bahan kimia maka sabun ini tidak menghasilkan buih ya .
Macam mana ? Menarik kan semua khasiat minyak zaitun nie ? Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian boleh tekan link dekat bawah nie :
Hai semua ! Hari nie Yana kongsikan dengan anda semua mengenai packaging terbaru Ecolite Collagen Birds Nest Drinks . Packaging kali nie lebih menarik dan convenient mudah dibawa ke mana-mana sahaja . For more info jemput baca │ Ecolite Collagen Birds Nest Drinks Kini Berwajah Baru dengan Pek yang Lebih Selesa ♥
Sebelum Yana kongsikan dengan anda semua mengenai packaging baru Ecolite Collagen Birds Nest Drinks nie , Yana terlebih dahulu nak kongsikan dengan anda semua mengenai kebaikkan sarang burung .
Yana yakin pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa sarang burung ini baik untuk kecantikkan kulit . Apa yang Yana tahu kebanyakkan orang cina sahaja yang sering mengamalkan pengambilan sarang burung nie tapi , sekarang tidak lagi dah ramai orang berbangsa lain kini sudah mengamalkan pengambilan sarang burung since ramai dah tahu akan kebaikkan pengambilan sarang burung .
Apakah Kebaikkan Sarang Burung ?
Sarang burung nie baik untuk kulit muka kerana ia membantu menganjalkan , mencerahkan , membaiki kompleksi , mengurangkann iritasi dan ia juga dapat mengurangkan kedutan . See , banyak kan kebaikkan sarang burung nie ?
Selain itu , sarang burung juga bersifat antioksida yang membantu wajah anda kekal bebas daripada radikal bebas . Well , itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda mengenai kebaikkan sarang burung .
Beauty in a pouch merupakan tagline Ecolite kerana packaging baru nie style pouch yang memudahkan anda untuk letak dalam beg kalau nak bawa travel atau just untuk keluar jalan-jalan . Jangan risau sebab rasanya masih sama tak berubah sedikit pun .
Kenapa Perlu Pilih Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ?
Okay dekat sini Yana nyatakan kenapa anda perlu memilih Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ;
tiga jenis rasa yang berbeza untuk dipadankan dengan pilihan anda
kandungan pepejal lebih daripada 8%
mengandungi bahan semulajadi
didatangkan dengan paket yang mudah digunakan
harga yang berpatutan
pengganti yang baik untuk minuman
Siapa yang Perlukan Ecolite Collagen Bird's Nest Drink ?
- untuk mereka yang menjaga kesihatan kulit mereka
- bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk
- bagi mereka yang mencari kolagen sarang burung mampu milik
- untuk mereka yang mencari minuman untuk kesihatan dan kecantikkan
Sedikit info tambahan untuk anda semua , Ecolite Collagen Bird's Nest Drink dibuat oleh sarang burung dan kolagen dengan menggunakan teknologi canggih terkini tapi masih mengekalkan resepi tradisional . Ecolite Collagen Bird's Nest Drink didatangkan dengan paket yang mudah digunakan dan mudah dibawa dan diminum pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja .
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink sesuai untuk semua generasi . Tidak kira anda seorang pelajar , pekerja pejabat ataupun pesara Ecolite Collagen Bird's Nest Drink can always be your portable beauty secret !
Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks with Lychee & Rose Syrup
Ecolite Collagen Bird's Nest Drinks Plus Longan
Sebelum Yana lupa Ecolite Collagen Bird's Nest Drink HALAL ya so anda boleh minum tanpa was-was . Manakala harga untuk satu pek hanya RM5 sahaja . Terdapat dalam loose pack dan cluster pack boleh didapati di mana-mana Guardian outlets yang berdekatan dengan anda .
Well , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua . For more info anda boleh rujuk laman sesawang dekat bawah nie :
Hai semua ! Hari nie Yana ada berita best nak share dengan anda semua . Nak tahu apa berita gembira tu ? Jom baca |Produk Keluaran GKB Membantu Masalah Berat Badan dan Sembelit Yana ♥️
Yana yakin siapa-siapa yang ada follow Yana tak kisah lah dekat Facebook , Instagram ataupun di aplikasi Tiktok anda semua mesti perasan kan Yana dengan makanan berpisah tiada .
Terpaksa tahun nie Yana tolak beberapa jemputan review buffet Ramadan dek kerana berat badan Yana nie , berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya . Ramai yang kata "eh Yana mana ada gemuk pun , biasalah tu . Normal jer" . Nahh ! Jangan percaya . Haha .
Badan kita , kita sendiri tahu beza dia either dia semakin naik or turun . Yana mula perasan berat badan Yana naik bila Yana buat aktiviti yang Yana selalu buat sebelum tapi sekarang bila Yana buat rasa penat , mengah dan tak larat .
Lagi satu , badan Yana selalu rasa lemau asyik nak baring saja kalau boleh . Dulu Yana suka beraktiviti sekarang Yana malas . Malas yang teramat sangat . So , dari situ Yana sedar something is not right .
Agak mengejutkan ya bila Yana pergi timbang jarum berhenti tepat pada angka 64kg . Haaa , anda mesti tak percaya kan tapi ada mata yang boleh "scan" Yana dari jauh yang Yana dah gain lots of weight .
Yana sebenarnya tak berani tau nak ambil any suplements sebab banyak benda tak best Yana baca bila kita tersalah ambil suplements. Sampailah satu hari tu , Yana diperkenalkan dengan produk keluaran GKB .
Apa itu GKB ?
GKB (GK BIO International Sdn Bhd) yang telah ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sana antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan .
Objektif utama mereka adalah untuk mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi .
Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul.
GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.
Terdapat beberapa produk keluaran GKB dengan fungsi yang berbeza telah menarik perhatian Yana . Produk-produk tersebut terdiri daripada ;
Lactobacillus Plantarum GKM3
GKB G-Pro Gold
Probio+
Lactobacillus Rhamnosus Plus
Probizymes
Okay , as Yana mentioned earlier. Yana ada masalah dengan berat badan Yana sekarang . Yana mengamalkan pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 . Yana ada rasa sedikit perubahan seluar yang dulu susah Yana nak zip sekarang smooth saja tau .
Selain daripada masalah berat badan kulit wajah Yana juga kelihatan kusam . Haa , sebab itulah kalau anda semua nak tahu Yana sangat obses dengan makeup . Kadang-kadang Yana malas nak makeup terus muka Yana nampak takdak seri , pucat macam orang sakit .
Tapi , selepas Yana cuba GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus nie Yana perasan kulit Yana agak glowing dan lembap .
Cara pengambilan dia sangat mudah , just bancuh dengan air rasa dia pun sedap . Paling best , ia didatangkan dalam bentuk sachet jadi mudahlah untuk dibawa ke mana-mana .
Satu lagi tabiat buruk Yana . Yana suka sangat makan makanan yang tak sihat dan kurang pegambilan sayur-sayuran dan buah-buahan .
Sejujurnya , Yana memang ada masalah nak membuang . Perut sakit tapi "dia" takmau keluar . Haha ! Jadi , Yana ada ternampak orang recommend untuk try GKB Probio+ katanya boleh membantu masalah sembelit .
Well , Yana dah cuba dan serius ia sangat membantu . Lawas jer Yana sekarang . GKB Probio+ mengandungi probiotik dan prebiotik this both dapat membantu proses pencernaan dan dapat mengurangkan masalah sembelit .
GKB Probizyme dan GKB G-Pro Gold
Kedua-dua produk nie sesuai untuk mereka yang ada masalah gastrik . Alhamdulillah, Yana takdak masalah nie .
GKB Probizyme mengandungi bakteria probiotik dan prebiotik untuk membantu proses pencernaan selain itu ia juga dapat membantu mengurangkan cirit-birit. GKB Probizyme didatangkan dalam bentuk sachet .
Berbeza dengan GKB Probizyme GKB G- Pro Gold didatangkan dalam bentuk kapsul . Ia mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik .
Fungsi dia lebih kurang sama sahaja dengan GKB Probizyme. G-Pro Gold berfungsi lebih baik dalam penyakit gastrousus yang teruk.
Ia sangat sesuai bagi mereka yang menghidapi penyakit gastrousus yang teruk seperti kolitis ulseratif, Sindrom Usus Merengsa (IBS), Penyakit radang usus (IBD). Pada masa yang sama ia juga membantu meningkatkan imuniti .
Sekiranya anda berminat untuk cuba produk keluaran GKB boleh dapatkan di Farmasi besar di Malaysia atau di Alpro Pharmacy , kalau nak lagi senang anda boleh ke laman web GKB .
Apa-apa pun Yana prefer anda semua dapatkan khidmat nasihat doktor anda sebelum mula consume any of this product ya .
Hai semua ! Lately nie Yana gain weight . Bukan sikit tau , banyak daripada 48kg sekarang Yana dah mencecah 60kg lebih . Teringin nak balik berat badan yang dulu . Yana dah cuba untuk bersenam tapi masih sama . Jom lah baca │KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) Cara Mudah dan Sihat untuk Penurunan Berat Badan ♥
Baru-baru Yana diperkenalkan dengan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) . Ramai yang cakap KMRP nie dapat membantu menurunkan masalah berat badan dengan selamat dan mudah . By the way , Yana nak kongsikan dengan anda semua apa itu KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) nie .
KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS adalah program diet yang sangat rendah kalori . Ia dapat mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari . Ini bermaksud , badan anda akan menarik tenaga daripada simpanan lemaknya sendiri .
KMRP nie sangat mudah disediakan , dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan orang ramai pada program diet kalori yang sangat rendah .
Apakah Kebaikkan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ?
berkualitii tinggi dan kaya dengan nutrisi
rendah kalori hanya 124 kalori setiap paket
mengandungi vitamin & mineral penting - produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) mengandungi 18 vitamin dan mineral penting - termasuk vitamin A , B12 , B1 , B2 , B6 , D , D3 , E , C , magnesium , Zink , kalsium Biotin untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda .
KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS merupakan sumber serat yang baik yang boleh membantu memastikan anda berasa kenyang sambil menyokong penurunan berat badan anda .
Sejujurnya , Yana memang dah cuba minum KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS nie rasa dia memang enak dan tak ada bau yang kurang menyenangkan . Ia dirumus dengan chocolate milk powder dan cip biskut yang lazat .
KMRP ini bertindak sebagai penggantian makanan untuk sarapan pagi , makan tengah hari ataupun makan malam . Cara penyediaannya juga sangat mudah .
- masukkan satu paket KMRP ke dalam shaker , tuang air sebanyak 200-250ml air sejuk atau air suam
- kacau atau goncang sehingga betul-betul larut
- jangan guna air yang mendidih
- minum dengan segera & dan simpan di tempat yang dingin dan kering
Antara bahan-bahan yang terdapat dalam KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) adalah :
Bijirin Oat
Oat Protein
Konjac
L-Carnitine
Biji Chia
DIET PROGRAM KITSUI KMRP
Anda boleh mulakan Kitsui diet program KMRP dengan hanya rm39.90 sahaja
DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1 - untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan), 1 paket sehari (1 penggantian makanan)
DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2 - untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan), 2 paket sehari (2 penggantian makanan)
DIET PROGRAM KMRP LEVEL 3- untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan), 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)
Sebelum ada yang tanya Yana nak bagitahu yang KITSUI MEAL REPLACEMENT tidak sesuai diambil oleh ibu yang mengandung tetapi bagi mereka yang sedang menyusu boleh consume dan juga anda yang berusia 18 tahun ke atas .
KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) boleh didapat di Guardian dan Watsons . Beli secara online di Lazada dan Shopee dengan harga RM39.90 sahaja . KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) telah mendapat Halal Asia Halal Brand Award diperakui oleh Asia Pacific Super Health Brand .
Okay itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda , untuk info lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah :