Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning
ASSALAMMUALAIKUM WBT ♥
“Penampilan
tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C
Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Echanteur Stunning , sepertimana yang kita sedia maklum Echanteur bukanlah satu nama asing bagi peminat wangi-wangian seperti Yana .. Yana memang dah lama menggunakan produk Echanteur wangian kegemarann Yana ialah Romantic dan Enticing sebab bau untuk kedua-dua produk Echanteur nie memang serasi dengan Yana .. Sekarang Echanteur telah muncul dengan wangian Stunning jom baca sampai habis ..
" french inspired fine fragrance " |
Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.
Echanteur Stunning wangian terbaru |
ENCHANTEUR jenama
wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan
semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran
ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning!
Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan
kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan
tertawan dengan aroma sensual yang
dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa,
seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
Selain Eau de
Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui
rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
Echanteur Stunning Perfumed Talcum |
Echanteur Stunning Perfumed Deo Roll On |
Echanteur Stunning Perfumed Body Lotion |
Echanteur Stunning Perfumed Deo Mist |
ENCHANTEUR telah
membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh
seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi
warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol
ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik
percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam
botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh
dijadikan hiasan di atas meja rias.
Set wangian Echanteur Stunning yang Mempesona |
ENCHANTEUR Eau De
Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap
botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz
yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam
pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari
RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga
RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman
Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
Okay , sampai di sini sahajalah ye penerangan mengenai Echanteur Stunning yang terbaru tu .. Sebelum tu Yana nak tunjuk kotak cantik yang Yana terima daripada PR Echanteur .. Serius cantik Yana suka sangat .. Terima kasih ya kepada pemberi .. =)
Kotak yang memukau pandangan ^_^ |
10 Comments
Ena suka bau enchanteur, semua wangi-wangi. Ena pakai bedak badan jenama ni. Hehehe. Next time nak cuba bauan yang ni pula.
ReplyDeleteBestnye Yana.... Enchanteur xpernah xwangi
ReplyDeleteWow..kreatifnya lyana ishak๐๐
ReplyDeleteairah pun suka pakai lotion dan perfume enchanteur ni sebab wangi gila dah la murah memang berbaloi buat stok kat rumah
ReplyDeleteCantikla box dia ๐ญ
ReplyDeleteHarum setaman dgn enchanteur..
ReplyDeleteletopp! mesti wangi tlebih2 kan.. suka bau semua wangian enchanteur..
ReplyDeletebau haruman turkish rose sangat wangi... Bonde suka!
ReplyDeleteBau dia menggetarkan jiwa....:)
ReplyDeleteenchanteur memang wangi harga pula murah
ReplyDeleteDrop Your Comment Here ! ♥ ^_^