Pengginapan 2 Hari 1 Malam di OZO George Town Hotel Penang



Pengginapan 2 Hari 1 Malam di OZO George Town Hotel Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semua ! Seminggu sebelum Penang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempat juga Yana tunaikan staycation Yana yang dah lama tertangguh disebabkan Covid 19 Yana memang tak boleh nak rentas daerah apatah lagi negeri .. So , dalam entri kali nie  Yana nak kongsikan dengan anda semua pengalaman Yana semasa mengginap di OZO George Town Hotel , Penang .. Jom baca │Pengginapan 2 Hari 1 Malam di OZO George Town Hotel Penang ♥


Sebelum nie Yana dah pernah ceritakan serba sedikit mengenai OZO George Town Hotel Penang di entri Majlis Media Preview di OZO George Town Penang .. Entri kali nie Yana akan banyak bercerita mengenai pengalaman Yana semasa berada di OZO George Town Hotel Penang ..



Gambar Kredit OZO  George Town Penang Photo Gallery

Sebelum Yana mula kongsikan pengalaman Yana semasa berada di OZO George Town Hotel Penang terlebih dahulu Yana nak bagitahu yang OZO George Town Hotel Penang nie terletak di Tapak Warisan Dunia UNESCO terdapat pelbagai tempat menarik yang terletak berdekatan dengan hotel nie .. Bagi mereka yang gemarkan food hunting terdapat beberapa cafe hipster yang boleh anda semua kunjungi semasa mengginap di OZO George Town Hotel Penang ..

Yana tiba di OZO George Town Hotel Penang lebih kurang pada pukul 3 petang .. Tempat parking sangat unik ya sebab dia macam lift sebelum nie Yana tengok orang saja naik lift tapi di OZO George Town Hotel Penang anda boleh tengok kereta naik lift dan pada masa yang sama ada tidak perlu rungsing untuk cari tempat letak kereta .. Biasalah Penang kan , kalau tak susah cari parking bukan Penang lah .. Hehehe .. Nanti boleh tengok video yang dah Yana sediakan semasa nak park kereta di OZO George Town Hotel Penang ..





Selepas semuanya selesai Yana kemudian ke tingkat 20 untuk proses check in .. Lobi hotel dekat OZO George Town Hotel Penang nie Sky Lobby ya .. Yana Rasa nie  satu-satunya hotel dalam Penang yang ada lobi yang macam nie .. Sambil menunggu giliran Yana untuk check in sempat juga Yana menikmati pemandangan sekitar bandar George Town dari tingkat 20 OZO George Town Hotel Penang ..





Memandangkan Yana ke sana dengan family Yana jadi  Yana kena ambil dua biliklah ..  Alhamdulillah kedua-dua  bilik Yana dapat view yang sangat cantik ,  terutama sekali permandangan pada waktu malam .. Bandar George Town dihiasi dengan cahaya lampu neon walaupun pada ketika itu lampu dekat KOMTAR berwarna merah yang menandakan Penang pada masa tu dalam zon merah .. Harap sangat Penang akan kembali hijau tak lama lagi ...

Bila Yana dah siap dengan proses check in Yana rehat sebentar dalam bilik sambil tu Yana explore bilik dan tandas  .. Bilik Yana sangat-sangat selesa dan semua kemudahan yang disediakan oleh pihak OZO George Town Hotel Penang adalah sangat lengkap .. Jika anda memerlukan seterika anda boleh request dekat receptionist semasa nak check in ya ..









Kemudian Yana grab camera Yana untuk Yana snap beberapa  tempat menarik yang ada di kawasan hotel .. Tempat yang paling cantik dekat OZO George Town Hotel semestinya Sky Lobby dia .. Sebab dia menjanjikan permandangan 360 darjah di sekitar bandar George Town .. Cantik yer gais .. Selepas Yana selesai menjelajah kawasan lobi kemudian Yana ke ruangan makan yang diberi  nama EAT , di sini anda juga boleh menikmati permandangan yang sangat menawan di sekitar bandar George Town ..
Yana last explore bahagian makan selepas  tu Yana balik ke bilik sekejap sebab Yana plan pada waktu petang Yana nak lepak dekat swimming pool sambil tengok matahari terbenam .. So , Yana balik ke bilik Yana siap-siap tukar baju untuk ke swimming pool .. Swimming pool di OZO George Town Hotel Penang nie jenis infiniti .. Sambil berenang boleh layan view bandar dan view laut dekat depan tu .. Hasrat untuk Yana tunggu matahari terbenam tidak tercapai sebab Yana kesejukkan terus Yana ambil keputusan untuk terus masuk ke bilik ..

Two Bedroom Suite (OZO Family Suite)







Di OZO George Town Hotel Penang terdapat 141 buah bilik .. 67 daripadanya adalah Superior Room , 67 lagi Deluxe Room , 3 Superior Two Bedroom 2 One Bedroom Suite dan 2 Two Bedroom Suite ..  Setiap  bilik disediakan bantal  dan tilam yang berkualiti untuk  keselesaan para tetamu mengginap di OZO George Town Hotel Penang .. Selain itu , turut disediakan kemudahan wifi untuk para tetamu hotel .. Antara kemudahan lain yang turut disediakan ialah ; coffee & tea maker , hair dryer , bathroom with shower cubicle ..

Terdapat 4 ruangan di OZO George Town Hotel  Penang yang diberi nama The Spot , Tone , Talk , dan Connect ..

The Spot



Gambar Kredit OZO George Town Photo Gallery

Tone



Talk



Gambar Kredit OZO George Town Photo Gallery

Connect



Gambar Kredit OZO George Town Photo Gallery

The Spot : reception for speedy paperless check-in with panoramic bird  eye view
Tone : fitness room 
Talk : meeting rooms with capacity up to 25 persons 
Connect : information lecterns providing access to both destination and travel information 

Selain keempat-empat tempat terdapat juga dua ruangan untuk menjamu selera iaitu EAT dan ON22 yang merupakan sky bar tapi malangnya masa Yana dekat sana ON22 belum lagi beroperasi .. In shaa allah sekiranya ada kesempatan untuk Yana mengginap di OZO George Town Hotel Penang lagi Yana akan ke sana lagi bila ON22 dah mula beroperasi ..

Waktu malam Yana semasa Yana mengginap di OZO George Town Hotel Penang , Yana plan nak try gym mereka tapi disebabkan Yana ada hal lain Yana missed untuk cuba gym mereka .. Ralat  lah sikit .. Malam tu Yana ke GAMA hanya dengan berjalan kaki sebab kedudukan hotel  dengan GAMA adalah walking distance sahaja .. 



Keesokkan paginya aktiviti pertama Yana ialah sarapan dengan family Yana .. Yana sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan sebab rasa dia cukup lengkap dan memenuhi citarasa Yana .. To  be honest , banyak juga makanan yang disediakan untuk sarapan  pagi .. Ada beberapa hidangan yang Yana tak mampu rasa sebab Yana kekenyangan .. Dekat bawah nie Yana ada sediakan beberapa  gambar hidangan makanan untuk sarapan pagi di OZO George Town Hotel Penang .. Yana difahamkan mereka akan tukar-tukar hidangan nie maybe masa kunjungan anda ke sana nanti hidangannya tak sama dengan yang Yana dapat ..















Selepas Yana selesai sarapan , Yana sekali lagi ke swimming pool sebab Yana belum puas berendam masa hari pertama Yana di sana .. Walaupun cuaca pagi tu agak panas tapi tak terasa sangat mungkin sebab Yana leka sangat berendam dalam swimming pool tu ..


Sejujurnya Yana sangat berpuas hati dengan staycation Yana di OZO George Town Hotel Penang .. Staf di sana  sangat mesra dan helpful .. Setiap sudut di OZO  George Town Hotel Penang menjanjikan permandangan yang sangat menarik .. Sepertimana yang Yana bagitau pada awal entri hotel nie sangat sesuai bagi mereka yang nak explore bandar George Town sebab dia terletak  betul-betul di tengah bandar George Town banyak tempat-tempat menarik yang ada berdekatan dengan OZO George Town Hotel Penang .. Sampai sini sahajalah perkongsian Yana pada kali nie .. Terima kasih pihak OZO George Town Hotel Penang yang memberikan layanan yang sangat baik kepada Yana dan family Yana sepanjang kami berada di sana .. 



untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah :

Facebook : https://www.facebook.com/OZOGeorgeTownPenang/

Instagram : https://www.instagram.com/ozogeorgetownpenang/


Alamat : 166 Jalan Argyll, George TownPenang 10050 Malaysia

No telefon : +604 226 3737

Jom tengok video yang telah Yana sediakan semasa Yana berada di OZO George Town Hotel Penang ♥





Author image
The Author

Lyana Ishak

4 Comments

  1. Replies
    1. sangatttt ! nanti ada rezeki meh la jalan penang ♥

      Delete
  2. rindunyaaa nak jenjalan huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah , kalo dak arini Yana dah ada dekat pahang huhuhu

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^