Saigon Bowl Penang Makanan Berkonsepkan Vietnam

 Saigon Bowl Penang Makanan Berkonsepkan Vietnam

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semuaa ! Okay , sekali lagi Yana bersiaran dekat sini .. Hari nie Yana nak kongsikan dengan anda semua satu restoran di Penang yang menyajikan makanan ala ala vietnam gitu .. Nak tahu Yana suka atau tak dengan restoran nie ? Jom baca │Saigon Bowl Penang Makanan Berkonsepkan Vietnam ♥


Saigon Bowl Penang merupakan restoran yang Yana maksudkan tu , Saigon Bowl Penang terletak di The Whiteaways Arcade , Lebuh Pantai .. Senang saja nak cari restoran nie sebab dia terletak di tenngah-tengah pekan Penang .. Semua makanan dan minuman mostly berkonsepkan ala ala Vietnam .. Harganya pula , in shaa allah mampu milik .. Yana nak cakap murah pun tidak mahal sangat pun tidak ..



Yana sebenarnya dah dua kali ke Saigon Bowl nie , masa mula-mula Yana ke sana sekadar nak mencuba makanan dan minuman dekat sini .. Alhamdulillah , Yana berpuas hati dengan makanan dan minuman yang dihidangkan servis pun memuaskan.. Apa yang membuatkan Yana suka dengan Saigon Bowl Penang nie ialah keadaan restorannya yang bersih , selesa dan cantik .. Susun atur barang-barang dekat sini kemas dan kepada mereka yang gemarkan sesi OOTD macam Yana sinilah tempat yang perlu anda kunjungi ..

MILKY CHICKEN ♥


Milky Chicken nie nampak saja tau simple and macam sikit saja kan ? Padahal sangat mengenyangkan tau .. Kalau nak ikut dekat menu dia memang didatangkan macam nie saja kalau anda nak tambah sambal dengan sup kena tambah duit sikit .. Milky Chicken nie sedap sangat kalau makan dengan sup dan sambal dia .. Yana sebenarnya tak suka dengan telur separuh masak macam tu tapi Yana hairan haritu boleh pula Yana makan sampai licin ..

ICED VIETNAMESE COFFEE ♥


Iced Vietnamese Coffee nie Yana pilih sebab Yana memang penggemar kopi .. Selalunya Yana jarang order minuman bersusu kalau makan makanan berat seperti nasi tapi Yana taktau kenapa Yana nak sangat cuba Iced Vietnamese Coffee nie haritu .. Yana tak menyesal pilih kopi nie sebab bau dia wangi sangat dan tak terlalu manis dia macam light-light saja rasanya ..

VIETNAMESE EGG COFFEE ♥


Vietnamese Egg Coffee nie merupakan pilihan kawan Yana sebab Yana tak berapa sangat dengan hidangan yang ada telur nie Yana takut ada bau tapi kalau nak rasa sikit tu boleh la .. Rasa dia sangat creamy .. Jadi , kepada sesiapa yang suka kopi yang macam nie Yana rekemen anda untuk cuba Vietnamese Egg Coffee nie ..


Haaa inilah makanan dan minuman yang Yana order masa first visit ke Saigon Bowl Penang .. Yana berpuas hati sangat dengan kesemuanya ♥ Sambal dia paling best , walaupun agak pedas  tapi serius sedap cuma masa nie kan Yana order Iced Vietnamese Coffee so tak boleh lah nak minum banyak sangat selagi nasi tak habis takut muak heee ..

PHO BEEF COMBO ♥ 
Pho with australian sliced ribeye , brisket , and beef ball in signature beef broth



Pho Beef Combo nie Yana pilih masa Yana repeat makan dekat Saigon Bowl Penang .. Masa mula tu Yana tak berani nak cuba sebab takut rasa dia tak kena dengan tekak tapi orang kata kena try pho dia sedap katanya .. Jadi , Yana pun gamble sajalah dengan harapan sedap pho nie .. Alhamdulillah rasa dia sedap dan banyak juga kuantiti dia puas lah makan ada sambal diberi sekali dengan Pho Beef Combo nie ..

VIETNAM SUMMER ♥
Cold brew Vietnamese tea served with seasonal lychee and lime 


To be honest , Vietnam Summer nie sangat refreshing cumanya gelas tu comel sangat haha .. Yana pula sejenis kuat minum air kalau nak diikutkan segelas comel macam nie  memang tak cukup bagi Yana tapi rasa dia memang best ♥

BEEF RICE (Bo Luc Lac) ♥



Beef Rice nie merupakan pilihan kawan Yana , pada awalnya Yana pun berminat nak try hidangan nie tapi Yana proceed dengan memilih Pho Beef Combo dahulu mungkin next visit Yana boleh cuba hidangan nie pula ..Beef Rice nie memang macam dalam gambar saja hidangannya dan ada sambal .. Portion dia boleh dikatakan besar juga memang kenyanglah kalau makan ..


Okay nie yang Yana pilih for my second visit memang nie merupakan kombinasi yang sempurna lah .. Daging dia banyak tau memang puas makan Pho Beef Combo nie ♥

VANILLA PUDDING with PALM SUGAR ♥


Last but not least , Vanilla Pudding with Palm Sugar menjadi pencuci  mulut pilihan Yana .. Rasa dia sama saja  macam vanilla pudding lain yang Yana pernah makan sebelum nie .. Sedap ke tidak ? Semestinya sedap , kalau tak sedap Yana tak kongsi dengan anda semua dekat sini .. Hehehe ..

Okay , Yana rasa itu sahaja daripada Yana mengenai pengalaman Yana makan di Saigon Bowl Penang jangan risau ya makanan yang disajikan dekat sini adalah HALAL semuanya .. Info lanjut anda boleh rujuk maklumat di bawah :

Alamat : 20A&B , The Whiteaways Arcade , Lebuh Pantai , 10300 Penang , Malaysia
No Telefon : 04-2638611
Facebook : Saigon Bowl
Instagram : saigonbowlpg

10 Comments

  1. Nampak simple tapi menyelerakan dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa , betui tuu .. Walaupun simple tapi sedap .. Kalau ada rezeki meh la cuba makan dekat sini =)

      Delete
  2. Nanti kalau kita g Lebuh Pantai kita singgah kedai nie okay.
    Thank you for sharing, Yana. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berehhh .. Kalo mai Pennang jangan lupa singgah makan dekat sini hehehe .. You're most welcome =)

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehehe .. Try la weii worth it juga nie .. Asek nasik kandaq ja cuba tukaq menu lain jugak hehe

      Delete
  4. Nampak macam sedap2 menu vietnam ni... Terliur la pulak tengok.. Nanti kalau p pulau penang boleh g ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap akak ... kopi dia tu wajib try .. hehehe

      Delete
  5. kedai comeyyy deco simple je.. presentation food pun cantik kemas. hehe tengok telur tu hahaha geram nak cucuk2 rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn akak .. walaupun duk dalam bowl tu satu ja elok dia susun nak makan pun jadi berselera .. haipp jangan dicucuk hahah banjir nasi yana satgi =P

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^