Tarikan Terbaru di Pulau Jerejak Tempat Best OOTD

Tarikan Terbaru di Pulau Jerejak Tempat Best OOTD 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , bila bercakap mengenai Pulau Jerejak mesti akan dikaitkan dengan sesuatu yang tak elok .. Yana pun tak berapa pasti kenapa , apa yang Yana tahu Pulau Jerejak dahulu merupakan tempat para banduan .. Eh jom baca │Tarikan Terbaru di Pulau Jerejak Tempat Best OOTD


Sebelum Yana share mengenai port baru yang sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan ber OOTD tu , Yana nak kongsikan serba sedikit sejarah mengenai Pulau Jerejak .. Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau PinangMalaysia yang terkenal pada suatu ketika sebagai sebuah petempatan untuk banduan yang dibuang negeri. Luasnya 362 hektar. Selain itu , while Yana duk mencari maklumat mengenai Pulau Jerejak Yana ada terbaca yang Pulau Jerejak dulunya merupakan penempatan bagi mereka yang menghidap penyakit kusta .. Erkk kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh baca dekat SINI ..







Okay stop lah mengenai sejarah tu , kalau anda nak tahu anda boleh google sendiri maklumat mengenai Pulau Jerejak nie .. Yana tahu ada beberapa rakan blogger Yana yang mempunyai pengalaman yang tak enak dengan Pulau Jerejak .. Alhamdulillah , semasa kunjungan Yana ke sana semuanya berjalan dengan lancar .. Yana dan kawan menaiki bot pada yang dijadualkan pada jam 10:30 pagi agak lama kami kena menunggu sebab sampai agak awal .. Erm , bagi Yana waiting area dia  agak poor  dan pengurusan pihak Pulau Jerejak agak tidak sistematik banyak juga yang kami berdua complaint sementara menunggu bot sampai untuk membawa kami ke Pulau Jerejak ..

Bot yang dijadualkan tiba sama seperti masa yang ditetapkan , keselamatan penumpang memang menjadi keutamaan terdapat life jacket disediakan untuk kami pakai , tapi Yana degil sebab Yana tak pakai sebab fikir ala dekat jer ... Jangan ditiru yer aksi Yana dekat atau jauh tetap kena pakai sebab malang tak berbau .. Alhamdulillah Yana dan penumpang lain selamat sampai ke Pulau Jerejak , perjalanan mengambil masa leih kurang 10-15 minit saja kot .. Bot tu tak melambung-lambung macam dekat pulau-pulau yang kita pergi snorkeling sebab takda ombak pun laut tenang jadi bot pun tenang .. 




Sesampainya kami di sana pertama sekali kami mengambil gambar lah dekat batu yang bertulis "Welcome To Jerejak Island Resort"dan dekat jeti yang berwarna macam pelangi .. Ambil gambar dekat situ pun dah cun ... Sebelahnya terdapat pondok telefon berwarna merah macam ala ala dekat London tu .. Okay , kami berdua pun discover lah apa yang menarik sangat dengan Pulau Jerejak nie .. Pada awalnya , kami berdua plan nak buat jungle trekking .. Bayaran dikenakan sebanyak RM20 kalau tak salah , anda boleh refer dekat website Pulau Jerejak yer .. Memandangkan kami hanya berdua dan baju kami tak memenuhi syarat untuk buat jungle trekking so kami just berjalan-jalan di sekitar kawasan Pulau Jerejak dan mengambil gambar lah ..




Haa , kalau anda nak tahu selain beberapa port yang dah viral dekat instagram tu ada beberapa port lain yang bagi Yana agak nice untuk OOTD nak buat photoshoot lah .. Kebetulan masa kami berada di sana kami terserempak dengan beberapa orang yang buat photoshoot konvo dekat situ .. Fuhh gigih weii , dengan jubah tengah hari panas gila kot Yana yang pakai baju nipis pun peluh bercerau okay .. Aa itulah antara kelemahan dekat Pulau Jerejak sebab cuaca memang panas since pokok tak banyak dekat sini .. 
JETI PELANGI


TANGGA KE SYURGA


BATA PELANGI


PONDOK TELEFON


BUAIAN TEPI LAUT 


Okay nie antara beberapa port yang Yana sempat ber OOTD masa dekat Jerejak hari tu .. Actually kan , banyak lagi tempat yang boleh nak OOTD memandangkan cuaca sangat panas kami berdua pun dah terasa letih jadi takda lah kami explore seluruh kawasan dekat Pulau Jerejak tu .. For those yang berminat nak bermalam ada chalet , err chalet kot Yana tak pasti lah apa dia .. Memang ada tenpat untuk bermalam disediakan Yana tak tahu keadaan bilik tu macam mana sebab Yana just ke sana untuk snap-snap gambar pada pukul 12 tengah hari macam tu kami dah naik bot untuk balik .. Oh ya , bot Yana rasa hari tu macam kerap pula ada mungkin dia ikut kalau penumpang dah ramai dia nak jer hantar .. Kos menaiki bot RM15 sahaja tak mahal pun ..

*harga tambang boat dah naik yer guys .. RM20 masa Yana pi buat kedua kalinya*

Okay itu sahaja celoteh Yana mengenai Pulau Jerejak .. Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca coretan Yana pada kali nie .. Kalau anda semua nak tahu lebih lanjut mengenai Pulau Jerejak boleh refer website INI .. BTW , nama nama tu Yana sendiri yang bagi cuma dekat tangga tu saja yang betul tapi ditulis dalam Bahasa Inggeris .. Sekian sahaja yer , baiiiiiiii ♥♥
Author image
The Author

Lyana Ishak

4 Comments

  1. cantiknya yana kan lokasi ni, dulu pulau jerejak takut orang nak pii kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi kak ana .. Lepas depa dh upgrade nampak menarik tempat nie .. Bila baca sejarah jerejak jdi seram sikit haha

      Delete
  2. Aku pun dengar yg Pulau Jerejak ni dulu tempat orang penyakit kusta. Luckily dah dibangunkan & memang nampak cantik so that menambahkan tempat untuk di explore in Penang 👍

    ReplyDelete
  3. Cantiknya bergambar di tangga ke syorga tu wak.. Lawa2 gambar guna kamera apa? Kita guna kamera phone je wak. Pastu edit sikit guna Photoshop hehe

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^