The Upper House Hotel Baru di Batu Kawan , Penang

 The Upper House Hotel Baru di 

Batu Kawan , Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , pernah dengar nama hotel The Upper House ? Ala , yang terletak di Batu Kawan , Penang tu .. Haa ! Sekiranya anda semua belum pernah meh sini Yana nak ceritakan serba sedikit mengenai The Upper House hotel .. Jom baca │The Upper House Hotel Baru di Batu Kawan , Penang ♥


Sejujurnya , Yana sendiri pun baru tahu mengenai The Upper House hotel masa Yana nampak kawan blogger Yana ke sana .. Yana jadi tertarik akan hotel nie sebab reka bentuk dalamannya walaupun simple tapi nampak elegan dan stylish .. Sesuai sangat dijadikan sebagai port untuk OOTD bagi mereka yang gemarkannya .. Bagi mereka yang mengenali Yana , Yana juga suka ber OOTD di samping mengambil gambar ..


gambar kredit Blogger Barry Teh


Okay , hotel The Upper House terletak di Vervea , Aspen Vision City .. Alamat penuh hotel nie Yana akan share di hujung entri ya .. Jika Yana ditanya hotel The Upper House nie sesuai tak untuk orang berkeluarga it's depend la kalau orang tu okay dengan kawasan hotel nie macam mana pun dia akan suka tapi bagi Yana hotel nie lebih sesuai bagi mereka yang ada business trip dekat Batu Kawan ataupun bagi mereka yang nak ada me time di sana .. Terdapat juga beberapa tempat menarik di sekitar kawasan hotel The Upper House yang mungkin dapat anda lawati semasa staycation anda dekat sana ..

Antara tempat-tempat yang menarik yang Yana maksudkan adalah seperti IKEA , Design Village dan Aspen Vision City Central Island Park ..


gambar kredit IKEA Batu Kawan


gambar kredit Blogger Siti Yang Menaip

Semasa Yana berasa di hotel The Upper House Yana mengginap di bilik jenis Upper King .. Apa yang boleh Yana katakan dekat sini , ruang biliknya memang selesa walaupun saiz biiliknya agak "comel" tapi boleh jer Yana dan kawan Yana mengginap dengan selesa .. Susun atur bilik nampak kemas dan moden tandasnya juga bersih .. Jom tengok beberapa bilik lain yang terdapat di hotel The Upper House ...

UPPER KING
(selain UPPER KING turut terdapat bilik jenis UPPER TWIN)



" elegant yet comfortable room serving its purposes with amenities and facilities that will facilitate your stay"

  • dilengkapi dengan tilam 'Serta' yang mewah
  • katil sepanjang 6 kaki
  • TV pintar LG 43" UHD
  • kemudahan organik
Antara beberapa kemudahan lain yang anda boleh dapatkan ialah :










- televisyen kabel
- meja
- pengering rambut
- mini bar
- pembancuh kopi / teh
- non-smoking
- peti keselamatan bilik
- wifi percuma
- lampu picit (torchlight)

EXECUTIVE TWIN
(selain bilik jenis EXECUTIVE TWIN turut terdapat bilik EXCUTIVE KING)


" a room with practical layout that is versatile and comfortable serving luxury and convenience altogether"




  • dilengkapi dengan tilam 'Serta' yang mewah
  • katil sepanjang 6 kaki
  • TV Pintar LG 43" UHD
  • jubah mandi dan selipar
  • kemudahan organik
  • daftar masuk dan daftar keluar ekspres
  • koktel sepanjang setiap hari dari jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam
  • kopi / teh percuma sepanjang hari di Executive Lounge
  • penggunaan bilik mensyuarat dan kemudahannya secara percuma
Antara beberapa kemudahan lain yang anda boleh dapatkan ialah :

- televisyen kabel
- meja
- pengering rambut
- mini bar
- pembancuh kopi / teh
- bilik larangan merokok
- peti keselamatan bilik
- wifi percuma
- lampu picit (torchlight)

PREMIER KING
(hanya bilik jenis PREMIER KING saja yang available)


" a room with practical layout that is versatile and comfortable serving luxury and convenience altogether"




  • dilengkapi dengan tilam 'Serta' yang mewah
  • katil sepanjang 6 kaki
  • TV Pintar LG 43" UHD
  • jubah mandi dan selipar
  • kemudahan organik
  • daftar masuk dan daftar keluar ekspres
  • koktel sepanjang setiap hari dari jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam
  • kopi / teh percuma sepanjang hari di Executive Lounge
  • penggunaan bilik mensyuarat dan kemudahannya secara percuma
Antara beberapa kemudahan lain yang anda boleh dapatkan ialah :

- televisyen kabel
- meja
- pengering rambut
- mini bar
- pembancuh kopi / teh
- bilik larangan merokok
- peti keselamatan bilik
- wifi percuma
- lampu picit (torchlight)

Tempat Makan dan Kemudahan 

LOBI




- Lobi The Upper House nie cantik sangat .. Sebelum anda nak check-in anda kena ikut SOP yang ditetapkan seperti scan QR code di My Sejahtera dan check suhu badan anda untuk memastikan anda dalam keadaan sihat sebelum dibenarkan untuk check-in dekat  hotel The Upper House ..

DOLCE 





- Merupakan ruang makan yang selesa untuk para tetamu bersantai sambil menikmati makanan dan minuman yang lazat 

BAMBU TAPAS BAR



- Bambu Tapas Bar yang terletak di tingkat atas The Upper House menawarkan permandangan Aspen Vision City dan kawasan sekitarnya sambil menikmati minuman sejuk kegemaran anda .. Menghadap Bambu Tapas Bar adalah kolam renang di atas bumbung ..

BILIK MESYUARAT 

- Bilik Mesyuarat yang dilengkapi dengan alat audio-visual dan persembahan , tempat yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat ataupun acara persidangan anda .. Semasa kunjungan Yana ke hotel The Upper House bilik mesyuarat nie belum lagi siap .. Jadi , Yana tak dapat nak letak gambar bilik mesyuarat yer ..

EXECUTIVE LOUNGE




- Lounge yang direka khas untuk para tetamu di tingkat Eksekutif yang menawarkan minuman seperti kopi / teh .. Di Executive Lounge juga anda boleh mengadakan mesyuarat kerana semua kemudahan untuk bermesyuarat turut disediakan di Executive Lounge ..

ROOFTOP SWIMMING POOL





- Kolam renang di atas bumbung , di mana para tetamu boleh bersantai setelah seharian sibuk sambil menikmati permandangan di sekitar Aspen Vision City yang indah 

MENU SARAPAN PAGI

Okay , ini merupakan menu untuk breakfast Yana hari tu .. Bagi Yana rasa makanan nie semua not bad boleh diterima tekak walaupun tekak Yana nie takda lah tekak orang putih sangat .. Yana paling suka dia punya Red Current muffin ... Sekiranya anda pilih untuk menikmati hidangan roti tu staf dekat situ akan tolong panaskan untuk anda ..









Okay , Yana rasa itu sahaja yang Yana nak kongsikan dengan anda mengenai pengalaman Yana semasa berada di hotel The Upper House .. Lokasi The Upper House nie memang agak sunyi tapi anda tak perlu risau ada kawalan keselamatan selama 24  jam di sana .. Jadi keselamatan anda memang terjamin .. Bagi Yana hotel The Upper House nie sangat sesuai bagi mereka yang memerlukan ruang untuk diri sendiri sebab tempat nie agak privasi dan tidak sesak ... Walaupun ianya terletak di tengah-tengah Bandar Vervea namun bebas daripada pencemaran bunyi ..

Info lanjut mengenai hotel The Upper House anda boleh rujuk maklumat di bawah :

Alamat : 22A , Jalan Vervea 10 , Aspen Vision City , Bandar Cassia , Penang , 14110 , Malaysia

No Telefon : +6045450000 / +60175385559


Facebook : The Upper House


Oh ya ! Sebelum Yana lupa dekat bawah nie Yana ada sediakan satu video ringkas semasa Yana berada di sana .. Jemputlah tengok ♥

3 Comments

  1. nice hotel ni..leh lah stay sini dekat nk shopping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak .. In case lepas shopping rasa penat n malas nak balik boleh check in sini hehehe

      Delete
  2. Tengok gambar-gambar ni teringin nak pergi holiday pkp pulak haishh

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^