Clan Jetty di Penang Tempat Menarik untuk OOTD

Clan Jetty di Penang Tempat Menarik untuk OOTD

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua .. Memandangkan hari Yana agak rajin jadi nak share beberapa tempat best untuk mereka yang gemar ber OOTD .. Selain Street Art dekat Penang Clan Jetty juga merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang gilakan view yang cantik .. Jom baca │Clan Jetty di Penang Tempat Menarik untuk OOTD ♥




LIM JETTY 

Yana mulakan dengan LIM JETTY yang terletak bersebelahan dengan terminal feri di Georgetown .. Lim Jetty tak berapa ramai lagi yang tahu mengenai tempat nie sebab orang tak berapa nak ramai jika dibandingkan dengan Chew Jetty dan Tan Jetty .. View dekat sini boleh tahan cantik juga kalau anda semua nak tahu boleh refer gambar dekat bawah nie .. 




CHEW JETTY 

Okay jeti seterusnya ialah CHEW JETTY , Chew Jetty terletak bersebelahan dengan Lim Jetty .. Apa yang menarik dekat Chew Jetty ialah ia merupakan salah satu tempat yang menjadi kunjungan pelancong yang datang ke Pulau Pinang .. Di Chew Jetty juga terdapat pelbagai cenderamata yang menarik dengan harga yang agak berpatutan lah bagi Yana ..




TAN JETTY

Jeti yang seterusnya ialah TAN JETTY , jeti ini agak tersembunyi Yana prefer anda jalan kaki sahaja kalau nak kesemua Clan Jetty yang ada di Penang memandangkan susah nak cari parking dan jeti-jeti nie terletak berdekatan sahaja antara satu sama lain .. Tan Jetty pun sekarang dah makin ramai pengunjung kerana view dekat sini agak lawa dan rumah merah tu merupakan trademark Tan Jetty , kalau anda nak tahu apakah rumah merah tu kena datang sendiri dekat sini .. Hehe .. 





LEE JETTY 

Okay LEE JETTY nie bagi Yana pada waktu siang tidak begitu menarik untuk snap gambar sebab view dia biasa-biasa saja melainkan anda pandai main angle dan berjaya cari port yang menarik sebab dah banyak kali Yana ke sana pada waktu siang dan hasil gambar yang Yana snap agak mengecewakan .. Akan tetapi , pada waktu malam suasananya sangat menarik kerana pada waktu malam jeti ini dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni ♥



NEW JETTY 

NEW JETTY merupakan jeti yang terakhir rasanya .. Jeti ini terletak agak jauh dari semua jeti-jeti yang lain jugak agak tersembunyi .. Jadi , anda kena rajin-rajin kan diri baca signboard yang ditulis dekat setiap lorong tu ..  New Jetty tak ada apa yang menarik cuma kalau cuaca cantik ada langit dan awan ada satu port untuk bergambar tu agak nice bagi Yana .. Boleh refer gambar dekat bawah nie ..


Okay sekian sahaja perkongsian Yana pada kali nie ... Oh ya , tiada sebarang caj dikenakan untuk anda masuk ke semua jeti nie yer kalau Yana tak silap boleh mula masuk pada pukul 8 pagi hingga 9 malam kot .. Jangan lupa jaga adab dan kebersihan semasa berada di sini kerana setiap jeti nie ada penghuni .. Kita datang ke tempat orang kenalah jaga adab dan tatasusila dah kira beruntung mereka izinkan kita untuk melawat kawasan mereka .. Jangan kerana dek tiada adab nanti tempat-tempat ini terus ditutup untuk pengunjung =)
Author image
The Author

Lyana Ishak

6 Comments

  1. Haaaa...baru ada...dh refresh 18 kali baru kuar kotak ni...apapun semua tempat tu cantik2 sangat..akak je x pasti bila nak pi sana...nanti pi harap yana leh jadi tour guide

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha akhirnya kak SA berjaya komen yana pun xtau apa masalah , in shaa allah kalau kak SA dah ada date nak mai lemme know ya =)

      Delete
  2. Pernah smpai Tan Jetty je. Cantik betul view dia. Mmg utk kaki ig berbaloi sgt la kalau dtg penang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn dekat Tan Jetty pun dah nice .. kalau nak pi semua kena start awal pagi la ... kalau matahari dah terpacak atas kepala rasa tak mampu nk pi semua hee

      Delete
  3. cantik2 insyaAllah ada rezeki nak pergi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Kalo mai penang singgah lah mana mana jeti nie tuk ootd kenang kenangan hehe

      Delete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^