Seri by Bellaz 4in1 Mini Makeup Roll

 Seri by Bellaz 4in1 Mini Makeup Roll

Haii semua ! Okay memandangkan lately nie Yana macam terlebih rajin duk main makeup hari nie Yana nak share salah satu barang makep yang Yana beli baru-baru nie dengan Bellaz Beauty HQ .. Jom baca | Seri by Bellaz 4in1 Mini Makeup Roll ♥


To be honest , Yana sendiri tak sedar sejak bila Yana obses sangat dengan barang makeup nie sebab masa sekolah dulu Yana memang tak suka makeup pun .. Tambahan pula , Yana nak makeup pun tak reti tau ..Yana start berjinak beli barang makeup yang basic dulu macam foundation , mascara , compact powder ,eyeliner ,blusher dan eyeshadow .. Sejak Yana duk follow MUA Bellaz makin lama makin banyak barang makeup yang Yana beli sebab apa yang Yana tengok Bellaz pakai Yana akan beli satu per satu tapi tak semualah ada beberapa barang yang Bellaz pakai Yana tak beli ..

Yana rasa yang paling mahal Yana beli ialah benda nie lah Seri by Bellaz 4in1 Mini Makeup Roll .. Harga dia takdalah kayangan sangat sebab kalau anda semua nak tahu Bellaz nie sangat prihatin dengan semua followers dia dan dia akan jual or recommend barang-barang yang mana followers dia mampu milik sebagai contoh Seri by Bellaz nie harga dia RM79.90 tak termasuk postage sebab Yana memang beli direct dengan Bellaz Beauty HQ ..

Apa yang menarik dengan Seri by Bellaz nie dia didatangkan lengkap dengan barang untuk basic makeup seperti contouring & highlighter , blusher dua shade pink dan peach , last but not least eyeshadow ada 4 shade dua matte dan dua shimmery ..

Macam gambar dekat atas tu bahagian contouring dan highlighter mostly kita akan guna untuk shading hidung dan pipi .. Warna both nie sangat pigmanted sekali sapu pun dah nampak hasil dia ..

Ini pula bahagian blusher ada dua shade as Yana mention earlier iaitu warna pinkish dan peach .. Both pun sangat-sangat pigmanted dan warna dia sweet-sweet saja tak nampak garang and bila kita apply auto nampak muka kita sweet gitu sebab tu lah Bellaz bagi nama Seri by Bellaz bila pakai terus muka nampak berseri ..

Last but not least , bahagian terakhir bahagian eyeshadow yang terdapat empat shade iaitu dua warna matte coklat dan nude pink kalau Yana tak salah lagi dua shimmery light brown dan light pink .. Eyeshadow merupakan part yang paling Yana suka sebab bila kita apply eyeshadow terus makeup kita nampak hidup dan ada seri tau ..

Okay , Yana rasa tu saja yang Yana nak share dengan anda semua mengenai Seri by Bellaz .. Yana sangat rekemen anda beli nie sebab bila kira balik dia sangat-sangat worth it .. Semua benda dalam satu roll nie harga RM79.90 sahaja .. Opps .. Seri by Bellaz nie limited edition tau .. Yana taktau by the time anda semua baca entri nie Seri by Bellaz nie masih available atau tak .. Apa apa pun terima kasih kepada anda yang sudi baca coretan Yana pada kali nie .. Jom tengok video yang Yana dah sediakan nie ♥



2 Comments

  1. Bestnya, kena beli satu ni, sebab Mai jenis bawak handbag kenit, so muat la letak ni je senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann .. xpayah nak usung banyak2 barang dah hehe

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^