Semudah ABC Spaghetti Enak daripada Master Pasto Tersedia

Semudah ABC Spaghetti Enak daripada Master Pasto Tersedia

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua , lama kan Yana tak bersiaran ? Rindu tak ? Heheh , perasan pulak sapa lah sudi nak rindu kita nie .. Okay , tanpa melengahkan masa hari nie Yana nak kenalkan satu produk yang sangat menarik untuk anda semua cuba .. Nak tahu apakah ? Jemput baca │Semudah ABC Spaghetti Enak daripada Master Pasto Tersedia ..


Haa , inilah produk yang Yana kata menarik dan Yana nak kongsikan dengan anda semua .. Sebenarnnya , Yana pun baru saja discover mengenai produk daripada Master Pasto nie .. Spaghetti daripada Master Pasto nie memang sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat .. Tak sempat nak masak , tapi nak makan sedap-sedap ? Tak rajin pulak nak bersiap bagai nak rak nak makan dekat luar ? Jangan risau dengan Master Pasto masalah anda kini boleh dikira sebagai selesai sudah .. Sebelum , Yana huraikan dengan lebih panjang lebar terlebih dahulu Yana nak bagitau secara ringkas mengenai MAster Pasto nie .. Master Pasto adalah sebuah kedai secara atas talian yang menjual pasta siap sedia , Lioco Food SDN BHD .. Telah ditubuhkan sejak tahun 2017 di Pulau Pinang , Malaysia dan sejak itu syarikat ini telah berkembang maju dan mereka berusaha untuk menjadi salah satu pengeluar utama dan terbaik antara pasaran semasa yang sedia ada ..


Apa yang menarik mengenai spaghetti daripada Master Pasto ialah :


  • tanpa perasa tiruan
  • tanpa bahan pengawet
Cara penyediaan nya pun sangat mudah anda hanya perlu didihkan air .. Masukkan paket spaghetti dan sos nya ke dalam periuk yang air nya telah dididihkan .. Biarkan selama 3 minit dan ianya siap untuk dihidangkan .. Tak perlu tumis atau apa , hanya perlu rebus sahaja .. Oh ya ! Boleh jugak dimasak dengan menggunakan microwave sekiranya anda mempunyai microwave di rumah .. Tapi , Yana hanya menggunakan kaedah rebus sebab dekat rumah Yana tiada microwave .. Hehe ..


Jangan tak tahu , spaghetti daripada Master Pasto jugak sesuai untuk dibawa bersama sekiranya anda pergi travel .. Master Pasto nie memang mudah dibawa semasa pergi travel sebab saiznya yang kecil memang mesra traveler .. Dia tak akan memakan ruang yang banyak dalam luggage anda tu .. Kita kadang-kadang tak dapat sesuaikan tekak kita dengan makanan negara yang kita lawati dengan adanya Master Pasto anda tak perlu menahan lapar atau sekadar makan maggi dengan roti untuk lapik perut semasa berada di tempat yang anda lawati .. Master Pasto nie bukan sahaja mudah untuk disediakan malah enak untuk dinikmati .. Yana menulis berdasarkan pengalaman Yana yer , sebelum Yana berkongsi pendapat Yana mengenai spaghetti daripada Master Pasto nie Yana terlebih dahulu dah cuba makan jadi Yana dapat tuliskan sebuah perkongsian dengan telus dan jujur .. 


Spaghetti daripada Master Pasto ini didatangkan dengan tiga rasa yang berbeza iaitu :

  • Spaghetti Bolognese Chicken
  • Spaghetti Mushroom Cream Sauce
  • Spaghetti Aglio Olio
Ketiga-tiga rasa nie mempunyai daya tarikan masing-masing .. Bagi Yana ketiga-tiganya sangat sedap untuk dinikmati .. Bagi yang suka akan masakan pedas semestinya Spagehtti Aglio Olio menjadi pilihan anda .. Yana makan pun boleh sampai berpeluh lah dibuatnya .. Itu tak penting , apa yang penting rasanya yang enak saling tak tumpah seperti spaghetti yang ada di restoran atau kafe .. 100% dijamin HALAL dan anda boleh nikmatinya tanpa was-was .. 


Cara penyediaan  sama macam yang Yana katakan pada awal entri tadi ..
  1. Didihkan air di dalam periuk ataupun dengan menggunakan cerek elektrik ..
  2. Rendamkan Spaghetti dan Sos Flexy Packy di dalam air panas yang sudah didih dan biarkan selama 3 MINIT
  3. Keluarkan Spaghetti dan Sos Flexy Packy dari periuk .. Buka dan tuangkan ke dalam pinggan .. Tadaa ! Siap untuk dihidankang .. Sangat mudah kan ?
Manakala kalau menggunakan microwave anda boleh refer dekat bawah cara penyediaannya :
  1. Tuangkan Spaghetti dan Sos Flexy Packy ke dalamm pinggan ataupun bekas yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro 
  2. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan selama 1 MINIT ..
  3. Sedia untuk dihidangkan ! =)
Spaghetti Aglio Olio ♥




Spaghetti Mushroom Cream Sauce ♥




Spaghetti Bolognese Chicken ♥



REVIEW YANA ♥

Sejujurnya Yana memang berpuas hati sangat dengan ketiga-tiga spaghetti daripada Master Pasto nie .. Spaghetti Aglio Olio menjadi pilihan Yana walaupun rasa dia pedas yang agak ya rabbi laa .. Haha , sebenarnya Yana jenis yang tak tahan dengan pedas tapi still nak makan pedas-pedas .. Haa , kepada mereka yang memang tak boleh langsung makan pedas Yana syorkan anda cuba Spaghetti Mushroom Cream Sause dan Spaghetti Bolognese Chicken , memang takda rasa pedas langsung tau =)


Sekiranya anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai produk daripada Master Pasto nie anda boleh refer maklumat yang akan Yana kongsikan dekat bawah nie .. Banyak maklumat yang anda boleh perolehi , bagaimana nak purchase , harga dan sebagainya .. Sekian sahaja daripada Yana .. Terima kasih kerana sudi luankan masa untuk membaca entri yana pada kali nie ..

* Master Pasto juga boleeh dijadikan sebagai salah satu souvenir daripada Malaysia .. Selain harganya yang murah ianya jugak merupakan spaghetti segera yang sangat enak untuk dinnikmati .. Sekiranya anda berkunjung ke Malaysia khususnya kepada pelancong luar jadikan Master Pasto sebagai salah satu barang yang best perlu dibeli di Malaysia ♥

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^