ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari!
Fakta lazim yang
sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan
kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang
tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk
meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan
menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan
dan alahan.
Ramai wanita
termasuklah suri rumah yang perlu
berhadapan dengan kerja-kerja mencuci
atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung
mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan
hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar
kelembapan sepanjang hari.
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang
dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan
losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap,
muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari.
Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan
asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan
manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula
jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat
memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut,
licin dan awet muda!
Telah terbukti
secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati
pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan
serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan
rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.
Sebagai pakar
dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian
inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik
romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen
Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus
sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik
anda.
ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming,
Romantic, dan Alluring;
memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24
jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
ENCHANTEUR
Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian
yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui
gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan
Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang
pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
ENCHANTEUR
Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
•Aroma
keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan
Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta
sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan
Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan
Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai
menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh
dengan keajaiban.
ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•Haruman
eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia
menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau,
dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri
yang penuh dengan keberanian ..
Kini,
wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikkan dan
memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap
botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper,
dan farmasi. Untuk maklumat lanjut
tentang
ENCHANTEUR,:-
Laman sesawang : www.enchanteur.com.my
Facebookk Page : www.facebook.com/EnchanteurMY.
2 Comments
Drop by ❤ enchanteur memang wangi.Dulu suka pakai bedak dia hehe
ReplyDeleteBtw, jemput join ga saya ya, tamat 20/10 ni,
http://mellyacrayola.blogspot.my/2017/09/first-beauty-box-giveaway-by-us-with.html
cik timm dah beli dah charming, mmg wangi & tak melekit!
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^