Tampil Hebat dengan Wangian Dashing Anytime EDT

Tampil Hebat dengan Wangian Dashing Anytime EDT 

ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥

Tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden .. Selain berpakaian kemas dan bergaya lelaki dari semua peringkat umur mengetahui bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti serta penerimaan masyarakat sekeliling .. Sebab itulah ramai lelaki yang menggunakan pewangi dan akan mengaplikasikannya berulang kali dalam masa sehari ..




“Penampilan yang baik mestilah dipadankan dengan bau yang menarik,” -Mr Venkat .
Memahami keprluan lelaki untuk berbaau harum sepanjang waktu , malah untuk semua aktiviti sepanjang hari , DASHING jenama produk penjagaan diri lelaki yang juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT ! 


DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil yang senang digunakan serta mudah di dibawa ke mana sahaja .. Bentuknya yang direka khusus untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas sesuai untuk lelaki yang aktif ke mana sahaja ..


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini ... Hadir dalam empat variasi unik iaitu Cool , Active , Hattrick dan Ultimate Kick ..



1.    Cool
Haruman maskulin inni merupakan takrif dan identiti  dan daya penarik diri anda .. Haruman
menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas .. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang "cool" secara semulajadi dalam dirimu ..


2.      Active
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif .. Tampil yakin dan bergerak 
yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini .. Didahului dengan semarak harum
Fougere yang digaungkan dengan nota Citrus , Lavender dan Amber .. 
Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda ..


3.      Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


4.      Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan

semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal

sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.


Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18ml boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.


1 Comments

Drop Your Comment Here ! ♥ ^_^