SUPA HAIRCARE KIT by SAFI SHAYLA untuk Rambut Kekal Segar dan Wangi Selama 72 Jam

 SUPA HAIRCARE KIT by SAFI SHAYLA untuk Rambut Kekal Segar dan Wangi Selama 72 Jam

ASSALAMMUALAIKUM ❤️

Haii semua ! Okay , tujuan Yana buat comeback nie sebab Yana nak kongsikan beberapa info menarik mengenai SAFI SHAYLA SUPA . Nak tahu dengan lebih lanjut ? Jom baca | SUPA HAIRCARE KIT by SAFI SHAYLA untuk Rambut Kekal Segar dan Wangi Selama 72 Jam ❤️


SAFI adalah jenama HALAL yang terkemuka ; terdiri daripada rangkaian penjagaan kulit , penjagaan diri dan peralatan mandian yang serba lengkap . Kesemua produk keluaran SAFI dihasilkan secara eksklusif bagi memenuhi keperluan wanita dan lelaki Muslim moden .

Diperbuat dengan ramuan semula jadi yang terbaik juga disahkan HALAL dan telah diperakui oleh JAKIM . Jadi , anda boleh guna produk keluaran SAFI tanpa was-was .


Safi Shayla adalaha sub jenama penjagaan rambut di bawah SAFI . Safi Shayla adalah syampu pertama yang khas direka dan dirumuskan untuk wanita yang berhijab , dilancarkan pada bulan Oktober 2013 . 

Diformulasikan dengan Habbatus Sauda ia merupakan ramuan semula jadi yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu .


Objektif utama SAFI pada kali ini ialah untuk memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Safi Shayla SUPA . Ini merupakan syampu keluaran Safi Shayla by SAFI yang sangat sesuai bagi muslimah moden antara linkungan umur 18-35 tahun yang mengenakan hijab . 

Kenapa dikhususkan bagi wanita moden yang berhijab ? Hal ini demikian kerana , SAFI mahu memperkukuhkan imejnya (Safi Shayla)  sebagai pakar penjagaan rambut bagi mereka yang berhijab .

Manakala target Safi Shayla Supa pada kali ini adalah mereka yang aktif , bergaya , berkeyakinan , bercita-cita dan profesional . Hijabi yang mana merupakan pelajar kolej ,  para hijabi yang bekerja , dan hijabis yang inginkan rambut lembut dan licin .


SUPA baru ini dilengkapi dengan Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave On Cream .

Kedua-dua rangkaian produk Safi Shayla ini mampu menjanjikan rambut yang ringan , licin dan lembut selepas penggunaan kedua-dua produk ini .

Rambut juga tidak akan berminyak walaupun setelah berjam-jam lamanya mengenakan hijab dan apa yang paling best adalah rambut kekal wangi selama 72 jam tau !



SUPA Smooth & Fragrant Shampoo didatangkan dengan dua saiz yang berbeza iaitu ; 

SUPA Smooth & Fragrant (320g)
SUPA Smooth & Fragrant (640g)

SUPA Smooth & Fragrant Shampoo adalah hasil gabungan 11 minyak essential yang kaya dengan nutrien untuk memberikan rambut lembut bak sutera , ringan dan mudah diuruskan . Wangian yang dapat bertahan selama 72 jam .



SAFI SHAYLA SUPA Smooth & Fragrant Leave On Cream juga merupakan hasil gabungan 11 minyak essential yang kaya dengan nutrien yang dapat memberikan kelembutana pada rambut yang kusut agar lebih senang diuruskan . Wangiannya juga bertahan selama 72 jam !

Berdasarkan hasil ujian makmal , SAFI SHAYLA SUPA Smooth & Fragrant Leave On Cream juga mampu menguatkan rambut yang rapuh .

Cara penggunaan : Gunakan sebagai pelembap rambut tanpa perlu bilas ianya cepat dan mudah digunakan hasilnya sangat best sebab rambut akan lembut , mudah diurus , tidak berminyak , ringan dan wangi selama 72 jam walaupun setelah seharian kita memakai tudung .


Berita baik buat anda semua ! Sekarang SAFI Shayla akan memberikan satu-satunya Vespa Supa Pink yang bernilai RM17,000 sebagai hadiah utama dan hadiah wang tunai mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna bertuah yang menyertai Peraduan Whatsapp & Menang Vespa .

Peraduan ini bermula pada 1 Julai sehingga 31 Julai 2021 , dengan pembelian minimum RM15 pembelian sebarang produk SUPA SAFI Shayla .






Tidak lupa untuk Yana ucapkan terima kasih kepada Tudung Ruffle untuk tudung ekslusif yang Yana terima nie . Materialnya adalah satin dalam pek nie Yana juga dapat getah rambut satin ya .

Selesa sangat dan mudah digayakan Tudung Ruffle nie . Kali ini Tudung Ruffle berkolabrasi dengan Safi Shayla tudung ini didatangkan bersama-sama dengan SUPA HAIRCARE Kit yang Yana terima baru-baru nie . Cuba tengok betul-betul dekat tudung ada tulis " Safi x Tudung Ruffle" .

Okay tu sahaja yang Yana nak kongsikan , untuk info lanjut anda boleh rujuk : 

Instagram : SafiMalaysia


1 Comments

  1. Wah bestnya siap boleh menang vespa pink lagi yeee. 😍

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^