Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet di Royale Chulan Penang

Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet di Royale Chulan Penang

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haiii semua .. Memandangkan bulan ramadhan sudah hampir tiba tidak lama lagi maka banyaklah hotel-hotel yang menyediakan buffet khas bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia .. Turut tidak terkecuali Royale Chulan Penang ada menyediakan hidangan buffet Sajian Nostalgia Ramadhan .. Nak tahu apa yang menarik ? Jom baca │Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet di Royale Chulan Penang ..



Mengimbau kembali pada zaman kanak-kanak anda Royale Chulan Penang sedang menghidangkan pesta masakan yang akan mengingatkan kembali akan zaman kanak-kanak anda .. Makanan untuk khas untuk keluarga dengan hidangan SAJIAN NOSTALGIA RAMADHAN BUFFET yang berlangsung di Cafe Sri Tanjung ♥



Promosi yang menyelerakan ini terdiri daripada campuran makanan yang diinspirasikan dari kampung , serta hidangan antarabangsa dan pemanis mulut .. Ini termasuk dengan adanya seksyen dengan pelbagai hidangan seperti Sup Tulang Rawan Berempah , Rendang Tok , Kepah Masak Cili Padi , Gulai Daging Batang Pisang , Ketam Gulai Borneo , Asam Pedas Ikan Sembilang , Telur Itik Masak Lemak Cili Padi  & Spaghetti Sambal Sotong ..



Antara sajian utama pada tahun ini ialah Kambing Panggang Golek yang mana menjadi kegemaran ramai pada tahun-tahun sebelumnya .. Pada tahun ini , para tetamu juga akan mempunyai pelbagai pilihan nasi iaitu ; Nasi Beriani , Nasi Hujan Panas , Nasi Tomato atau Nasi Dhall .. Kesemua hidangan nasi ini boleh juga dinikmati bersama-sama dengan Kambing Panggang Golek ♥



Selain daripada itu , sebagai pencuci mulut tetamu menikmati kesedapan Sago Gula Melaka yang enak , Sago Pengat Pisang , Cucur Keria , Aneka Kuih Bakar dan yang paling menjadi kegemaran orang ramai iaitu Ais Kacang & Cendol serta pelbagai hidangan pencuci mulut moden yang akan menjadi kenangan nostalgia yang terindah pada zaman kanak-kanak anda .. Hidangan untuk hidangan buffet Ramadhan akan berbeza-beza setiap hari sepanjang bulan Ramadhan untuk memastikan anda menikmati pilihan yang sihat selain menyelerakan ..


MENU RAMADHAN BUFFET : SAJIAN NOSTALGIA RAMADHAN BUFFET 
ROYALE CHULAN PENANG ♥

SALAD & PEMBUKA SELERA :

ASSORTED SEAFOOD ON ICE WITH CHILI SOY SAUCE, KERABU TAUGEH, KERABU PUCUK PAKU, KERABU TANGHOON (VERMICELLI SALAD), ULAM-ULAMAN KAMPUNG (10 TYPES), KERABU SOTONG, ACAR RAMPAI, SAMBAL IKAN BILIS & TEMPE, PASEMBOR ROJAK BUAH-BUAHAN, ASSORTED MECLUN MIX, TAUHU SUMBAT, ASSORTED JERUK MADU, KERABU DAGING BAKAR, ASSORTED SUSHI BAR. CONDIMENTS AND PICKLES: SAMBAL BELACHAN, TEMPOYAK, BUDU, SAMBAL BELIMBING, PAPADOM, IKAN MASIN, KEROPOK IKAN, SAMBAL PUDINA, TELUR MASIN, AIR ASAM LIMAU, SAMBAL CILI MANGA, TARTAR SAUCE, 1000 ISLAND, SHALLOT VINAIGRETTE.










SUP :

SUP TULANG RAWAN BEREMPAH





HIDANGAN UTAMA :










NASI PUTIH RENDANG TOK KEPAH MASAK CILI PADI GULAI DAGING BATANG PISANG SPAGHETTI SAMBAL SOTONG AYAM MASAK MERAH MADU KETAM GULAI BORNEO SWEET & SOUR PRAWN ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI STIR FRY MIX VEGETABLES 

ACTION COUNTER 1 
CHICKEN AND BEEF SATAY WITH CONDIMENTS 





ACTION COUNTER 2 
HOUSE OF ‘IKAN BAKAR’ WITH SAMBAL & AIR ASAM CILI PADI 





ACTION COUNTER 3 
KAMBING PANGGANG GOLEK CHOICE OF NASI BERYANI, HUJAN PANAS, NASI TOMATO, NASI DHALL 




ACTION COUNTER 4 
PASTA MAFIA CHOICE OF CREAM SAUCE, TOMATO SAUCE, OLIVE OIL & CONDIMENTS  





ACTION COUNTER 5 
 JETTY APAM BALIK WITH CHOICE OF SWEET CORN, BANANA, & PEANUT BUTTER 





ACTION COUNTER 6 
PENANG CHAR KOAY TEOW 



ACTION COUNTER 7 
AIR TUJUH BENUA BANDUNG, SOYA, TEBU, LONGAN, LEMON TEA, KATIRA, TEH TARIK KAW 




ACTION COUNTER 8
 BUBUR LAMBUK WITH CONDIMENTS 





ACTION COUNTER 9 
ROTI CANAI & MURTABAK WITH CURRY, DHALL AND CONDIMENTS 





ACTION COUNTER 10 
SOTONG GORENG BEREMPAH 

ACTION COUNTER 11 
HOKKIEN PRAWN NOODLE 




ACTION COUNTER 12
ROTI JALA & CUCUR HARIMAU MENANGIS WITH GULAI DAGING




DESSERT 










BUAH KURMA FOUNTAIN, AGAR AGAR SANTAN, TROPICAL FRUITS PLATTER, PANDAN PANNA COTA SAGO GULA MELAKA, ASSORTED FRUIT JELLY, ASSORTED BUTTER CAKE, MANGO PUDDING, ANEKA KUIH BAKAR CUCUR KERIA, SAGO PENGAT PISANG, CHOCOLATE ECLAIRS, CREAM PUFF, CHOCOLATE BREAD AND BUTTER PUDDING LEMON TART, MINI CRÈAME CARAMEL, STRAWBERRY MOUSSE & ASSORTED FRENCH PASTRIES, ASSORTED JERUK ACTION STATION: ICE KACANG WITH CONDIMENTS & CENDOL WITH ICE CREAM


Sekiranya anda berminat untuk berbuka di sini boleh refer maklumat dekat bawah nie yer :

Bermula pada : 7 Mei - 3 Jun 2019
Masa : 7 Malam - 10 Malam
Tempat : Sri Tanjung Cafe
Harga : RM90nett (dewasa) RM50nett (warga emas & kanak²)

EARLY BIRD :

RM72nett (dewasa) 
RM40nett (warga emas & kanak²)

*tempoh pembelian : 15 Mac - 30 April 2019

No telefon : +604 259 8888

Alamat : 1&2 Pengkalan Weld , Georgetown , 10300 Penang , Malaysia

Instagram : royalechulanpenang
Author image
The Author

Lyana Ishak

2 Comments

  1. menarik sangat design di situ. tambah lagi dengan menu yg klasik, terpikat sangat ^_^

    ReplyDelete
  2. pecah perut ni yana..klu smua nak mkn..smua sedap2..:)

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^