Irama Dining Tempat Makan Best Dekat Penang

Irama Dining Tempat Makan Best Dekat Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua ! Okay hari nie Yana nak share salah satu tempat makan yang best dan wajib anda singgah sekiranya berkunjung ke Pulau Pinang .. Tempat makan nie berkonsepkan makanan tradisi melayu ,harga berpatutan sangat .. Jom baca entri Yana │Irama Dining Tempat Makan Best Dekat Penang ♥



Yana berkunjung ke Irama Dining semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ala yang larangan merentas negeri tu tapi masih boleh merentas daerah .. Jadi , Yana gunakan kesempatan nie untuk sambung balik beberapa plan yang terpaksa ditangguhkan dek kerana virus Covid19 datang menyerang .. Hampir dua bulan Yana bertapa dekat rumah kot sebab tu Yana datang sini kononnya nak refresh kan minda yang dah lama terpuruk dekat rumah .. Jangan kecam dulu yer sebab Yana masih ikut SOP yang disarankan oleh kerajaan just masa nak snap gambar nie Yana buka sebentar face mask tu ..



Irama Dining terletak berhadapan dengan Padang Kota Lama lebih tepat di 2ND Floor , No 2 Penang Street Georgetown , Penang .. Hm , boleh tak bayangkan lokasi Irama Dining nie ? Haha , sekiranya anda memang orang Pulau Pinang mesti anda perasan ada bangunan Campbell House Penang tu ala bangunan yang vintage tu .. Irama Dining berkongsi bangunan yang sana dengan Campbell House Penang nie ia terletak di tingkat 2 anda perlu menaiki lif untuk sampai ke Irama Dining ..


Sepertimana yang Yana katakan pada awal tadi SOP memang dipatuhi dekat sini .. Sebelum kami memasuki Irama Dining kami terlebih dahulu mendaftar masuk dengan menggunakan QR Scan Code kemudian suhu kami diambil , pakai hand sanitizer barulah kami pilih meja mana yang kami nak duduk .. Nasib kami baik sebab masa kami tiba orang tak ramai sangat jadi bolehlah pilih mana-mana tempat yang kami nak duduk dan dapat makan dengan tenang dan selesa ..


Ini merupakan susun atur di bahagian luar Irama Dining , disebabkan cuaca tidak mengizinkan jadi Yana dan kawan Yana pilih untuk menikmati makanan di bahagian dalam Irama Dining sebab sejuk sikit sambil didendangkan dengan lagu-lagu lama irama melayu sangat mengasyikkan tau .. Oh ya , sebelum Yana lupa dekat bahagian nie memang cantik untuk mereka yang gemar ber OOTD ..


Kalau anda nak tahu Irama Dining ada dua tingkat tau , bahagian atas sepatutnya kelihatan cantik sebab dekat instagram Irama Dining , Yana ada nampak dekat bahagian atas tempat makan dihiaskan dengan tirai putih tapi disebabkan masa Yana pi tu musim hujan on off mungkin tu salah satu faktor tirai tak dipasang.. Sedih lah sikit sebab kononnya Yana nak OOTD dekat atas tu ..  Hehehe ..


Ini pula merupakan susun atur di bahagian dalam sangat kemas dan mereka betul-betul ikut SOP social distancing memang jarak meja agak jauh ..




Hidangan yang menjadi pilihan kami berdua ialah Set Ayam Percik dan Set Ayam Kerutuk .. Yana pilih Set Ayam Percik manakala kawan Yana Set Ayam Kerutuk .. Alhamdulillah , daripada presentation dah boleh nampak makanan nie sedap kan ? Memang sedap Yana tak tipu sebab post nie personal review daripada Yana .. Yana tak dibayar pun untuk mengarang entri nie .. Set makanan dekat atas merupakan Set Ayam Percik disajikan dengan Nasi Beringin yang dimasak dengan serai dan daun pandan .. Nasi nie anda boleh pilih dia ada tiga pilihan tau .. Set Ayam Percik nie memang sedap rasa manis-manis walaupun Yana sebenarnya tak berapa gemar masakan yang ada manis-manis nie tapi ayam percik Irama Dining nie Yana bagi pengecualian sebab rasa dia best rasa manis tu just nice dan tak over sangat ..



Ini merupakan Set Ayam Kerutuk yang menjadi pilihan kawan Yana .. Nasi Bunga Telang menjadi pilihannya.. Side dish lebih kurang cuma Set Ayam Percik tak ada jelatah tapi digantikan dengan sambal sedap kot sambal dia sampai Yana yang habiskan sambal daripada set kawan Yana nie ..Set Nasi Ayam Kerutuk nie memang best dia rasa macam rendang ayam pun ada .. Isi ayam memang banyak kiranya puaslah makan sampai tersandar ..


Ini air free-flow sebab kami berdua ambil set lunch yang berharga RM29.90 sahaja untuk setiap hidangan .. Air nie memang mereka tak jemu refill sehingga kami terpaksa cakap "cukup sudah" barulah mereka berhenti refill .. Oh ya nie air nie kalau tak salah Yana nama dia Lemongrass Pandan Mint sedap jugak kira bila minum banyak pun tak rasa muak dia agak refreshing lah gituuu ..



Okay sekian sahaja perkongsian daripada Yana mengenai Irama Dining Tempat Makan dekat Penang .. Yana memang rekemen anda singgah dan cuba makan dekat Irama Dining harga makan berpatutan dan tempat makan pun best dan selesa .. Sekali lagi Yana nak cakap nie bukan sponsor or paid post Yana share sebab Yana rasa Irama Dining deserve this post ..Okaylah , for more info anda boleh refer maklumat dekat bawah nie :

Alamat :

2ND Floor , No 2 Penang Street , Georgetown , Penang Islang

No Telefon :

04-2612292

Emel :

iramadining@gmail.com

Facebook :


Instagram :


2 Comments

  1. Sukaa dengan suasana dia.. Mmg menonjol kemelayuan dekat situu.. Cantek sgt mcm bkn restoran pula hehe

    ReplyDelete
  2. Harap satu hari nanti boleh sampai Penang. Saya bookmark sesiapa blog Yana ni. Ehehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^