Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja dengan Echanteur Paris Petite Parfum
Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja dengan Echanteur Paris Petite Parfum
ASSLAMMUALAIKUM WBT ♥
Kebiasaan
hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi
dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum
melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat
dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan
tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan
untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali
lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu
perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri
adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya
tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan ..
ECHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian
Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk
mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ECHANTEUR juga sedar
bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau
semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.
ECHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg
tangan iaitu ECHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli –
yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi
personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan
sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis,
ECHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej
pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis
kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ECHANTEUR
PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie
yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.
ECHANTEUR
PARIS PETITE PARFUM dirumus
khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama
Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan
pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
ECHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma
yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria.
Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat
temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink
Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan
menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis
dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.
ECHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi
keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti
santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan
instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk
memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim
menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.
ECHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’
ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona
pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa
dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis
pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda
dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.
ECHANTEUR PARIS
PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati
muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda
tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan
kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla
yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.
Dengan ECHANTEUR PARIS PETITE PARFUM,
anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa
yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat
romantis bersamanya.
ECHANTEUR
PARIS PETITE PARFUM boleh
didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di
Watsons, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini
di seluruh negara
4 Comments
semua wangi-wangi..kita dah guna semua sekali hehe
ReplyDeleteahahaha ada banyak tu empat kan ? nak satuuuuu ahahaha =P
ReplyDeleteFeveret ni...wangi sgt
ReplyDeleteJemput join GA. Hadiah menarik disediakan.
https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html
mewangi la yana nanti hihihihi..
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^