Jatuh Hati dengan Pencuci Muka Suchi - Kosmetik Haji dan Umrah

Jatuh Hati dengan Pencuci Muka Suchi - 

Kosmetik Haji dan Umrah

ASSALAMMULAIKUM WBT ♥

Haii semua , okay kali nie entri Yana berkisarkan tentang penjagaan wajah dan Yana akan kongsikan dengan anda semua mengenai satu produk yang best yang sedang Yana gunakan sekarang iaitu pencuci wajah Suchi .. Nak tahu apa yang menarik dengan produk Suchi nie ? Jom baca │Jatuh Hati dengan Pencuci Muka Suchi - Kosmetik Haji dan Umrah ♥




Hm , kalau Yana ditanya sejak bila Yana mula mengenali produk Suchi nie jujur Yana cakap baru seminggu yang lalu .. Sebelum nie , memang Yana tak pernah terbaca atau dengar mengenai produk Suchi nie .. Akan tetapi , sejak Yana mula diperkenalkan dengan produk Suchi nie Yana akui yang Yana dah mula jatuh hati dengan produk Suchi sebab bagi Yana ia merupakan pencuci muka yang selama ini Yana cari ..



Sebelum Yana ceritakan mengenai pencuci muka Suchi ini terlebih dahulu Yana nak ceritakan secara ringkas mengenai Suchi  .. Suchi merupakan produk kosmetik umrah yang sah digunakan ketika ihram , ia mempunyai lebih daripada 10 produk dan set .. Tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji dan umrah dari segi penjagaan diri ..



Okay ,  back to pencuci muka Suchi .. Hm , mungkin masih ada yang tidak tahu yang Yana bekerja di sebuah kilang di mana Yana sering terdedah dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu .. Habuk dan debu  boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kulit seperti jerawat , kulit berminyak , dan sebagainya .. Oleh sebab itu , perlunya kita untuk mencuci wajah kita dengan kerap agar wajah kita bersih dari habuk .. Pencuci muka Suchi nie sangat bagus dalam menghilangkan habuk .. Selain itu , ia juga dapat mengekalkan kelembapan wajah dan kulit semakin berseri selepas menggunakannya .. Setelah lebih kurang seminggu Yana menggunakan pencuci muka Suchi nie Yana dapati ia juga mampu untuk mengurangkan minyak yang berlebihan di wajah .. Jadi  , kulit Yana terasa lebih segar dan tidak melekit ..



Pencuci muka Suchi diperkaya dengan ekstrak Tea Tree , Aloe Vera dan Aqua Cacteen yang dirumus khas untuk membersihkan , melembapkan dan menghidratkan kulit yang paling penting ianya bebas daripada pewangi dan alkohol dan sah digunakan ketika ihram ..



Review ikhlas daripada Yana : Sejujurnya selepas menggunakan produk pencuci muka Suchi nie kulit wajah Yana akan terasa lebih segar  especially selepas Yana selesai bilas Yana rasa sangat sejuk muka Yana macam ada mint .. Disebabkan tu lah membuatkan Yana rasa kulit wajah Yana terasa segar selepas menggunakan produk muka Suchi ini ..



Cara penggunaan : letakkan sedikit pencuci muka di tangan dan buihkan .. Sapu dan urut pada muka .. Kemudian , bilas sehingga bersih .. Dekat bawah nie Yana ada sediakan video ringkas cara penggunaan dan gambar sebelum , semasa dan selepas Yana menggunakan pencuci muka Suchi ..



Sekiranya anda berminat untuk mencuba pencuci muka Suchi dan ingin membuat pembelian anda boleh refer maklumat di bawah .. Terdapat pelbagai lagi produk keluaran Suchi yang anda boleh beli .. Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai pencuci muka Suchi .. Terima kasih kerana sudi luangkan masa baca entri Yana nie .. Sebarang pertanyaan mengenai produk Suchi anda boleh direct ke laman web Suchi https://suchiofficial.com/ ♥




Facebook : https://www.facebook.com/suchiofficial/

Instagram : https://instagram.com/suchiofficial?igshid=1mqnbu8w1o115

2 Comments

  1. SUCHI memang best kan...tak nyesal pakai sebab keberkesanan nyer tu buat kita nak pakai selalu

    ReplyDelete
  2. masa siap sediakan persiapan mak nak p Haji last year da jumpa da product ni rasanya. tapi tak beli.. bagusla kita kluarkan product macam ni. x was was nak guna especially nk bawak pegi buat ibadah.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^