Proses Membayar Zakat Menjadi Lebih Mudah dengan MYEG

Proses Membayar Zakat Menjadi Lebih Mudah dengan MYEG

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Okay hari nie topik kita adalah mengenai zakat . Yana nak tanya anda semua dah tahu ke sekarang kita dah boleh membayar zakat melalui atas talian sahaja . Klik sana klik sini , nahh dah siap . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca │Proses Membayar Zakat Menjadi Lebih Mudah dengan MYEG ♥


Sepertimana yang kita semua sedia maklum menunaikan zakat sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam . Ada tertulis dalam Rukun Islam ;
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat lima waktu
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan
  4. Menunaikan zakat
  5. Menunaikan haji 
Kenapa kita perlu bayar zakat ? Yana ada terbaca ada yang mengatakan proses membayar zakat nie sama seperti kita "mensucikan" harta kita , dengan membayar zakat kita secara tidak langsung dapat membantu saudara sesama Islam kita yang kurang bernasib baik . Sebelum Yana ulaskan dengan lebih lanjut mengenai cara pembayaran zakat melalui MYEG , Yana nak kongsikan dengan anda semua antara hikmah membayar zakat ;
  • dapat meluaskan rezeki
  • dapat mewujudkan hubungan sesama insan melalui zakat
  • dapat memberi peluang untuk golongan yang berharta untuk beribadah
  • dapat menyatukan umat Islam dalam hal ekonomi

Sebenarnya , terdapat banyak lagi kelebihan membayar zakat cuma itu sahaja yang Yana dapat tulis dekat sini . Teringat masa Yana masih di bangku sekolah arwah wan Yana merupakan seorang Amil . Apabila tiba bulan Ramadhan ramailah orang yang datang ke rumah arwah wan untuk menunaikan zakat fitrah . Arwah wan pun ada buat dekat surau yang dia selalu pergi solat jemaah tu juga kalau Yana tak silap , sebab Yana cuma memerhati tak pernah pula Yana bertanya .

Ini merupakan pendapat peribadi Yana lah , sekarang nie macam agak susah kan kita nak bayar zakat melalui Amil ? Tak semua orang ada masa dan tenaga untuk membayar zakat melalui Amil yang telah dilantik . Alhamdulillah , sekarang dengan adanya beberapa aplikasi dan laman sesawang kita dah boleh membayar zakat secara atas talian . In shaa allah , ianya selamat dan boleh dipercayai .


MYEG merupakan salah satu cara mudah untuk kita membayar zakat melalui atas talian . Sama ada kita menggunakan aplikasi atau terus ke laman sesawang MYEG . Terlebih dahulu dikehendaki mencipta akaun MYEG dan isikan beberapa maklumat yang diperlukan . Jangan risau kerana maklumat anda tidak akan didedah segala data akan disimpan .

Selepas dah selesai mendaftar anda dah boleh mula membayar zakat melalui MYEG . Terdapat beberapa pilihan transaksi anda cuma perlu pilih "Pembayaran Zakat" . Yana pernah buat sebelum nie Yana dikehendaki memilih jenis zakat yang ingin Yana tunaikan . Bagi Yana , semestinya Zakat Fitrah . Anda boleh baca dekat sini cara-cara untuk membuat pembayaran kerana sebelum nie Yana dah pernah share dengan terperinci mengenai pembayaran zakat melalui MYEG KLIK SINI .



Sekarang tengah berlangsung peraduan Jom Tunai Zakat , Menang dan Kongsi . Cara dia sangat-sangatlah mudah sekiranya anda dah membuat pembayaran zakat secara tak langsung ia telah melayakkan anda untuk menyertai peraduan nie .


Satu lagi info menarik yang Yana nak kongsikan bersempena dengan bulan Disember nie Lembaga Zakat Selangor (LZS) membolehkan pembayaran xakat dilakukan secara online di Portal LZS dengan menggunakan Kad Kredit Islamik . Yana difahamkan bahawa cara nie lebih mudah , pantas dan berkesan . 


Suka Yana nak ingatkan dekat sini sebagai umat Islam kita jangan sesekali abaikan tanggungjawab kita untuk menunaikan zakat sekiranya kita mampu . Kenapa ? Tanpa kita sedar atau tak ramai saudara kita di luar sana yang tengah struggle untuk mencari sesuap nasi . Di musim endamik nie ramai yang sudah hilang mata pencarian , dengan adanya bantuan zakat dapatlah sedikit sebanyak kita meringankan beban mereka .


Sekian sahaja perkongsian Yana pada kali nie . In shaa allah pada masa akan datang Yana akan kongsikan banyak lagi cerita dan info yang menarik di blog Yana . Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca coretan tak seberapa Yana ❤️

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) 


Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 156:

Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat.”

1 Comments

  1. Takde alasan dah tak nak boleh bayar zakat sebab tak boleh nak pergi ke pusat pungutan zakat.. bayar online je

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^