Nikmati Hidangan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Express @ D'Piazza Mall , Bayan Lepas , Penang

Nikmati Hidangan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Express @ D'Piazza Mall , Bayan Lepas , Penang

Haiii semua , lama kan Yana tak bersiaran ... Almaklumlah , mood nak menulis nie ada pasang surutnya .. Okay , sepertimana yang anda semua sedia maklum Yana merupakan pencinta makanan dan gemar mencuba pelbagai jenis makanan yang HALAL lah kan .. Kalau nak tahu apa yang Yana nak share nie jom baca │Nikmati Hidangan Dim Sum Halal di Canning Dim Sum Express @ D'Piazza Mall , Bayan Lepas , Penang ♥



Pada 24 Ogos yang lalu Yana dan kawan Yana berkesempatan untuk mencuba hidangan dim sum yang halal di Bayan Lepas .. Agak sukar Yana nak cari makanan chinese yang halal di sekitar kawasan Penang nie ... Nasib Yana baik sebab adanya Canning Dim Sum Express @ D'Piazza Mall Bayan Lepas , Penang .. Masa Yana mula-mula sampai sejujurnya Yana agak ragu-ragu nak masuk , serius lah kedai nie ? Nie kedai makan cina kot .. Detik hati Yana .. apa yang meyakinkan Yana untuk masuk ialah sebab Yana terlebih dahulu study tempat makan yang Yana nak pi tu memang nyata Canning Dim Sum Express nie halal ramai juga pengunjung muslim yag sering makan dekat sini ..



Kedatangan Yana dan kawan disambut baik oleh staf dekat sini, kami kemudian diberi menu untuk kami pilih apa yang kami nak makan .. Yana dan kawan Yana telah memilih beberapa menu untuk dimakan .. Anda boleh refer ganbar dekat bawah nie :


Dim Sum



Terdapat pelbagai jenis Dim Sum dengan rasa yang berlainan dijual di sini.. Semua nya ada 7 jenis Dim Sum

  1. Caviar Siew Mai
  2. Ham Siew Mai
  3. Wolfberry Mai
  4. Sesame Sharkfin Mai
  5. Teochew Mai
  6. Chicken Vege Mai
  7. Har  Mai
Yana sendiri dah rasa semua Dim Sum yang disediakan memang best rasa dia.. Harga bagi setiap Dum Sum hanya RM5.50 sahaja ada tiga ketul.. Tapi, bukan macam dalam gambar lah.. Dim Sum nie dijual ikut rasa per set bukan assorted ya.. 

Pau



Pau merupakan makanan signature dekat Canning Dim Sum Express .. Rata-rata pelanggan mereka memang menggemari pau yang disediakan dekat sini.. Gambar dekat atas adalah pau Spicy Chicken Crab Pau,  Cheesse Salami Pau dan Chicken Floss Pau.. Harga bagi setiap biji pau ialah RM3 sahaja.. Antara tiga-tiga pau nie Yana jatuh hati dengan Cheese Salami Pau.. 

5 Colours Lava Pau




Setiap warna pau nie mempunyai rasa yang berbeza.. Kesemua rasa tu bagi Yana memang nice lah especially yang warna hijau dan warna hitam memang Yana suka sangat.. Nak tau rasa pau-pau nie disebalik warna mereka? 

  • Hitam :  Black Sesame
  • Hijau : Lotus Paste
  • Putih :  Peanut 
  • Oren : Salted Egg
  • Koko : Chocolate Paste


Harga pau-pau nie RM2.80 setiap biji

Smoke Duck Roll



Ini juga merupakan salah satu favourite dish Yana dekat Canning Dim Sum nie.. Walaupun Yana bukanlah peminat itik tetapi rasa Smoke Duck Roll nie membuat Yana dah jatuh hati lah.. Harga RM8.40 sahaja.. 

Cheong Fun

Shrimp Roll - RM5
Chicken Roll - RM5
Vegetarian Roll - RM4



Sweet and Sour Beancurd Roll (RM5.50)




Spring Roll (RM5)



Fried Radish Cake (RM6.50)



Osmanthus Cake (RM6)

Ini nerupakan kali pertama Yana cuba kek yang macam nie.. Tekstur dia macam jeli.. Osmanthus kek nie bau dia wangi sangat.. Yana tak tahu nak describe macan mana bau dia tapi Yana memang sukalah rasa dia =)



Kopi (RM3.50)

Minuman yang menjadi pilihan Yana dan kawan semestinya white coffee , memang betul-betul kaw kopi nie.. Rasa dia melekat dekat tekak.. Mereka yang sangat menggemari kopi pasti akan puas hati dengan rasa kopi nie.. 



Sijil Halal JAKIM





untuk info lanjut anda bolehlah refer maklumat dekat bawah nie :

Canning Dim Sum Express @ Bayan Baru

016-973 8285

Waktu Operasi: 7am - 3pm (Selasa Tutup)

4 Comments

  1. Cantiknya Lava Pau . mcm sedap jer .

    ReplyDelete
  2. Boleh singgah kesini pas melawat ke Malaysia nanti, tempat kuliner halal selalu menjadi pilihan utama.

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^