Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part II

Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part II

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua , okay memandangkan hari nie Yana takda apa sangat nak dibuat jadi Yana putuskan untuk sambung semula episod percutian Yana di Pulau Tioman yang tergantung hari tu .. Nak tahu apa pula kisah Yana pada kali nie ? Jom baca │Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Panuba Inn Resort , Pulau Tioman Part II



Pada keesokkan paginya kami bersiap takda lah awal sangat around pukul 8.00 pagi macam tu untuk sarapan di kafe Panuba Inn Resort .. Yana sangkakan sarapan kami pada pagi tu ala ala english style sebab masa tu Yana nampak makanan yang hidangkan hanyalah roti bakar bersama butter dan jem strawberry minuman pulak orange dan coffee .. Alamak , Yana tekak melayu macam mana nie ? Nak tak nak telan sajalah kan daripada nak kena menanggung rasa lapar .. Heyy , not to worries guys , selepas beberapa minit kami dihidangkan pulak dengan mee goreng basah penuh pinggan weii untuk setiap orang including dua orang budak kecik tu .. Hahaha ! Nahh , nak sangat kan makanan melayu .. My wish has been granted !



Selepas selesai sarapan , memandangkan aktiviti snorkeling kami pada pukul 2.30 petang seingat Yana lah Yana nie takda lah long term memories sangat .. Pada waktu pagi tu kami takda apa nak buat sangat sekali lagi kami bermain di pantai berhadapan dengan Panuba Inn Resort nie .. Erm , to be honest walaupun Yana suka pantai tapi Yana masih rasa insecure dengan pantai .. Tanpa life jacket Yana tak berani sangat nak bermain sampai ke tengah .. So , Yana bermain sampai  level Yana rasa secure enough sahaja .. Masa sarapan pagi , ada satu couple nie cakap sebelah sana pantai lagi nice view pun cantik .. Jadi , kami decided  untuk ke sebelah sana pula memandangkan pada hari pertama kami dah explore pantai dekat depan resort tu untuk ke sana kami kena berjalan dekat laluan yang agak hutan sikit ala ala jungle trekking gitu .. Perjalanan kami mengambil masa dalam 10 minit kot atau maybe kurang ..




Sesampainya kami di sana yes pantai sebelah sini lagi lawa  cuma according to some of us yang snorkeling dekat situ ikan kurang kalau nak dibandingkan dengan pantai dekat depan resort .. Whatever it is I dont care sebab lagi kurang creatures dalam tu lagi bagus for me sebab Yana takut tetiba ada belut lah , landak laut lah apa apa sajalah yang menggelikan dan bahaya ada dalam tu .. Hm , kalau hangpa semua nak tau Yana nie sebenarnya Thalassophobia iaitu fobia dengan laut .. Pelik kan ? Yana nie suka gila dengan laut dan pantai tapi Yana takut .. Sebenarnya benda nie Yana baru discover masa trip Yana ke Pulau Perhentian pada bulan Mac yang lepas .. Yana jadi panik bila kaki Yana tak cecah dasar dan Yana membayangkan pelbagai "what if" what if ada stingray , belut , ular , landak laut , arggghh semua benda negatif and what if Yana lemas .. Deyy , im wearing life jacket kot masa tu percentage nak lemas sangat rendah kalau Yana pandai jaga diri .. So , masa dekat Tioman rasa tu still ada cuma Yana try sedaya mungkin untuk minimumkannya .. Well , I did it !






Okay , setelah penat bermain dekat pantai .. Matahari pun dah semakin tinggi kami pun pulang ke bilik masing-masing untuk berehat sambil buat lah apa yang kami nak buat while waiting untuk makan tengah hari and snorkeling time .. Yana tak terus masuk bilik Yana decided untuk jalan-jalan dekat kawasan resort tu untuk lihat kawasan sekeliling .. Memang cantik resort nie cumaaaa .. Haaa ada cuma okay , takda kedai makan , takda kedai topup yang ada cuma kedai yang resort tu punya lah sorry to say harga makanan dan barang dekat situ agak mahal bagi Yana untuk menghusnuzonkan diri ini Yana fikir mungkin disebabkan kos untuk bawa masuk barang tu ke sini mahal jadi mereka terpaksalah menjual barang-barang tersebut dengan harga agak tinggi ..

Lunch kami pada hari tu nasi putih , lauk ayam goreng , sambal belacan aaa ada lagi tapi Yana tak dapat nak recall apa .. Makanan dekat sana alhamdulillah sedap dan Yana sangat berpuas hatilah sebab boleh makan puas-puas .. Heheh .. Selesai makan Yana lepak dekat tepi pantai again sebab tulah kali terakhir Yana nak duk situ sebab keesokkan pagi pagi buta kami dah nak kena bertolak balik .. Pada jam 2.30 petang lah kalau tak salah bot untuk bawa kami snorkeling pun tiba , masing-masing dah get ready dengan goggle dan life jacket .. Alamak takda lah pic masa nak snorkeling dengan Yana , Yana lupa nak snap .. Kami dibawa snorkeling dekat Pulau Renggis , memandangkan Yana dah ada pengalaman snorkeling sebelum nie Yana dah reti nak control diri masa dalam laut kawal nafas jadi pada kali nie Yana dah kurang fobia tu dan Yana decided nak rakam creatures dalam tu melalui video .. Kali nie Yana nak buat betul-betul sebab masa dekat Perhentian Yana missed the chance .. Nak tahu dak ?  Masa pakai life jacket tu  Yana tak buttonkan bahagian bawah , selamat pemandu bot tu nampak dia tahan Yana sebelum Yana mula terjun .. Allahu , apa  bendalah Yana nie kalau dia tak nampak , then Yana terjun .. Omggg I dont know apa jadi T_T ..

Satu lagi Yana nak cerita , semasa Yana di Perhentian sebelum memulakan sesi snorkeling kami diajar cara snorkeling sebab tak semua antara kami dah ada pengalaman so we need to know how to use the goggle macam mana nak bernafas guna tu macam mana nak imbangkan badan masa snorkeling .. Alhamdulillah brader tu ajar Yana daripada zero sampailah Yana betul-betul boleh buat tanpa bantuan .. Yana rasa masa sesi pembelajaran tu dia macam bagi lebih perhatian dekat Yana sebab Yana lah manusia paling penakut masa tu .. Yana bukan mengada or saja-saja memang Yana takut sangat-sangat sebab tu pertama kali Yana snorkeling plus Yana ada Thalassophobia .. Sekarang . Yana berterima kasih sangat dekat dia .. Lain pula dekat Tioman mungkin pemandu bot tu assume kami semua dah pandai kot so dah takda sesi pembelajaran and memang terus dibawa kami ke tengah laut .. Haha , berbekalkan ilmu yang brader tu ajar Yana berjaya snorkeling dekat Tioman ..


gambar ihsan google


gambar ihsan google

Subhanallah , memang cantik laut dekat sini hidupan laut dalam tu .. Yana tak berani berada jauh daripada bot since Yana pun baru saja nak okay dengan ketakutan tu .. Yana just snorkeling dekat-dekat dengan bot kalo jadi apa apa senang sikit .. Well , masa snorkeling tu dapat lah Yana merekod sikit walaupun takda cemerlang sangat sebab phone Yana nie tak sesuai untuk rekod dalam air dia suka auto out daripada mode rekod berapa kali Yana nak kena naik turun bot ..

Selesai snorkeling di Renggis  kami kemudian dibawa ke Tekek kot untuk shopping .. This is funneh ! Kami dah basah lencun and ada some of us yang cashless nak shopping menda ? Satu boat said taknak singgah sini jadi kami ke Taman Laut , dekat Taman Laut ada tax dikenakan sebanyak RM5 .. Dekat sana Yana sambung lagi snorkeling dengan ditemani anak kepada kawan kepada kawan Yana .. Haa faham tak macam mana tu ? Hahah ! Buat-buat faham sudahlah .. Nak tahu ikan dekat lain , kami snorkeling dekat lain hampanya rasa .. Tapi tak apa sebab masa tu Yana without phone kalau nak rekod pun tak dapat .. Kiranya masa dekat sana Yana just mandi laut sajalah .. Dekat Taman Laut nie  ada kedai makan so kalau lapar or dahaga hangpa boleh lah lepak dekat kedai berdekatan Taman Laut tu , for me Yana choose nak main dekat pantai ..



Okay guyss , it's time to goooo .. Penat tak terasa sangat sebab Yana enjoyed , lagi best kalau dia bawa kami snorkeling dekat 2-3 point lagi .. Huhu , masa sampai ke resort kami terus naik bilik mandi sebab pada waktu petang Yana nak ambil gambar OOTD dekat resort tu since Yana takda proper pic masa dekat resort .. Selesai sesi OOTD kami semua layan sunset tapi agak terganggu sebab ada satu group nie duk memancing ..








Masa makan malam pun tiba .. Selesai makan malam while kawan Yana duk chit chatting dengan BFF dia  Yana layan angin malam dekat situ .. Terkenangkan how im gonna miss this place damn much .. Bila lagi Yana akan sampai .. Masa tu terasa terlalu cepat masa berlalu dan Yana masih belum bersedia to say good bye dekat Pulau Tioman .. Kami kena tidur awal malam tu sebab esok jam 5.30 kot yes kot lagi sebab Yana tak ingat .. Haha , yaa boat datang fetch kami semua  sesudah subuh gelap buta lagi guys nak kena turun jeti yang rare tu dah la gelap , tawakal sajalah .. Then kami ke jeti satu lagi untuk tunggu feri yang akan bawak kami ke Jeti Mersing ..Macam  biasa perjalanan mengambil  masa yang sangat panjang jadi Yana tidur saja all the way tu ..




Sekian sahaja perkongsian Yana mengenai percutian ke Pulau Tioman pada bulan Oktober yang lalu .. Pakej kami ambil berharga RM365/person (3Hari2Malam) termasuk dua kali sarapan (last day sarapan ditapau) , dua kali lunch dan dua kali dinner ..Bilik so  far macam okay-okay sahaja cuma toilet agak poor .. View lawa , recommended ? Yes Yana rekemen this pakej dan Panuba Inn Resort nie .. Alatan untuk snorkeling kena sewa RM10 kalau Yana tak silap .. Harga nie termasuk pakej snorkeling tapi excluded Taman Laut punya cukai .. Oh ya , sebelum Yana lupa termasuk juga dengan tiket feri Jeti Mersing pergi dan balik yaa .. Ermm , kalau ada apa apa yang hangpa nak tau tapi Yana tak mention boleh DM or PM Yana .. Dekat blog Yana nie semua social media Yana ada Yana sertakan .. Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca coretan Yana .. Yana ada share video dekat youtube channel Yana kalau sudi jemputlah tengok ..Next vacay ke mana ? Tunggguuuu .. Bye guysss !♥ 

6 Comments

  1. Best best best. Akak suka laut & pantai & pulau. Even kalau balik mesti sunburn teruk 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe .. yana alhamdulillah selamat tak terok so nanti boleh pi lagi heee

      Delete
  2. husna tak pernah sampai pulau tioman lagi. inshaAllah one fine day kot hihihii

    kak yana, gambaq shoo shantekk. ajaq guna preset pls hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada rezeki nanti try lah pi memang cantik sangat pulau tioman nie .. boleh ja nanti kak yana share

      Delete
  3. Wah, teringin pulak nak datang sini. Nanti boleh jalan-jalan makan angin pantai. Bestnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah ke tioman kalo ada rezeki .. Panuba inn nie best sgt view mmg lawa just bilik lah so so jadi tapi selesa 😉

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^