Masakan Ala-Ala Cina Sedap dan Murah di Tini's Kitchen



 Masakan Ala-Ala Cina Sedap dan Murah di 

Tini's Kitchen 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiiii ! I'm back , kali nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu kedai makan cina muslim yang terletak berdekatan dengan rumah Yana nie .. Kenapa Yana nak share pasai kedai nie dengan anda semua ? Jom baca │Masakan Ala-Ala Cina Sedap dan Murah di Tini's Kitchen ♥


Okay , Yana nak share dengan anda semua pasai kedai makan cina muslim nie sebab makanan dekat sini boleh dikatakan semua sedap-sedap belaka .. In shaa allah sedap , sebab Yana nie agak cerewet ya pasai makan .. Harga sangat-sangat murah bagi Yana sebab boleh dikatakan setiap satu dish harga lebih kurang RM5 sahaja tau .. Tini's Kitchen nie terletak di Jalan Tiga , Taman Seri Serdang , 13100  Kepala Batas , Pulau Pinang .. 

NASI AYAM APOLLO




Harga Nasi Ayam Apollo nie RM5 sahaja tau  , nie yang biasa punya kalau special harganya RM8 .. Hm , yang special tu ada apa ? Tunggu nanti Yana cuba sebab selalu bila Yana mai makan dekat sini Yana ambil yang biasa saja sebab Yana nak makan benda lain lagi .. Bagi Yana portion biasa nie pun dah cukup mengenyangkan .. Apa yang sedap sangat dengan nasi ayam nie ? Sambal dan kicap dia tu perghh rasa dia susah Yana nak describe .. Nasi dia pun not bad lah wangi dan sedap juga , harga warung tapi rasa bukan level warung okay ..

KOEY TEOW TH'NG


Koey Teow Th'ng nie Yana baru try sekali saja tu pun sebab nasi ayam favourite Yana tu habis .. Not bad rasa dia ada rasa manis-manis sikit bau bawang putih agak kuat tapi masih acceptable lah .. Harga Koey Teow Th'ng juga RM5 sahaja .. Alhamdulillah , kenyang kalau kena semangkuk nie .. Isi ayam dan fishball pun boleh tahan meriah ..

WANTAN MEE


Wantan Mee nie Yana just rasa gitu-gitu saja hahaha ! Menurut Yana punya first bite Wantan Mee sedap juga kalau tak sedap Yana tak cerita dekat sini .. Yana makan senyap-senyap saja dan tak mungkin Yana akan repeat makan dekat situ .. Wantan Mee berharga RM5 juga dan kalau nak yang special harga RM6.50 anda akan dapat seketul ayam bukan cebisan ayam macam gambar dekat atas tu .. Wantan Mee merupakan menu yang anda wajib cuba juga kalau singgah dekat Tini's Kitchen ..

SUP DUMPLING


Sup Dumpling nie Yana order masa hari yang sama Yana makan nasi ayam , jadi faham-faham lah Yana boleh teruskan makan ke tidak Sup Dumpling nie .. Heheh .. Bagi Yana rasa dia okaylah .. Disebabkan nie pun antara makanan yang agak berat jadi Yana cuma merasa sahajalah Sup Dumpling nie .. Harga Sup Dumpling nie juga RM5 sahaja .. 

CENDAWAN ENOKI GORENG


Last but not least ! Ini merupakan favourite Yana setiap kali Yana ke Tini's Kitchen nie antara menu wajib yang Yana akan order .. Rasa dia macam ayam goreng tau , dah lah crunchy rasa pun sedap Yana sorang pun boleh setelkan sepiring Enoki Goreng nie .. Harga RM5 sahaja , Yana nasihatkan anda order dua piring sebab kalau ramai-ramai sepiring nie tak cukup tau ..

TEH O AIS / TEH O AIS LIMAU


Teh O Ais Limau merupakan minuman kegemaran Yana .. Setiap kali Yana makan dekat luar Yana akan order Teh O Ais Limau .. Alaa , rasa macam Teh O Ais Limau dekat kedai lain juga takda apa sangat Yana nak puji air nie .. Hahaha .. Pada awalnya , Yana tak pernah pun teringin nak makan dekat Tini's Kitchen nie .. Yana jadi berminat nak cuba nak makan dekat sini bila sepupu Yana yang rekemen dan Yana dah mula sukakan semua makanan yang disediakan dekat Tini's Kitchen .. Actually ada lagi beberapa makanan lain seperti Dim Sum , Pau Kukus , Sup Kaki Ayam , Kaki Ayam Masak Kicap dan Mee Kari .. In shaa allah nanti Yana nak try makanan lain pula .. Terima kasih pada yang sudi membaca coretan Yana nie .. Nanti Yana share lagi ya tempat makan yang best-best yang Yana pernah try ♥

WAKTU OPERASI :

ISNIN = CUTI

SELASA - JUMAAT 
11.30 pagi - 6.00 petang

SABTU & AHAD 

8.00 pagi - 3.00 petang 

Disebabkan sekarang dalam tempoh PKPB waktu operasi mereka dah berubah jadi Yana sarankan anda telefon dahulu sebelum nak pergi ke Tini's Kitchen 017-493-0223 ♥


Author image
The Author

Lyana Ishak

0 Comments