Ice Cafe, Kafe Ais Krim Terbaik di Penang

Ice Cafe,  Cafe Ais Krim Terbaik di Penang


ASSALAMMUALAIKIM WBT ♥

Hai semuaaa..  Okay hari nie kita berjumpa lagi ye.. Maafkan sifat Yana yang sekejap tenggelam sekejap timbul nie.. Almaklumlah, letih dengan full time punya kerja.. Haa,  perasan tak bulan Oktober yang lalu,  Yana, Lia, Akma, Jasjas,  Ika dan Olivia kami ada marathon review dan Ice Cafe merupakan salah satu daripadanya.. Tahukah awak bahawa |Ice Kafe, Cafe Ais Krim Terbaik di Penang?




gambar kredit kepada : http://penanghappenings.com

Okay , Ice Cafe nie sebenarnya terletak dalam Phantamania .. Jadi , selepas kami semua selesai dengan tugasan di Phantamania terus kami dibawa ke sini untuk menikmati hidangan pencuci mulut yang sangat awesome bagi Yana .. Kami berenam dihidangkan kalau tak salah Yana dalam 6 jenis pencuci mulut .. Yana rasa lah kan Yana nak mulakan dengan suasana dekat Ice Cafe terlebih dahulu .. Well , Yana kan suka wujudkan elemen suspen hehehe .. Harap bersabar ye =)


gambar kredit kepada : http://penanghappenings.com

Igloo , macam mana entah ejaan nya ? Hehe .. Igloo nerupakan salah satu dekorasi yang menghiasi Ice Cafe ini .. pemilik Ice Cafe nie memang betul-betul nak wujudkan elemen ais dekat sini .. Siap dengan orang salji pun ada tau ..


Yana difahamkan tarikan utama dekat Ice Cafe ialah katil yang bertemakan kaca dan dihiasi dengan beberapa biji bantal .. Yana turut mengambil kesempatan untuk bergambar dekat katil nie .. Terasa diri ini macam Cinderella pun ada .. Hehehe ..


Tadaaa ! Okay ni lah dekorasi dekat katil tu .. Tak ke nampak katil nie macam ala ala bilik tidur seorang puteri ? Hehehe .. Yana sangat terpesona dengan dekorasi katil bertemakan kaca nie .. Sangat cantik .. Sekejap ye  Yana tunjuk full gambar .. 


Inilah gambar penuh katil bertemakan kaca tu .. Maaflah , yang sedang bergambar tu bukan seorang puteri pun .. Amacam cantik tak katilnya ? Cantik kan ? Nampak dekat katil tu ada kotak kotak segi empat dalam tu ada ais kiub yang dibuat daripada plastik ye , bukan ais kiub betul-betul .. =P


Tengokkkk .. Kaunter pun versi ais tau .. Memang apabila berada di sini rasa macam berada dalam rumah ais tau .. Hampir semua dekorasi bertemakan ais .. Cuma kerusi dan meja sahaja belum di ais kan .. Hee .. Jom Yana tunukkan beberapa lagi dekorasi dalam nie sebelum Yana kenalkan ais krim ais krim dekat sini ..



Lupa pula Yana nak bagitahu dekat mana kafe nie terletak kan ? Kafe yang bertemakan Chill terletak di kawasan bandar dan kini awak boleh makan di Kutub Utara , Pulau Pinang .. Kafe Ais ini terletak di Victoria Street .. Orang Penang mesti tau kan dekat mana ? Kalau awak bukan orang Penang jangan risau .. Boleh gunakan khidmat Waze tak pun tanyalah dengan orang sekeliling .. Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan .. Hehehe ..


gambar kredit kepada : http://penanghappenings.com

Nie lah ruangan makan dekat Ais Kafe nie .. Gambar nie Yana pinjam sebab masa Yana pi ramai gila orang .. Memang tak berpeluang lah nak ambil gambar cantik kosong tanpa gangguan macam nie ..
Jom kita ke acara makan-makan .. Yana akan perkenalkan satu persatu ais krim yang telah kami rasa masa kami dekat sana ..

SNOW FLAKE : MANGO 


SNOW FLAKE : MANGO , okay ais krim nie kalau Yana tak cerita pun dah tahu rasa apa kan .. Dah sah sah terbentang buah pelam dalam tu semestinya rasa pelam .. Topping dia kalau tak silap Yana ais krim vanilla disirami sirap pelam dan dalam tu ada ais kisar macam ais kacang tu .. Dihiasi juga dengan buah pelam yang dipotong dadu .. Buah pelam tu manis jangan risau ye .. Boleh dimakan tanpa mata terpejam hehehe ..

PASTRIES : IGLOO ICE CREAM PUFF



PASTRIES : IGLOO ICE CREAM PUFF merupaka kegemaran Yana ... Kombinasi ais krim yang disirami dengan coklat dengan pastri cream puff tu orang Penang cakap ngammm .. Memang masuklah .. Kalau makan nie saja pun boleh kenyang dan rasa puas .. Buah-buahan yang menjadi hiasan tu anggur memang manis kalau kiwi tipu lah kalau Yana cakap manis kiwi tu agak masam namun bila digabungkan dengan anggur hitam tu  rasa dia seimbang masam masam manis gituuu .. Overall . Igloo Ice Cream Puff terbaikkk 1ahhh .. 4 bintang Yana kasik .. =)

ICE CREAM JERUK



ICE CREAM JERUK .. Haa Yana tau hampa mesti rasa pelik Yana pun sama .. Hehehe .. Masa  mula-mula Yana diperkenalkan dengan ais krim Yana suruh dia ulang apa nama ais krim nie .. Ya ais krim jeruk .. Yana tanya kenapa ais krim , sebab dalam nie ada jeruk .. Haha .. Pertama kali Yana dengar dan pertama kali juga Yana rasa ais krim jeruk nie .. Rasa dia masih masuk akal dan boleh diterima tekak .. Kai berenam diberitahu yang ais krim jeruk mendapat permintaan tinggi pengunjung dekat sini tau .. Haa , jangan terkejut ..

ICE CREAM (5 SCOOP)



ICE CREAM (5 SCOOP) nama diberi .. Ais krim nie pun boleh tahan sedap nya ada berbagai-bagai perisa dalam satu pinggan nie .. Perisa yang Yana sempat detect vanilla , chocolate dan strawberry .. Dihiasi pula dengan buah epal , anggur , strawberry dan apricot .. Perghh memang mewah gila hidangan ais krim nie .. Harga bagi Yana berpatutan sebab buah-buahan dalam nie buah-buahan import dan ais krim pun berkualiti punya bukan macam ais krim loceng tepi jalan tu ye .. 

CREPE CAKE


Last but not least , CREPE CAKE ..  Sejujurnya lah kan , Yana suka nau dengan crepe cake nie .. Tekstur dia lembut , rasa dia sedap .. Memang sempurnalah rasa dia bagi Yana yang penting cheese cake nie tak muak .. Sesetengah crepe cake agak muak kan , sekali atau dua kali rasa dah taknak tapi  berbeza bagi crepe cake dekat Ice Cafe nie tauu .. Wallahhh .. Awesome !


Dekat sini Yana selitkan antara pengunjung yang mengunjungi Ice Cafe semasa kami berada di sana .. Sporting mereka nie dan semangat gila bila kami cakap nak masukkan gambar mereka dalam blog .. 


Akhir kata daripada Yana dan kawan-kawan .. Terima ksih tak terhingga Yana ucapkan sebab sudi menjemput kami berenam merasai pengalaman makan di Ice Cafe yang cantik , unik dan terbaik nie .. Terima kasih juga sebab bagi layanan tiptop kepada kami semua , penjelasan terperinci mengenai Ice Cafe dan juga terima kasih atas kesudian melayan karenah kami semua walaupun pada hari tu Ice Cafe memang super crowded .. Ramai yang menunggu giliran nak masuk .. Nanti awak semua boleh baca dekat entri blogger-blogger yang turut sama berada di sana pada hari tu ye .. 

Lokasi : 193, Lebuh Victoria, 10300 Penang.
Waktu Operasi : 1030 am - 1030 pm (setiap hari)
Facebook : Ice Cafe
Phone No : +6042633193

7 Comments

  1. Seriusly tempat ni kat Penang ??
    Lama xbcuti penang walaupun perlis - penang xjauh mana .. fuhh wajib pergi tempat yg yana review ni . Cntik ..sejuk tak dalam cafe ni .. dessert tue buatkan CCL nak cuba semua even berkesempatan pergi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Ye CCL kalo mai Penang singgah sini tau.. Memang best.. Sejuk tapi bukan sejuk yang sampai menggigil tu.. =)

      Delete
  2. wow... yana, tegk ais-ais tu dah yum yum.... masuk situ sejuk tak yana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yumm yummm hehehe.. Aa boleh tahan dia punya sejuk.. Tapi tak sampai tahap menggigil lagi.. =)

      Delete
  3. Salam singgah..hebatnya ..best ya kluar makan ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih sudi singgah sini.. Best sesekali keluar sama-sama boleh share macam2 =)

      Delete
  4. Bestnya tempat ne. Nak masukan dalam list balik kampung nanti nak mai jugak sini

    ReplyDelete

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^