REVIEW : Baju Renang Muslimah daripada Summer Affaire

REVIEW : Baju Renang Muslimah daripada Summer Affaire

Assalamualaikum WBT ♥️

Hai semua ! Hari nie Yana nak kongsi dengan anda semua mengenai Yana punya impression order swimwear daripada Summer Affaire . Eh , by the way , anda pernah tak dengar brand nie before this ? Jom baca | REVIEW : Baju Renang Muslimah daripada Summer Affaire .


Okay , Yana tak pasti sama ada any of you yang perasan recently Yana memang lebih fokus dekat aktiviti berenang instead of aktiviti lain . Sebelum nie yes Yana do hiking , fun run and etc tapi sekarang Yana no longer buat semua tu because Yana dah penat moreover Yana punya interest more to swimming .

Yana suka dengan aktiviti berenang sebenarnya dari Yana kecil lagi just my parents tak dapat nak afford any swimming class for me . Bila dah besar , ada duit sendiri Yana decided untuk join kelas renang .
Masa Yana zero , Yana belajar untuk buat breaststroke. Sekarang , Yana tengah belajar untuk buat freestyle. In shaa allah once dah master , memang Yana akan totally focus on swimming.

Back to our topic , baru-baru nie Yana ada order baju renang muslimah daripada Summer Affaire. Macam biasa sebelum purchase of course Yana akan go through semua review . Ramai yang cakap baju renang daripada Summer Affaire nie bagus dan berkualiti . Tambahan pula , design baju renang muslimah mereka juga cantik-cantik dan menarik .





1st of all , Yana nak cerita mengenai kualiti material baju renang yang Yana order tu . Yana pilih Eshal Modest Muslimah Swimwear . Material dia 82% Polyester dan 18% Spandex. Selesa , sangat selesa . Yana ambil saiz L memang terletak elok dengan Yana tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar . Memang Yana puas hati betul .

Dekat bawah nie Yana kongsi chart saiz untuk muslimah swimwear ya .



Cara nak basuh ? Serius cakap swimwear kalau salah basuh warna dia akan pudar ya . So , dekat sini Yana share pantang larang nak basuh muslimah swimwear daripada Summer Affaire ;
- jangan guna detergen
- jangan guna klorox (bleach)
- untuk cucian tangan sahaja
- jangan cuci kering 
- jangan perah
- jangan seterika
- jangan rendam semasa membersihkan
- keringkan di tempat udara teduh 


Harganya macam mana ya ? Yana rasa harga dia mampu milik yang Yana order tu RM118 . Actually ada banyak design yang cantik-cantik untuk muslimah swimwear nie cuma Yana lebih tertarik dengan Eshal Modest Muslimah Swimwear .

Di Summer Affaire anda juga boleh beli pelbagai kelengkapan lain seperti baju renang kanak-kanak , untuk orang lelaki , beach wear , push up padding dan banyak lagi . For more info anda boleh visit website Summer Affaire https://www.summeraffaire.com/ 


Okay , Yana rasa itu sahaja Yana nak kongsikan dengan anda semua . Yana memang sangat-sangat rekemen anda belinbaju renang dengan Summer Affaire. Selain kualitinya bagus harga pun sangat berpatutan . 

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^