Kulit Wajah Lebih Lembap dan Segar dengan Hydraque Collection daripada Miniel Skinlab

Kulit Wajah Lebih Lembap dan Segar dengan Hydraque Collection daripada Miniel Skinlab

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Hai semuaaaa! Okay hari nie Yana nak kongsikan lagi satu produk skincare yang Yana sendiri sedang cuba untuk merawat masalah kulit kering.. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai produk yang Yana sedang cuba nie? Jom baca |Kulit Wajah Lebih Lembap dan Segar dengan Hydraque Collection daripada Miniel Skinlab



Okay, sepertimana kita sedia maklum kulit kita sentiasa terdedah dengan cahaya matahari yang mana merupakan salah satu punca kulit menjadi kering.. Adakah anda tahu bahawa itu bukan satu-satunya punca kulit kita menjadi kering.. Selain daripada terdedah kepada cahaya matahari, cara pemakanan ,pendingin hawa, cuaca dan pelbagai lagi merupakan penyumbang kepada masalah kulit kering..



Miniel Skinlab telah mewujudkan dua produk skincare yang dapat membantu kita untuk mengatasi masalah kukit kering nie.. Diperbuat daripada bahan-bahan yang dapat memberikan kelembapan yang juga sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif..  Di sini mereka menginginkan semua pengguna produk Miniel Skinlab untuk tampil menyerlah dengan kulit yang lebih sihat.. Oh ya, produk Miniel Skinlab akan dilancarkan pada 31 Ogos 2019 nanti.. Cara pembelian dan kod diskaun Yana akan share kan pada akhir entri..



Hydraque Collection terdiri daripada Hydraque Boost Serum dan Hydraque Gel  Mask .. Okay , Yana akan ceritakan dengan lebih terperinci mengenai kedua-dua produk daripada Miniel Skinlab ini..



Hydraque Gel Mask :

Hasil : Penghidratan, menyembuhkan kulit yang rosak
Bahan Utama : Ekstrak akar Kudzu dan Ekstrak Buah-buahan
Jenis Kulit : Sesuai untuk semua jenis kulit
Guna dua kali seminggu





Kebaikkan :

  • Dapat menenangkan kulit yang bermasalah
  • Dapat menghidupkan semula kulit yang kusam
  • Dapat meningkatkan keanjalan kulit
  • Dapat melembutkan kulit dan mengurangkan garis halus
  • Anti kemerahan dan kekeringan
  • Dapat meningkatkan penjanaan sel kulit



Ekstrak Kudzu :
Menenangkan, menghidrasi dan melembapkan dan mengurangkan kemerahan serta keradangan

Ekstrak Tembikai :
Meningkatkan penjanaan sel kulit , membersihkan dan menggantikan kulit baru, melembapkan

Ekstrak Epal :
Antioksidan yang kuat
Memperbaiki masalah kulit berminyak, berjerawat, kusam dan penuan kulit

Ekstrak Lentil :
Melembapkan kulit, mengurangkan garis halus, penghidratan secara mendalam, antioksidan

Sodium Hyaluronate :
Menghidrasi dan melembapkan,  anti penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus

Cara pengunaan : ambil jumlah yang cukup untuk diratakan di seluruh kawasan muka.. Biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih..

Review Yana : sejujurnya Yana sendiri dah mencuba Hydraque Gel Mask nie.. Kulit Yana rasa segar and lembap.. Selain itu, kulit Yana juga terasa lembut dan lebih anjal..





Hydraque Boost Serum

Hasil : Penghidratan, menyembuhkan kulit yang rosak
Bahan Utama : Ekstrak Yis dan Hyaluronic Acid
Jenis kulit : Sesuai untuk semua jenis kulit
Guna setiap hari siang dan malam






Kebaikkan :

  • Dapat mengaktifkan semula regenerasi tisu
  • Dapat meningkatkan daya hidup kulit secara semulajadi
  • Dapat menghidupkan semula kulit yang kusam
  • Dapat menenangkan keradangan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Dapat membuat kulit tampak lebih muda




Ekstrak Yis :
Menghidrasi dan melembapkan, anti penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus

Sodium Hyaluronate :
Menghidrasi dan melembapkan,  anti penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus

Cara penggunaan : sapukan ke seluruh wajah selepas toner.. Urut secara lembut sehingga ia serap dalam kulit kemudian diakhiri dengan pelembap kulit



Review Yana : Bagi Yana kesannya lebih kurang dengan Hydraque Gel Mask, kulit Yana lebih lembut, lembap dan anjal.. Memang highly recommended bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering sebab ia dapat melembapkan kulit wajah kita..



Okay sekian sahaja perkongsian Yana mengenai Hydraque Collection daripada Miniel Skinlab.. Sekiranya anda berminat untuk membuat pembelian boleh layari www.minielskinlab.com .. Oh ya,  Yana ada berita baik, anda boleh mendapatkan sebanyak 5% diskaun sekiranya anda menggunakan kod : SFVC-LYANA masukkan kod ini semasa proses checkout ya.. Info lanjut anda boleh refer link dekat bawah :

FACEBOOK :

INSTAGRAM :

WEBSITE :

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^