Kembali Ke Sekolah Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax

Kembali Ke Sekolah Bersama Kit Pembasmi Kuman Antabax

Adakah anda bimbang ketika hendak menghantar anak
ke sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2019, terutama jika mereka akan memasuki pra-
sekolah buat kali pertama atau beralih ke sekolah rendah? Walau kanak-kanak mungkin
rasa sangat teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baru, Antabax memahami perasaan
ibu bapa mengenai aspek kebersihan anak-anak.Pada tahun 2018, sebanyak 58,693 1 kes Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan sehingga 6 September 2018. Angka ini 127% lebih tinggi berbanding keseluruhan kes yang dilaporkan pada tahun 2017 dalam tempoh sama.


Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggarkan 80 peratus jangkitan tersebar
menerusi tangan 2 . Justeru, memastikan tangan sentiasa bersih dapat mencegah penyakit
berjangkit daripada merebak. Dengan mengamalkan kebersihan tangan, risiko dijangkiti
penyakit berjangkit seperti influenza, keracunan makanan serta Penyakit Kaki, Tangan dan


Mulut (HFMD) dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka dapat dikurangkan.


Tetapi, air bersih mungkin tidak ada sepanjang masa bagi membolehkan anak kecil anda
membersihkan tangan mereka daripada kuman. Kit pembasmi kuman dapat membantu
anak anda! Kit Pembasmi Kuman Antabax, Rakan Kebersihan Anak Anda
Untuk memberi ketengan minda, bekalkan anak anda dengan Kit Pembasmi Kuman
Antabax (Antabax Sanitizing Kit). Kit tersebut mengandungi Antabax Antibacterial
Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray, yang mudah
dimuatkan di dalam beg galas anak anda. Ianya padat dan mudah digunakan untuk situasi
di sekolah dan dalam kelas apabila air bersih mungkin tidak tersedia ada.


Rangkaian produk pembersih Antabax dapat membantu membunuh 99.9% kuman
berbahaya. Ia juga diformulasi dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera untuk memastikan
kulit sentiasa sihat dan lembab. Sistem Perlindungan Derma yang mengandungi Serum
Lembapan Mikro akan menjadikan tangan lebih lembut, licin dan segar. Diuji secara
dermatologi dan terbukti lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian pembersih


Antabax sesuai untuk digunakan setiap hari, walaupun oleh anak-anak kecil.


Menurut Pengurus Kanan Produk Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi, bahagian
Pemasaran Lam Soon, Mandy Lee, penjagaan kebersihan tangan harus diamalkan sejak
usia muda kerana ia akan menjadi satu tabiat yang baik dan diingati sehingga mereka
membesar.


“Sebagai ibu, saya juga berasa bimbang anak-anak mendapat jangkitan di sekolah. Sebab
itulah penting bagi ibu bapa mengajar anak kecil mengenai kebersihan tangan, bagaimana
untuk membasuh tangan dengan betul dan bila hendak membasuh tangan yang kotor
kerana ia merupakan cara paling mudah untuk penyakit berjangkit boleh merebak. Matlamat
kami ialah untuk menjadikan penjagaan kebersihan yang baik satu amalan.”


“Dalam ketiadaan air bersih dan sabun, Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh menjadi
alternatif terbaik untuk membersihkan tangan dengan cepat dan mudah. Kit ini sangat
berguna untuk membersihkan tangan dan permukaan seperti meja dan barangan peribadi.
Di tahun yang baru ini, kami ingin mengingatkan tentang pentingnya mengamalkan tabiat
membersihkan tangan untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berjangkit,” kata Lee.


Kit Pembasmi Kuman Antabax boleh didapati di farmasi-farmasi dan peruncit utama di
seluruh negara. Untuk keselesaan anda, ia juga boleh dibeli menerusi e-stor Antabax di
laman Lazada www.lazada.com.my/antabax . Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax dan mengikuti tip-tip kebersihan
terbaik bagi menjalani gaya hidup yang sihat dengan penuh keyakinan, sila “Like” Facebook
Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau ikuti Instagram rasmi Antabax di
@antabax.

0 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^