Rangkaian Antipenuaan Lengkap dengan Kehebatan Teknologi BEETOX Baharu

Rangkaian Antipenuaan Lengkap dengan Kehebatan Teknologi BEETOX Baharu 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Haii semua sebenarnya kan Yana dah lama tau nak kongsikan dengan awak semua mengenai produk kecantikkan daripada Safi nie .. Yana berjinak-jinak dengan produk Safi nie sejak Yana di bangku sekolah lagi sekarang Yana dah berumur 26 tahun depan 27 sudah  .. Yana rasanya dah tiba masanya untuk Yana upgrade Yana punya skincare daripada yang untuk remaja kepada untuk wanita dewasa .. Jom Yana cerita mengenai │ Rangkaian Antipenuaan Lengkap dengan Kehebatan Teologi BEETOX Baharu ..


Kini, Safi Rania GOLD memperkenalkan rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formula Teknologi Beetox dan Bio Nano Gold 24K agar tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja. Safi Rania GOLD Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetoxini mengandungi kandungan yang selamat digunakan. Kandungan yang terdapat di dalam rangkaian Safi Rania GOLD ini ialah :






1) Nano Gold 24K - di mana ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. 

2) Honey - merupakan pelembap semulajadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit

3) Royal Jelly - kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.

4) Propolis - merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.

5) Bee Venom - kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.



Ada 5 langkah merawat masalah kulit wajah menggunakan rangkaian Safi Rania GOLD iaitu :

1.Membersih - Pembersih Solekan (Honey), Pembersih Wajah (Royal Jelly), Gel Pembersih Wajah (Honey), Pembersih Wajah Lembapan Mendalam (Honey & Royal Jelly), Skrub Wajah (Propolis)

2.Menyegar - Penyegar (Honey), Semburan Booster & Penyegar (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan (Honey)

3.Merawat - Serum Konsentrasi 50x (BEETOX & Propolis), Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis)

4. Melembap - Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis), Krim Pelembap Malam (Royal Jelly)

5.Menyeri - Krim CC SPF37PA++IR (Royal Jelly), Masker Keremajaan (Royal Jelly), Krim Kecantikan

Rangkaian Safi Rania GOLD yang Yana guna ialah Pembersih Wajah (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan, Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis) dan juga Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis).


Pembersih Wajah (Royal Jelly) ia merupakan formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan agar membersih secara mendalam.


Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis) pula melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR


Esen Emas Keremajaan pula mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.


Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis) terdiri dari Beetox, Nano Hold 24K dan Vitamin C yang meningkatkan keanjalan 3x, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan.

Hasil menggunakan Safi Rania GOLD yang terbukti secara klinikal ialah kulit semakin anjal, kehalusan kulit semakin meningkat, pemulihan tona kulit dan pengurangan kedutan di mana responden adalah terdiri daripada kalangan wanita melayu berumur antara 25 - 35 tahun yang menggunakan produk selama 14 hari atau lebih. Ia juga terbukti dalam ujian klinikal berdasarkan penggunaan selama 2 bulan.

Okay sekian sahaja penerangan daripada Yana mengenai Rangkaian Antipenuaan Lengkap dengan Kehebatan teknologi BEETOX baharu daripada Safi nie .. Untuk penerangan lanjut mengenai produk Safi awak boleh layari laman web dekat bawah nie serta page Safi ye .. 

Laman Web : www.safi.com.my

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca perkongsian Yana nie .. =) Jumpa lagi di entri yang akan datamg ..


4 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^