Kenali Zakat Wang Simpanan dan Hukumnya

12 December 2020

Kenali Zakat Wang Simpanan dan Hukumnya

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua ! Anda tahu tak apa-apa mengenai zakat , dan lagi satu Yana nak tanya tahukah anda bahawa zakat nie ada pelbagai jenis ? Okay , hari nie Yana nak share info mengenai zakat iaitu Zakat Simpanan .. Nak tahu macam mana Zakat Simpanan nie ? Jom baca │Kenali Zakat Wang Simpanan dan Hukumnya ♥


(gambar kredit : Penny Appeal)

Sebelum Yana kongsikan info mengenai Zakat Simpanan Yana nak kongsikan terlebih dahulu dengan anda semua pengertian zakat .. Zakat jika ditafsirkan dari segi syarak adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu .. Manakala, dalam kedudukan dalam Islam zakat adalah salah satu rukun Islam ..



Apakah Hukum Zakat ?

Haa , yang nie Yana yakin ramai yang tahu , dah nama pun salah satu rukun Islam semestinya hukum zakat adalah WAJIB ..Jom , Yana huraikan dengan lebih lanjut mengenai hukum zakat agar anda semua dapat fahaminya dengan lebih jelas .. Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat wajib ..  Oleh itu , jika seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad .. Manakala , individu musim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar .. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat ..



Jenis-Jenis Zakat Simpanan 

Terdapat 4 jenis zakat simpanan iaitu :

  1. Zakat Simpanan Tetap
  2. Zakat Simpanan Biasa 
  3. Zakat Simpanan Dalam Satu Akaun 
  4. Zakat Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Zakat Simpanan Tetap 

Apabila sesuatu simpanan tetap  itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas) , maka WAJIB dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut 

Zakat Simpanan Biasa 

Ianya adaalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haulnya 

Zakat Simpanan Dalam Satu Akaun 

Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras wajib maka seeorang itu WAJIB untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan ..

Zakat Simpanan Dalam Beberapa Akaun 

Jika seseorang itu mmempunyai beberapa akaun simpanan , maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut  mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun , baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab ..





Cara Pengiraan Zakat Simpanan Tetap/Simpanan Biasa/Simpanan Dalam Satu Akaun 

Kaedah Taksiran : Baki Hujung Haul - Faedah / Konvensional x 2.5%

Contoh Kiraan : RM19,900.00 - RM400.00 x 2.5% = RM487.50.00

Cara Pengiraan Zakat Simpanan Dalam Beberapa Akaun 

Kaedah Taksiran : Buku Akaun 1 + Buku Akaun 2 + Buku Akaun 3
                                 = Jumlah Baki Hujung Haul + Jumlah Baki Hujung Haul + 
                                Harta Lain + Berasaskan Nisab Emas x 2.5%

Contoh Kiraan : RM4,400.00 + RM1,000.00 +RM15,000.00 = RM20,400.00
                             RM20,400.00 + RM12,000.00 x 2.5% = RM810.00


Kempen Galakan Berzakat 

Okay , untuk pengetahuan anda semua sekarang nie Lembaga Zakat Selangor sedang menganjurkan satu kempen iaitu "Kempen Galakan Berzakat" untuk info lanjut anda boleh rujuk gambar dekat atas tu ..

Terlanjur Yana dah kongsikan mengenai zakat simpanan dan bagaimana cara pengiraannya Yana juga nak kongsikan dengan anda semua satu dalil yang mewajibkan zakat :


" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka , kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka ,(ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui "

- Surah At-Taubah (ayat 103)


Sekian sahaja perkongsian Yana menngenai Zakat Simpanan .. Sejujurnya , Yana sendiri baru tahu mengenai Zakat Simpanan nie .. Jadi , Yana harap dengan perkongsian Yana yang tidak seberapa nie dapatlah memberi manfaat kepada anda semua ♥

untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk :



Instagram : zakatselangor

2 comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^