US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang
ASSALAMUALAIKUM WBT ♥️
Hai ! Yana kembali lagi dekat sini . Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua tentang pengalaman Yana ke US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang baru-baru ini . Jom baca |US Pizza Malaysia @ Chulia Street Penang ♥️
Sekarang ada pizza baru tau dekat US Pizza Malaysia iaitu Durian Coconut Pizza , sayangnya Yana tak makan durian so Yana pilih Salted Egg Pizza lah . Salted Egg Pizza pun sedap . Sesuai sangat bagi mereka yang suka makan telur masin , terasa betul dia punya salted egg .
Gambar kredit Facebook US Pizza |
Apa yang lebih menarik di US Pizza Malaysia yang terletak di Chulia Street Penang nie mereka ada Cheesy Volcano Burger ! Inilah salah satu sebab kenapa Yana ke US Pizza dekat Chulia Street hari tu .
Yana ada nampak dekat youtube cara mereka present Cheese Volcano Burger nie sangat rare tau . Teringin pula Yana nak experience sendiri . Oh ya ! Yana juga diberitahu buat masa nie , Cheese Volcano Burger hanya terdapat di US Pizza dekat Chulia Street sahaja . In shaa allah , lepas nie mungkin dekat branch lain pun akan ada juga .
Lagi satu , Yana juga diberitahu buat masa nie patty untuk Cheese Volcano burger ayam sahaja tak ada beef sebab senang untuk semua orang . Ya , as we know ada antara kita yang tak makan beef kan ? So , nak memudahkan kerja mereka hanya menyediakan patty ayam sahaja . Sedap pattu ayam dia , sebab isi ayam tu serius tebal dan tak muak yer . Rasa Cheese Volcano Burger nie lagi awesome dengan hadirnya lelehan cheese tu . Serius cakap , tak muak ya .
US Pizza Malaysia yang terletak dekat Chulia Street nie ada dua tingkat tapi hanya satu tingkat sahaja dibuka . Sekiranya anda sendiri pernah berkunjung ke sini pasti anda akan faham kenapa tingkat atas tak dibuka . Even Yana sendiri nak naik ke atas dengan tangan kosong pun terkial-kial nak naik apatah lagi kalau staf mereka nak bawa makanan ke atas . Tapi , anda jangan risau . Walaupun US Pizza dekat Chulia Street "comel" tapi still selesa . Staf mereka pun very helpful .
Okay , untuk minuman sudah menjadi kebiasaan Yana kalau ke US Pizza mesti nak order Vanilla Milk Shake dengan Chocolate Milk Shake . Yana suka both nie sebab rasa dia just nice dan tak terlalu manis . Nasib Yana agak baik hari tu sebab one of their staff offer Yana untuk cuba Verbana Mango .
Verbana Mango dia ala ala smoothie , sedap ! Rasa mangga tu memang pure and refreshing . So , kalau anda berkunjung ke US Pizza please try their Verbana Mango tu tau .
Well , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda semua mengenai pengalaman Yana semasa di US Pizza Chulia Street Penang . Sebelum Yana lupa sekarang tengah ada promosi tau untuk setiap pembelian RM25 ke atas . Gunakan promo kod : PIZZA6 yer . For more info anda bolehlah rujuk maklumat di bawah :
US Pizza Chulia Street Penang
Facebook :
Instagram :
Facebook :
Alamat :
322, Chulia St, Georgetown, 12000 George Town, Penang
No telefon : 0164872752
11 Comments
Milk shake dia dan salted egg pizza dia tak pernah mengecewakan
ReplyDeleteYaa betui . Kalo mai mesti order ayaq tu ja hee
DeleteDuria dengan burger tu nak try la.. Suka us pizza mesti ada menu baru
ReplyDeleteYaa durian tu nampak nais dia letak isi fresh tpi tu la tu yana xmakan durian haha
DeleteMenarik juga menu2 DEKAt sini. Nt kena try p order sekali
ReplyDeleteUS Pizza memang nest, doh dia tu kalau pizza dah sejuk pun masih lembut... Salted egg pizza tu favourite!
ReplyDeletenyesal bukak,buat lapar je hahahah
ReplyDeleteSedapnyaaaa nak jugak hihi
ReplyDeleteApa rasa pizza durian agaknya ea? Salted egg US Pizza memang favorite.
ReplyDeleteWow volcano beger dia. Terbakooo 🔥🔥🔥🔥
ReplyDeleteNice post thank you Alexander
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^